FORTY

533 115 20
                                    

☠️ Push someone when
a train is moving.

🖤

Mark diterima misi baru daripada Simon apabila dia telah sampai ke rumah. Dia baru sahaja sampai ke rumah, dah nak kena selesai misi baru.

Mark perlu fikirkan siapakah mangsa dia yang seterusnya. Dia mahu meminta bantuan seseorang tapi dia teringat semula bahawa Chenle dan Xiaojun tidak akan bantu dia. Dia berasa marah apabila mereka dua mengkhianati dia. Kata-kata mereka pada permulaan permainan sudahpun menjadi lapuk kepadanya. Dia menyimpan dendam kepada mereka dan akan menguruskan apa hendak dibuat kepada dua mereka.

Mark mencari di Internet akan jadual keretapi bawah tanah untuk selesaikan misi dia yang seterusnya dan mengelak mindanya untuk berfikir lagi tentang Chenle dan Xiaojun.

dua hari kemudian

Mark menjadi semakin rapat dengan Hendery sejak dua hari ini dan Hendery sedar akan kelakuannya terhadapnya hingga Hendery terasa pelik daripada Mark tapi dia tahu Mark sememangnya orang yang baik maka ia bukan satu gangguan kepada Hendery.

Mark telah mengajak Hendery keluar untuk pergi ke akuarium di Gwangju dengan menaiki keretapi bawah tanah bersama-sama. Mark berkata dia sudah lama tidak menaiki keretapi bawah tanah. Hendery pun setuju untuk ikut Mark. Mereka berdua sedang bersiap untuk ke akuarium.

" Kenapa kau pakai all black? Tak panas kah? " Ujar Hendery apabila dia nampak Mark keluar dari biliknya dan memakai hitam dari atas ke bawah.

" Since dah nak musim sejuk, aku pakai lah and suddenly aku suka warna hitam sejak ni. " Balas Mark dengan manis, berlakon tiada apa-apa akan berlaku padahal ada sebab yang sebenar kenapa dia pakai hitam.

Sebelum mereka berdua beredar,  Taeyong sempat memesan mereka berdua untuk berhati-hati, takut mereka berdua pula hilang seperti rakan mereka yang lain. Mereka angguk sahaja kepada mereka pada kata-kata Taeyong dan pergi.

Mereka sampai ke keretapi bawah tanah dan membayar tiket untuk mereka masuk. Disebabkan keretapi mereka lambat lagi untuk sampai, mereka tunggu hingga keretapi mereka sampai.

" Aku pergi tandas sekejap tau. " Kata Mark kepada Hendery. Hendery angguk kepalanya dan benarkan dia pergi sahaja. Mark yang mempunyai senyuman pada mukanya, terus hilang dari mukanya dengan pantas selepas dia paling kepalanya ke arah lain.

Mark menutup mukanya dengan penutup mukanya yang turut juga berwarna hitam dan menutup kepalanya dengan hoodie dia. Mark jalan ke laluan tandas dan ternyata laluan ke tandas terletaknya bilik kawalan kamera litar tertutup yang mengawal kamera litar tertutup di sepanjang stesen keretapi tersebut.

Mark tunggu di depan bilik tersebut hingga keluar seorang pekerja dari bilik itu. Mark menyelinap masuk ke bilik itu sebelum pintunya tertutup dan sempat memandang sekitar kawasan tersebut untuk pastikan tiada sesiapa nampak dia masuk.

Mark berjaya masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu bilik tersebut supaya tiada sesiapa boleh masuk ke dalam. Mark ternampak ada seorang lagi pekerja di dalam bilik itu, berkata...

" Wah, cepatnya kau sampai. " Dia menjangkakan rakan sekerja dia yang datang masuk. Mark terus menumbuk lelaki itu hingga dia terlentang atas lantai dan pengsan buat sementara.

Mark memandang ke meja yang penuh dengan skrin komputer dan butang di merata tempat meja itu. Mark menekan beberapa butang untuk memadam semua kamera tersebut dan skrin hitam terpamer selepas dia berjaya menutup segala kamera tersebut.

Kemudian, Mark terdengar bunyi pintu bilik tersebut sedang dibuka dengan kunci. Mark cepat-cepat sembunyikan diri di belakang pintu supaya pekerja tadi tidak nampaknya.

Apabila pekerja itu berjaya membuka pintu, dia terkejut untuk melihat rakan sekerjanya telah pengsan dan cuba untuk bantu tapi tidak sempat kerana Mark menumbuk pekerja itu hingga dia pengsan.

Mark melepaskan keluhan berat selepas dia berjaya mengikat dua pekerja itu dengan tali supaya mereka tidak melarikan diri dan menutup mulut mereka dengan pita supaya mereka tidak bising apabila mereka sedar.

Mark pandang ke bilik itu buat kali terakhir sebelum dia beredar dari bilik itu untuk memastikan dia tidak meninggalkan sebarang bukti bahawa dia berada di sana.

" Haih, susahnya buat kerja ni sorang-sorang. "

.
.
.

t b c

farah's note 💌

akhirnya aku dah habis berperang dengan spm selama sebulan ni, ada ups and downs but aku dah buat yg terbaik aku dah untuk kesemua 8 subjek yg aku ambil

so seperti yg aku janjikan, update baru lepas spm and here it is! dan schedule untuk update ss seperti biasa semula, pada hujung minggu.

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now