EIGHTEEN

775 158 24
                                    

Hari mereka berjalan seperti biasa, tiada apa-apa masalah atau rungutan dari sesiapa setelah mendapat iPhone mereka masing-masing. Tapi yang peliknya, mereka seperti tidak ambil tahu kenapa dan bagaimana mereka boleh dapat iPhone sebanyak itu kepada mereka.

Dan terutamanya sekali, mereka yang bantu Mark main Simon Says tidak berkata apa-apa langsung tentang Lucas yang sudah hampir 12 jam hilang.

Apa dah berlaku?

pagi tadi

Setelah mereka semua mengambil iPhone mereka semua, geng yang bantu Mark main Simon Says membuat mesyuarat untuk berbincang tentang iPhone yang tetiba sampai ke rumah mereka.

" Mark, kau dapat mission baru kah lima hari lepas? " Soal Johnny terus kepada Mark yang terkejut apabila soalan ditanya kepalanya.

Mark yang gementar itu, tidak mahu sesiapa tahu yang dia sudah selesai misi dia tanpa mereka, menggeleng kepalanya dengan pantas.

" Habis macam mana iPhone tu sampai ke rumah kita? Mesti ada sesuatu tak kena. " Kata Xiaojun sambil mengusap dagunya dengan kecurigaan.

" Yea, and btw, mana Xuxi-ge? Dia tak balik rumah since yesterday dia keluar dengan hyung. " Kata Chenle pula kepada Mark.

Perhatian mereka tertumpu kepada Mark selepas itu. Kehilangan Lucas mungkin membawa sesuatu kepada Mark dan tentang iPhone mereka dapat.

Mark kelip matanya berkali-kali sebelum dia hendak bercakap. Apa patut aku balas? Ya Tuhanku, bantulah aku dalam situasi ini!

" Actually kan... " Mata mereka semua tertumpu tajam kepada ayat-ayat Mark. Mark melepaskan nafas berat sebelum itu.

" Dia...balik Hong Kong....yeah. " Kata Mark dan muka mereka bertukar ke kekeliruan. Balik Hong Kong? Tiba-tiba?

" Tapi baju dia ada lagi... " Kata Chenle, yang merupakan rakan sebilik Lucas bersama dengan Jungwoo.

" Time tu...erm...flight dah sampai...and...dia dah lambat so...dia tak sempat...nak ambil baju...yeah. " Balas Mark perlahan-lahan disebabkan dia cuba untuk mencari idea sebelum dia bercakap.

" Erm, make sense. Lucas tu boleh jadi pelupa juga. " Ujar Kun, yang telah sudah tahu perangai Lucas bagaimana. Mark menelan air liurnya setelah mereka telah terpedaya dengan tipu dia.

" Tapi macam mana iPhone tu semua datang? Takkan langit hantar... " Tutur Doyoung dan mereka angguk kepala mereka.

" Siap ada surat juga untuk kau. " Ujar Xiaojun sambil melipat lengannya pada dadanya dengan merajuk kerana sedih tidak mendapat sesuatu istimewa seperti mendapat surat dari seseorang tanpa nama.

" Yang tu...aku yang order. Yeah! 20 kotak untuk korang termasuk aku. " Balas Mark tanpa berfikiran panjang. Yang dia tahu untuk keluar dari situasi ini.

" Duit kau banyak yea. " Kata Johnny tanpa sebarang ragu-ragu. Yang lain pun macam setuju juga dengan kata-kata Johnny.

" Untuk apa? " Soal Chenle lagi.

" Erm...sebab...terima kasih atas persahabatan kita..? " Kata Mark, tidak pasti ia satu soalan atau jawapan kepada mereka. Mereka pun terima sahaja sebagai jawapan.

" Hm, okay. Thanks Mark! " Kata Xiaojun dengan riang, diikuti dengan yang lain atas memberi iPhone itu kepada mereka.

Mereka pun kembali membuat kerja mereka masing-masing dan teruskan hari mereka begitu sahaja. Mark pula berasa lega bahawa mereka tidak suspek apa-apa darinya tentang iPhone dan kehilangan Lucas.

Mark melepaskan keluhan berat setelah dia berfikir tentang semalam. Kematian Lucas masih terngiang-ngiang dalam mindanya. Tak sangka dia dah bunuh kawannya. Dia memang patut masuk penjara atas sebab membunuh seorang insan yang tidak bersalah.

Kemudian, telefonnya berdering buat kali keberapa hari ini. Mark dengan malas mencapai telefonnya dalam poket seluar dan lihat siapa telah menghantar mesej kepadanya. Ternyata Simon menghantar mesej.

🖤

☠️ Come to this location now.

Your new mission will be start
here. Do come alone and don't
bring anyone else with you.

Actions will be taken if not
arrive to this location in 5 hours.

🖤

Mark menekan pautan yang membawa ke lokasi yang Simon mahu Mark pergi. Ternyata bangunan yang Mark sepatutnya pergi berada di kawasan yang terbiar di Incheon. Mahu atau tidak, dia terpaksa pergi.

" Hyung buat apa tu? " Soal Renjun yang tetiba datang ke Mark, membuat Mark terkejut.

" Tak buat apa. Bagitau yang lain yang hyung nak keluar. " Ujar Mark kepada Renjun yang keliru itu.

" Pergi mana? "

" Adalah. Nanti hyung balik. Bagitau yang lain tau. " Renjun angguk kepalanya dan Mark keluar dari rumah. Renjun nak tahu ke mana Mark hendak pergi.

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now