20 | Kad

5.2K 97 118
                                    

"Ramainya orang" kata Luqman yang kagum dengan kebanjiran manusia di dewan itu.

Siapa sangka pertandingan bina badan juga mendapat sambutan yang meriah walaupun tidak diwar-warkan secara besar-besaran.

"Jom kita ke back stage. Member aku bertanding hari ni" ajak Qhoiry

Luqman membontoti Qhoiry. Entah kenapa hati Luqman tergerak untuk menerima pelawaan Qhoiry untuk menghadiri pertandingan itu sebagai penonton.

Qhoiry masih lagi dengan tawarannya untuk membantu Luqman memasuki pertandingan bina badan tapi Luqman beberapa kali menolak tawaran itu secara baik.

Mereka berdua berjalan menuju ke bahagian belakang pentas yang menempatkan peserta-peserta pertandingan. Luqman berasa teruja melihat para peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bentuk tubuh.

Makin bersemangat Luqman hendak mencantikkan lagi bentuk badannya agar dapat menyaingi mereka.

"Hoi bro, macam mana?" soal Qhoiry pada seorang bodybuilder lelaki yang sedang bersiap sedia untuk beraksi.

"Hoi, datang juga kau ya! Ingatkan kau berkurung kat rumah buat anak dengan bini kau!" balas lelaki itu

'Huh? Qhoiry dah kahwin ke?' kata hati Luqman

"Sakit pinggang lah kalau setiap masa buat anak" balas Qhoiry yang kelihatan selamba dengan gurauan sahabatnya itu.

"Siapa ni? Bakal peserta bina badan ke?" soal lelaki itu pada Luqman

"Eh tak lah aku datang tengok je" balas Luqman

"Aku dah kata dia ni sesuai masuk bertanding tapi dia tolak. Katanya pergi gym sebab nak sihat" sampuk Qhoiry

Luqman hanya tersenyum nipis

"Nak sihat tu memang bagus dah. Tapi alang-alang tu masuk lah bertanding. Aku tengok badan kau pun dah okey ni" puji sahabat Qhoiry

"Eh, tak adalah. Biasa je ni" balas Luqman yang mulai segan

Beberapa minit kemudian Luqman meminta diri untuk ke tandas kerana dia dari tadi menahan diri dari terkucil.

Dalam perjalanan ke tandas, langkahnya terhenti pabila terserempak dengan Faizal yang bersandar di dinding sambil matanya fokus pada telefon bimbit.

"Peyjal!" tegur Luqman

"Eh kau?" balas Faizal yang gembira melihat sahabatnya di depan mata

Pelukan erat diberi.

"Lama tak jumpa, kau apa khabar?" soal Luqman

"Baik dan sihat macam biasa. Kau pula?" soal Faizal

"Aku okey je. Eh kejap ya, aku nak masuk ke dalam dulu. Tak tahan dah ni" balas Luqman

Faizal hanya tergelak kecil sambil melihat Luqman masuk ke dalam.
Selesai membuang air kecil, Luqman terserempak pula dengan Saiful yang sedang membasuh tangan.

Mata mereka bertemu. Ada satu perasan aneh yang menjalar dalam tubuh Luqman ketika ini.

Bila difikir semula, ada logiknya Saiful juga berada di sini kerana dia dan Faizal sering meluangkan masa bersama.

Luqman dan Saiful tidak berkata sepatah pun dan masing-masing membasuh tangan. Suasana bertukar janggal seketika.

Sebaik saja Luqman mengeringkan tangan mengunakan mesin pengering tubuhnya ditolak ke dinding dengan kasar.

Luqman tergamam. Saiful memandangnya dengan wajah bengis dan beberapa saat kemudian satu kucupan mendarat di bibir.

Ciuman yang lembut tapi lama.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now