35 | Lagi?

9.1K 124 389
                                    

Note: Terima kasih kerana citer ni dapat 50K reads.

***

Lebih dua bulan berlalu sejak Luqman menjadi suami Suzana. Kehadiran insan bergelar isteri mengubah sedikit sebanyak rutin hariannya. Jika sebelum ini dia sering tidur sendirian kini berteman. Jika sebelum ini dia memasak sendiri kini dia merasa air tangan Suzana.

Wanita itu memang rapuh dan mudah tersentuh. Sepanjang perkahwinan, beberapa kali Luqman makan hati dengan sikap Suzana yang kerap merajuk dan menarik muka jika ada yang tidak kena walaupun bukan salah Luqman. Contohnya, Suzana ingin makan di sebuah restoran kegemarannya tapi pabila tiba di sana bersama Luqman, kedai tersebut tutup kerana bercuti. Lantas Luqman menjadi tempat Suzana melepaskan rasa tidak puas hati. Seharian Luqman memujuk. Memenatkan.

Dalam hati Luqman berdoa agar Fahmee lekas pulang kerana dia sudah tidak tahan lagi. Sikap Suzana suka merajuk tidak menjadi masalah besar kerana lambat-laun Luqman berjaya memujuknya tapi pabila bercakap soal layanan keluarga Suzana sudah cukup membuat Luqman hampir menghentak kepalanya di dinding sehingga berdarah.

Sejak kejadian Suzana terbang ke Jakarta, Hajjah Meriam sangat membenci Luqman. Bermacam jenis cacian dan layanan buruk yang diberi ketika Luqman pulang ke sana. Kini sudah beberapa hari Luqman bermalam di rumah mertuanya.

“Laki kamu ni bodoh ke apa? Ikan pun tak reti nak beza?” tengking Hajjah Meriam

“Apa mak ni marah-marah?” balas Suzana

“Kan mak dah cakap mak nak ikan kembung bukan ikan selar kuning! Hey! Orang tak berpelajaran ni memang tak ada otak ke apa?” tambah Hajjah Meriam

Luqman yang duduk di ruang tamu hanya memekakkan telinga sambil menonton televisyen. Suara Hajjah Meriam dari dapur jelas kedengaran dan yang lebih memalukan, Hajjah Meriam sengaja menguatkan suara agar satu rumah mendengar. Semua sanak saudara Suzana juga ada di situ dan mendengar segala cacian yang dilemparkan.

“Mak, abang Luqman tak salahlah. Kan mak sendiri yang kata nak ikan selar kuning” balas Suzana yang mulai geram

“Tapi mak cakap mak mahu tukar fikiran. Mak mahukan ikan kembung. Yang suami kamu ni tak faham bahasa ke” balas Hajjah Meriam

“Yang tak faham tu Suzana. Sebab abang Luqman cuma beli apa yang Suzana tulis. Mak lupa ke? Kan Suzana yang tanya mak nak ikan apa? Suzana jugalah yang tulis senarai barang tu. Abang Luqman ikut saja apa yang ditulis. Kalau mak nak marah, marah Suzana bukan abang Luqman” lawan Suzana

“Eh kamu tak payahlah hendak menyebelahi suami kamu tuh. Dah pandai melawan sekarang ya? Siapa ajar?” balas Hajjah Meriam

Kedua anak beranak itu mula perang mulut di dapur sambil disaksikan oleh ibubapa saudara Suzana dan sepupunya termasuklah Syazariffah yang turut berada di dapur tapi hanya melayan telefon bimbit. Luqman malu kerana sering diburuk-burukkan.

Malam semalam, Luqman mencuri dengar perbualan Hajjah Meriam dengan adik-beradiknya tentang sikap pemalas Luqman. Dia juga menceritakan Luqman sengaja membawa Suzana ke Jakarta kerana hendak menjauhkan dia dengan Suzana. Selain itu, Hajjah menabur fitnah dengan mengatakan bahawa Luqman pergi ke masjid dan mengaji kerana berlakon dan menunjuk-nunjuk sedangkan di rumah sendiri Luqman tidak pernah solat. Luqman sedih mendengar setiap tuduhan Hajjah Meriam.

“Bersabarlah nak” pujuk Haji Kassim yang menepuk bahu Luqman dengan lembut

Luqman tersenyum kelat. Bilalah mimpi ngeri ini akan berakhir.

***

“Sayang tak nak ikut?” soal Luqman pada Suzana

Wanita itu menolak. Kepulangan mereka dari rumah Hajjah Meriam ternyata membuat hubungan mereka semakin dingin. Hajjah Meriam siap memberi amaran agar Luqman tidak perlu datang ke sana lagi dan meminta agar Suzana tinggal di sana sahaja.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now