THREE

1.3K 221 30
                                    

Sesetengah member pergi teman Haechan di hospital manakala yang lain balik ke rumah mereka, terutamanya maknae line. Mark masih lagi rasa bersalah dengan apa yang terjadi kepada Haechan.

Kun yang nampak Mark yang tidak senang itu, mendekatkan diri kepada Mark dan bercakap dengannya.

" Mark, okay tak? " Soal Kun dan Mark menggeleng kepalanya.

" Nie semua salah Mark. Mark tak patut main game tu. " Kata Mark sambil memegang kepalanya dalam tangannya.

" Game? Game apa? " Soal Kun yang keliru lagi pening itu dengan apa yang Mark telah katakan.

" Simon Says. Mark patut buat apa yang disuruh tapi Mark abaikan misi tu dan hukuman dia kena kepada Haechan. Sekarang Haechan dah sakit sebab Mark. " Kata Mark yang rasa bersalah itu masih berat pada bahunya.

" It's okay, Mark. Sepatutnya kita yang salah, sebab tak teman dia pergi sekali. Kalau someone ikut, at least Haechan terselamat. " Kata Kun, cuba untuk tenangkan Mark daripada rasa bersalah itu.

" Lagipun, game Simon Says tu, apa benda? " Soal Kun yang banyak ketinggalan tentang trend permainan Simon Says ini.

" Game dimana kita sebagai pemain kena ikut apa yang Simon kata, seperti phrase yang kita selalu dengar; Simon Says tapi, kalau kita langgar apa Simon kata, kita akan dihukum. " Kata Xiaojun yang terdengar perbualan Kun dan Mark. Sekarang, baru Kun faham.

" Kita patut beritahu yang lain. Nanti kalau apa yang Simon suruh buat tu susah untuk Mark, kita boleh bantu. " Kata Kun, bercadang untuk beritahu yang lain.

" Jangan! Mark tak nak korang dalam bahaya. Lagipun, misi yang dia bagi semuanya berkenaan dengan bunuh dan banyak darah. " Kata Mark yang baru menerima dua misi dan kedua-duanya berkenaan dengan darah.

" Tapi... " Kun berasa simpati kepada Mark kerana kena atasi semuanya bersendirian tetapi itu yang Mark mahukan.

" Kalau benda tu memang betul-betul Mark tak boleh handle, Mark minta tolong hyung dengan yang lain. " Kata Mark dan Xiaojun dan Kun angguk kepala mereka. Mereka mampu menyokong dia dari belakang sahaja.

â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚â–‚

Sepanjang hari itu, Mark sedang berfikir bagaimana dia hendak lakukan misi kedua itu. Jika dia toreh depan mereka, semestinya mereka akan sedar dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia kena buat dengan senyap maka, pada malam itu, dia mengambil pisau kecil yang dia simpan dalam laci dan pergi masuk tandas. Dia menarik baju lengan dia keatas dan mula menoreh.

Mark tidak toreh terlalu dalam kerana ia akan menghasilkan banyak darah keluar dan menoreh beberapa baris pada tangannya. Selepas beberapa minit, dia selesai menoreh. Dia merasa kesakitan tetapi dia kena tahan juga. Dia capai telefonnya dan menangkap gambar tangannya untuk dihantar kepada Simon.

🖤

Excellent, you've completed
the mission.

The next mission will be
send next morning.

Whatever 😒

🖤

Mark mencuci darah yang ada pada lengannya supaya tiada sesiapa tahu bahawa dia telah toreh tangannya. Dia menahan kesakitannya ketika mencuci. Tetapi ia terlampau sakit sehingga member yang lain terdengar Mark dalam kesakitan.

" Mark hyung, okay tak tu? " Soal Yangyang di luar tandas itu, diikuti Jisung dan Jeno dibelakang kerana ingin menggunakan tandas.

" Okay ja. Kejap hyung keluar. " Kata Mark. Mark menyimpan pisau kecil itu dalam poketnya, menarik baju lengannya supaya tiada sesiapa nampak kesan torehan itu dan keluar dari tandas.

" Apa hyung buat kat dalam? Dok teran berak ka apa... " Kata Jisung yang membuat lagi dua tertawa akan komen Jisung. Mark melepaskan tawa kecil sahaja. Mereka tidak tahu apa yang dia tengah hadapi sekarang.

keesokan paginya

Mark terjaga dengan jeritan sekumpulan lelaki di luar biliknya. Mark bangun dari katilnya untuk periksa apa telah berlaku di luar biliknya. Terlihat mereka semua telah terjaga dengan sebuah hoverboard di tengah-tengah ruang tamu mereka.

" Wow! Siapa bagi nie? " Kata Johnny dengan kejutan. Mereka semua membelek hoverboard itu dan bermain-main dengan benda alah itu. Kemudian, Mark ternampak ada kad di dalam kotak yang telah mereka koyakkan.

Congratulations on your first success mission. Please receive this gift as a token for your mission.

☠️ Simon Says

Mark menjadi terkejut dengan cepat. Bagaimana Simon tahu dimana dia tinggal? Mereka semua gembira mendapat hoverboard yang cantik lagi canggihnya itu manakala Mark di tepi sedang gementar macam orang gila.

Dia menjadi lagi paranoid dan panik seperti sebelum. Di laman web itu, tiada langsung dia disuruh untuk meletak apa alamatnya tapi bagaimana mereka tahu? Mark terasa Simon ini sedang perhatikan setiap gerak geri dia.

💫

new update! sorry sbb part nie berapa best sngat. enjoy~

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now