27 | Penyatuan

5.2K 101 250
                                    

Luqman melutut di hadapan Ayah Borhan. Kedua mata mereka banjir dengan tangisan.

“Kenapa Ayah?” kata Luqman dengan nada perlahan.

Hatinya koyak dan disiat-siat. Insan yang disayangi selama ini telah lama menipunya. Sejak dari kecil Luqman tahu nafsu songsang Ayah Borhan kerana dia merupakan mangsa rogol bapa angkatnya itu.

Pada waktu itu jugalah Luqman sanggup menyerahkan tubuhnya asalkan adik-beradik yang lain tidak disentuh. Itulah perjanjian antara Luqman dan Ayah Borhan. Bertapa sakitnya hati Luqman mengetahui Ayah Borhan telah menipu dirinya hidup-hidup selama ini.

“Ampunkan Ayah anakku, masa tu ayah memang gila. Kalaulah masa boleh diundur nescaya Ayah tidak akan sentuh Zain” pujuk Ayah Borhan

Luqman penat. Tubuhnya terasa letih dan ini sesuatu yang luar biasa kerana dia tidak berkunjung ke gimnasium pada hari ini. Akhirnya Luqman sedar bahawa dia bukan letih fizikal tetapi penat emosi.

Bermacam-macam yang telah berlaku, lamaran ke atas Ain ditolak, terpaksa kahwin dengan Suzana yang memiliki anak istimewa, Rahimah curang dan jiran yang juga sahabat barunya pula menjauhkan diri. Kini ditambah pula dengan penipuan Ayah Borhan. Sungguh Luqman letih berhadapan dengan semua tekanan emosi ini.

Hari ini dia telah tewas. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir namun gagal. Pedih di hatinya seperti ditusuk.

“Luqman kecewa dengan Ayah. Sampai hati Ayah rogol Zain. Ayah sudah berjanji tidak akan kacau adik Luqman” tambah Luqman yang mulai menangis teresak-esak.

“Maafkan Ayah” pujuk Ayah Borhan yang mendekati Luqman

“Penipuan apa lagi yang Ayah sembunyikan dari Luqman?” soal Luqman dengan nada kecewa

“Tiada anakku, tiada” balas Ayah Borhan

“Hati Luqman sakit Ayah, sakit sangat. Kenapa Ayah buat begini? Tidak cukupkah apa yang Luqman lakukan selama ini?” kata Luqman

“Tiada yang kurang anakku, kamu anak yang baik. Semua salah Ayah” pujuk Ayah Borhan

“Luqman tidak tahu hendak percaya siapa lagi. Semuanya menipu Luqman. Ayah ambil sajalah pisau di dapur dan tikamlah jantung Luqman! Luqman tidak sanggup lagi ditipu” rayu Luqman

“Mengucap nak” kata Ayah Borhan yang kemudian memeluk erat tubuh Luqman.

Tangisan Luqman semakin reda dalam pelukan Ayah angkatnya itu. Perlahan-lahan dia mulai waras dan hatinya semakin lega kerana meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting.

“Ayah sentuh Salina?” soal Luqman dengan nada serius

Ayah Borhan menggeleng kepala. Sukar untuk Luqman percaya dan dia perlu bertanya pada Salina untuk kepastian.

***

Sejak dari hari itu, layanan Luqman pada Ayah Borhan sedikit berbeza. Senyuman di bibir sentiasa terukir cuma Luqman kurang bercakap dengan Ayah Borhan. Dia hanya bersuara jika ada perkara penting.

Jika dahulu ada saja topik yang mereka bualkan namun kini Luqman hanya memberi senyuman sahaja dan lebih banyak berdiam diri dan termenung. Beberapa kali hatinya menghasut untuk memukul dan berkata kasar dengan Ayah Borhan tapi semua itu ditepis, Luqman sedar bahawa Ayah Borhan telah lama insaf dan kerana itulah Luqman menerima bapa angkatnya itu semula.

Luqman juga lega setelah memastikan Salina tidak diapa-apakan oleh Ayah Borhan. Ternyata adiknya masih dara dan tidak menerima sebarang gangguan seksual. Benarlah Ayah Borhan seorang lelaki songsang sejati. Zain pula mula tinggal bersama setelah dipujuk beratus kali oleh Luqman.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now