FOURTEEN

790 167 31
                                    

Sudah lima jam sejak misi baru telah Mark terima dan sepanjang lima jam itu jugalah dia sedang memikir bagaimana hendak dia lakukan misi membunuh salah seorang rakannya itu.

Macam mana aku nak bunuh diorang? Aku sayangkan diorang! Walaupun diorang agak annoying, dan kekadang juga pengotor...but diorang macam second fam aku! Aku tak sanggup bunuh diorang!

" Mark, you okay? " Tegur Johnny apabila melihat Mark yang dalam keadaan cemas dan terkejut apabila Johnny menegurnya.

" Yea, I'm okay. " Balas Mark sambil menunjukkan senyuman palsu kepada Johnny, menandakan dia okay padahal dia tidak okay.

" Kalau kau tak okay, bagitau kami. Kami tolong kau. " Kata Johnny yang risau akan Mark.

" Thanks hyung. " Ujar Mark. Johnny meneruskan apa yang dia buat tadi, meninggal Mark dalam dunianya sendiri.

Siapa aku nak pilih kalau aku boleh bunuh salah seorang mereka?

Mark melihat sekitarnya yang dipenuhi dengan rakan-rakannya bermain-main sana sini. Dreamies a.k.a Haechan, Chenle, Jeno dan Jisung sedang bermain dengan XBox di ruang tamu.

" Jeno, main betul-betul! Kalau kau kalah, kau hilang respect aku kepada kau. " Kata Haechan, melipat lengannya pada dadanya.

" Jisung Park fighting! " Sorak Chenle kepada rakannya, Jisung. Ternyata mereka sedang melihat siapa lebih bagus dalam permainan fighting.

Kalau bunuh dreamies, rasa bersalah lak sebab diorang underage, masih muda untuk dibunuh. Tak boleh, dreamies out of the list.

Mark melihat kepada orang lain pula yang berada di dapur dimana Kun, Doyoung, Taeyong dan Ten berada. Mereka sedang cuba memasak dengan mengikut resepi masakan Kun.

" Kun, mana nak letak sayur nie? Dalam periuk kah? " Ujar Ten yang mempunyai sayuran dalam tangannya dan ingin letaknya dalam periuk yang sedang mendidih air. Kun serta-merta melarang dia.

" Jangan! Sayur nie kau letak tepi dulu, nanti aku letak sendiri. Pi potong sayur lain pula. " Tutur Kun kepada Ten yang pergi sambung lagi memotong sayur.

" Taeyong hyung! Apa hyung dah buat?! " Teriak Doyoung dengan cemas apabila Taeyong telah buat sesuatu terbakar yang menyebabkan alarm kebakaran berbunyi, membuat yang lain terkejut.

Kun dan Doyoung cepat-cepat padamkan api tersebut sebelum situasi menjadi semakin buruk. Mereka lega apabila api telahpun padam.

" Sorry! Hyung terbakar kan kain buruk ni. Mian! " Maaf Taeyong kepada mereka. Dia memang betul-betul tidak sengaja untuk bakar kan kain buruk itu.

Kalau bunuh hyung line pun, aku tak boleh hidup senang sebab segelintir diorang bantu aku cuci bilik aku, masak untuk aku dan even cuci baju aku. Baik jangan kacau hyung line.

Mark beredar dari dapur dan pergi ke ruang tamu semula tetapi kepada Jungwoo dan Lucas; mereka sedang bertengkar ais krim coklat mint sedap atau tidak; Jungwoo mengatakan ia sedap manakala Lucas pula tidak.

" Tak sedap, okay! Rasa macam kau makan ubat gigi. " Kata Lucas sambil membuat muka jijik.

" Hilang satu nikmat dunia sebab tak makan ais krim coklat mint. " Balas Jungwoo sambil menggeleng kepalanya dengan penuh kekecewaan kepada Lucas.

Mark tertawa kecil melihat mereka bertengkar seperti budak-budak walaupun umur dah 20 tahun. Sekarang, otaknya sedang berfungsi seperti biasa semula dan sudah tahu siapa hendak dia bunuh. Walaupun ia agak gruesome but nak selamatkan diri dia dan yang lain, dia perlu korban salah seorang rakannya.

Malam menjelang dan Mark terbaring atas katilnya dengan fon telinga dipakai sambil menonton sebuah video.

" Whatever you do, do not leave the evidence and always clean up the blood after you kill the victim. " Malangnya, dia sedang tonton video cara nak bunuh orang tetapi versi kartun kerana dia terlalu jijik untuk melihat versi manusia.

Mahu atau tidak, dia kena buat. Masa pun sedang berjalan dan dia perlu fikirkan bagaimana hendak dia lakukan misi ini sebelum tarikh luputnya.

Johnny yang sedang membuat kerja sendiri sedar bahawa Mark sedang berfikiran itu, tertanya jika Simon telah berikan misi baru kepadanya.

" Oh? Tak, dia tak bagi lagi. Mark pastikan kalau dah terima, Mark bagitau okay? " Johnny angguk kepalanya dan Mark teruskan kerjanya itu.

Mark terpaksa tipu mereka kerana dia tidak mahu sesiapa tahu tentang misi membunuh ini. Dia tidak mahu mereka berasa takut dan tidak mahu sesiapa yang sukarela nak suruh Mark bunuh mereka.

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now