THIRTY SIX

613 128 21
                                    

Mark, Xiaojun dengan Chenle bersihkan rumah mereka dengan pantas sebelum hyung mereka pulang. Mayat Taeil telah mereka letak dalam beg plastik hitam dan menyamar sebagai beg sampah dengan meletak sampah-sarap dalamnya.

" Dah bersih dah. " Ujar Chenle setelah dia mengelap lantai yang penuh dengan darah tadi. Dia mengelap peluhnya selepas selesai habis lap.

Mark datang untuk periksa jika ada lagi atau tidak darah dengan menyembur suatu asid yang dinamakan luminol dan menutup lampu selepas itu. Kedua-dua Chenle dan Xiaojun pening mengapa Mark berbuat demikian.

Mark menyalakan lampu hitam yang dia ambil dari biliknya dan nyalakan lampu itu pada tempat dia semburkan asid, ternyata masih ada kesan. Chenle terkejut bahawa ada kesan lagi.

" See? Tak bersih lagi. " Kata Mark selepas dia membuka lampu. Mark berbuat perkara yang seperti tadi tetapi kali ini, dia semburkan satu asid lagi yang dinamakan hidrogen peroksida dan ternyata selepas dia nyalakan lampu hitam pada tempat berdarah tadi, tiada kesan.

Kedua-dua Xiaojun dan Chenle terkejut bahawa Mark tahu cara-cara untuk membersihkan darah dengan betul.

" Jangan buang masa, pergi buang air darah tu. " Kata Mark dan Chenle serta-merta pergi buang air tersebut di jamban mereka.

" Wow, that was cool. Macam mana kau tahu pasal benda ni semua? " Soal Xiaojun kepada Mark.

" Incase something benda macam ni berlaku. Tu sebabnya aku tahu. " Balas Mark dan meneruskan kerja dia. Xiaojun merasa sesuatu yang tidak kena dengan Mark. Dia semakin...berani.

Mereka yang lain telahpun pulang ke rumah setelah makan di restoran. Mark, Xiaojun dan Chenle teruja untuk lihat apa yang hyung mereka belikan untuk mereka.

Doyoung pergi masuk ke dalam biliknya untuk cari akan Taeil dan tidak menjumpainya dalam bilik kongsi dia dengan Taeil. Lalu dia bertanya ke mana Taeil pergi.

Tiga pemuda itu mengangkat bahu mereka menandakan mereka tidak tahu ke mana Taeil pergi padahal ada sahaja di tong sampah, sudah mati dan tak bermaya.

Doyoung lalu menelefon Taeil tetapi tidak dijawab kerana telefonnya tinggal di rumah, tidak dibawa bersamanya.

" Don't worry, hyung. Nanti Taeil hyung balik lah. " Ujar Jaemin kepada Doyoung yang risau akan Taeil.

Tiga pemuda yang duduk di rumah sepanjang hari itu terdiam sahaja sambil makan makanan mereka. Xiaojun dan Chenle kelihatan risau dan pandang Mark. Mark kelihatan tenang sahaja, menganggap tiada apa-apa berlaku.

" Guys, Jeno pergi kedai kucing kejap tau. Nak gi jumpa kawan. " Ujar Jeno kepada mereka yang lain di rumah. Jeno berlalu pergi selepas Taeyong berikan kebenaran dia untuk pergi.

Jeno menaiki skateboard dia untuk pergi ke kedai kucing disebabkan masih tiada lesen kereta atau motor. Ketika dia menaiki skateboard dengan hati-hati, dia tidak sedar akan ada batu lalu dia terjatuh dari skateboard.

Jeno mengerang dengan kesakitan, terasa pening kerana impak tadi betul-betul membuatnya hampir pengsan. Kemudian, dia ternampak seseorang datang berjalan ke arahnya. Jeno tidak tahu siapa orang itu tetapi apa yang dia tahu lelaki itu mencekup dia hingga dia pengsan disebabkan berbau bau yang ada pada kain itu.

Di rumah NCT, semua sedang berehat dengan melakukan kerja masing-masing. Mark pula sedang menonton video lawak melalui telefonnya. Kemudian, dia mendapat mesej dari Simon.

Mark membuka bilik berbual mereka berdua dan ternyata Simon menghantar sebuah foto yang menunjukkan Jeno diikat pada tangan dan kakinya, berada dalam sebuah kolam besar dengan kepalanya bengkak dalam keadaan tidak sedar diri. Mark terus terduduk dari baringan dia dengan cemas.

🖤

Apa kau dah buat pada Jeno?!

☠️ You have to answer a riddle
to save Lee Jeno.

Answer wrongly,
Lee Jeno will die.

He who everyone loves,
he who everyone finds but once
he have been replaced,
he who everyone left.
Who is he?

🖤

Mark menelan air liurnya dengan gementar. Sudah kali kedua Jeno dikena culik tapi kali ini, jika tidak dibuat betul, Jeno akan mati. Dan teka-teki ni agak susah untuknya. Siapa yang dia nak aku teka?

.
.
.

t b c

farah's note 💌

halu semua and yes, aku update sbb nak berikan sedikit hadiah pda pembaca pt3 aku ^^

its okay kalau korang tak puas dgn exam korang, spm ada lagi 😂 mcm tu lah aku when pt3 dulu 😂 untuk yg puas tu, aku doakan korang dapat results yg bagus 🤗

tu ja dari aku 😂 kbye

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now