TWENTY

752 166 42
                                    

" Saya harap kamu akan hati-hati selepas ini. " Kata doktor selepas memeriksa kesakitan Mark. Ternyata lukanya pada tangan dan kaki dijahit; tangan kena tiga jahitan manakala kaki kena tujuh jahitan disebabkan kulitnya terbuka luas.

" Macam mana boleh terjadi ni? " Soal doktor itu. Mark gementar untuk membalas persoalan doktornya.

" Urm saya...terjatuh bukit. " Balas Mark dan doktor itu cuma terima sahaja jawapan dia walaupun dia tahu setakat jatuh bukit, kulit takkan terbuka seluas itu.

" Terima kasih kerana datang ke hospital. Nah, ambil tongkat. " Kata doktor dan jururawat yang berada dalam pejabat doktor itu, ingin berikan tongkat kepada Mark tapi Mark menolaknya.

" Tak mengapa, saya boleh jalan. " Ujar Mark dan bangun dari kerusi dengan kaki dan tangannya dibalut. Pipinya pula dilekat dengan kapas.

" Betulkah? Tongkat ni boleh bantu awak. " Kata doktor, cuba untuk pujuk Mark ambil tongkat itu tetapi ia tidak berkesan.

" Tak apa. Terima kasih, doktor. " Tutur Mark dan perlahan-lahan keluar dari pejabat doktor itu. Doktor dengan jururawat itu lihat sahaja Mark berjalan tempang.

Apabila Mark sedang berjalan menuju ke pintu keluar, dia terjumpa seseorang. Berada di dalam pejabat seorang doktor.

" Kulit bahu awak terkoyak ni. " Kata doktor tersebut apabila sedang memeriksa kesakitan pesakitnya itu. Mark kenal pesakit itu, sangat kenal.

" Apa doktor akan buat? Pembedahan? " Soal Winwin yang cemas, sedar bahawa kulitnya itu dibahunya itu mengalir darah.

" Yea, kami akan lakukan pembedahan kepada awak. Supaya darah awak berhenti mengalir. " Balas doktor itu. Mahu atau tidak, Winwin kena juga buat pembedahan walaupun dia takut untuk dibedah.

Mark yang dari luar, melihat Winwin berada di dalam pejabat doktor itu, pelik mengapa Winwin berada di hospital juga. Apa jadi kat bahu dia sampai luka?

Mark telahpun sampai ke rumahnya pada lewat malam itu. Rasanya ada beberapa member dia masih lagi tidak tidur pada waktu ini.

Mark masuk ke dalam rumah dengan perlahan supaya tiada sesiapa dengar dia tapi nasibnya sangat malang sekarang kerana Renjun sedar akan kepulangan Mark.

" Mark? Apa hyung buat? Kenapa lewat malam baru nak sampai... " Kata Renjun, dengan segelas air dalam tangannya. Kemudian, dia sedar bahawa anggota badan Mark dibalut dengan kain.

" Apa jadi kat hyung? Hyung okay kah? " Soal Renjun dengan risau.

" What this? Tak ada apa lah. Hyung...panjat pokok tinggi. Sampai jadi macam ni. " Kata Mark sambil senyum pahit kerana ini semua penipuan sahaja.

Penipuan itu pun membuat Renjun percaya akan Mark. Renjun melepaskan nafas berat apabila melihat keadaan Mark.

" Cuai sungguh lah hyung ni. " Kata Renjun dan terus masuk ke biliknya yang dikongsi dengan Kun dan Winwin. Mark melepaskan nafas lega selepas Renjun masuk ke biliknya.

Sekarang, Mark kena masuk ke biliknya dengan senyap, tidak ganggu Jisung dan Johnny tidur. Tapi proses dia berjalan ke biliknya akan mengambil masa yang lama.

Keesokan paginya tiba dan member yang lain terkejut bahawa Mark dicedera teruk. Mereka bertanya apa yang berlaku kepadanya dan jawapan yang sama dia bagi kepada Renjun pada malam semalam.

" Mark jatuh dari pokok tinggi. " Ini sebuah penipuan besar. Kalau mereka tahu bahawa dia dikejar dan hampir kena bunuh di hutan, mereka akan terkejut dan kemungkinan akan libatkan polis dalam hal ini. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.

" You're not lying, are you? " Soal Johnny dengan penuh curiga. Johnny yang telefonnya semalam, terdengar yang Mark dalam kesusahan semalam, inginkan kepastian. Kerana semalam Mark kata dia berada di pusat membeli-belah tetapi kenapa dia kata dia pergi panjat pokok tinggi pula?

" Urm, no. Waktu hyung call tu, shopping mall ada buat promosi. Tu sebabnya hyung dengar macam jeritan atau bising tu. " Balas Mark, terus menelan air liurnya setelah menipu Johnny.

Walaupun kata-kata Mark, Johnny was-was untuk percaya tapi disebabkan dia sayangkan Mark, dia pun percaya sahaja kata-katanya.

" Rest well, baby. Kita akan jaga hyung. " Kata Haechan sambil belai rambut Mark.

Mark rasa bersalah kerana penipu kepada mereka tetapi sebaik mana dia nak lindungi mereka daripada dibunuh, dia terpaksa juga tipu mereka. Nyawa mereka ibarat nyawa dia juga. 

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now