THIRTY THREE

650 144 13
                                    

Mark mengambil picagari yang dia ada, jangan soal dari mana dia dapat, dan mencucuk jarumnya ke kulitnya tanpa ragu-ragu. Xiaojun dan Chenle di sisinya ketika dia mengambil darahnya.

" Buat perlahan-lahan, Mark. Masa ada banyak lagi. " Tegur Mark apabila Mark menarik plunger picagari itu perlahan dan darahnya mula mengisi picagari itu.

Kemudian, dia menarik keluar picagari tersebut dari lengannya dan melekat sesuatu pada lengannya supaya darahnya tidak mengalir dari lengannya.

Chenle serahkan gelas yang dia ambil dari dapur dan berikan pada Mark. Dia keluarkan semua darahnya ke dalam gelas itu dari picagari tersebut.

" Okay, dah siap. Siapa akan jadi mangsa aku? " Ujar Mark sambil pandang dua rakan dia. Chenle dan Xiaojun abaikan tentangan mata Mark. Nampak sangat mereka tidak mahu minum darah Mark.

" Woah, merahnya air ni. " Ujar Jaehyun dengan teruja apabila Mark serahkan segelas air 'strawberi' kepadanya.

" Minum lah. Lepas hyung minum, hyung akan jadi bertenaga selalu. " Kata Mark dan kedua-dua Chenle dan Xiaojun yang berkepit dengan Mark, angguk kepala mereka dengan setuju.

Jaehyun membau dahulu air tersebut dan baunya hampir membuat Jaehyun termuntah, agak curiga dengan air.

" You sure ni air strawberi? Bau dia lain macam.. " Ujar Jaehyun sambil membuat muka curiga sambil perhatikan air tu.

" Biasalah, air dari luar negara. Cubalah. " Kata Mark, cuba menghasut Jaehyun minum air itu. Jaehyun tidak berfikir lama dan cuba rasa air tersebut. Mereka bertiga kelihatan teruja untuk Jaehyun minum 'air' itu.

Sebelum air itu masuk ke dalam badan Jaehyun, terdengar seseorang memanggilnya.

" Jaehyun, jom! Nanti lambat lak. " Ujar Johnny yang berdiri di depan pintu, bersama dengan Taeyong dan Doyoung.

" Korang simpan dulu air ni, nanti hyung minum. " Ujar Jaehyun dan serahkan semula gelas itu kepada Mark. Tidak sempat mereka berkata apa-apa, Jaehyun telahpun beredar dengan hyung yang lain.

" Aish, sikit ja lagi! " Ujar Chenle dengan geram. Mark dan Xiaojun turut juga berasa marah juga. Tipis sahaja peluang mereka tadi.

" Apa kata kita buat air ni nampak macam air sikit. Ni merah menyala macam darah, memanglah diorang akan suspek. " Kata Chenle, berikan cadangan dia.

" Yeah, dia tak kata pun tak patut campur dengan apa-apa minuman. Asalkan ada darah kau, mission dah boleh complete. " Kata Xiaojun.

Mark kelihatan was-was untuk ikut idea mereka kerana mereka tidak mempunyai banyak masa tapi idea mereka pun agak bernas maka, Mark pun ikut idea mereka.

☠️ 20 minutes till the mission end

Chenle dan Xiaojun menjadi terlalu teruja dengan idea mereka hingga mereka campur dengan pelbagai jenis minuman. Dari susu ke minuman karbohidrat, macam-macam mereka letakkan.

" Weh, jangan excited sangat. Nanti tak sedap pula air tu. " Mark yang kelihatan risau itu berbicara.

" Don't worry, Mark hyung. Kami tau apa kami tengah buat. " Balas Chenle. Mark mampu melihat mereka dengan perasaan takut dan risau.

☠️ 10 minutes till the mission end

" Siap! " Kata Xiaojun dan Chenle pada waktu yang sama, sambil menghidangkan air tersebut kepada Mark yang berada di kaunter dapur sambil bermain dengan telefonnya.

Mark melihat darah ataupun air yang telah bertukar warnanya dari merah menyala ke warna lain.

" Hyung cuba lah. Nak tau sedap or not. " Kata Chenle dan Mark terkejut dengan apa Chenle katakan. Mark bantah cadangan Chenle.

" Mark, kami tak mau cuba sebab ni hasil kami. Kami nak pendapat orang lain selain kami, iaitu kau. " Xiaojun kata sambil senyum.

Mark menelan air liurnya dengan gementar. Dia takut air yang mereka itu menjadi satu racun kepada perutnya dan mengakibatkan dia sakit. Mark meneguk air itu perlahan.

" Kejap, it's not so bad? " Kata Mark dengan keliru. Walaupun air itu mempunyai darahnya tetapi air itu ternyata okay. Kedua-dua Chenle dan Xiaojun pun terkejut dengan hasil mereka.

" Serious? Nak cuba. " Kata Xiaojun dan Chenle pada waktu yang sama dan mereka berdua memegang gelas itu pada waktu yang sama, mengakibatkan tangan mereka bersentuhan.

☠️ 5 minutes till the mission end

" Chenle, bagi aku minum dulu. Kita tak ada banyak masa dah. " Kata Xiaojun, menarik air itu kepadanya.

" Yeah but Chenle pun nak rasa juga. " Ujar Chenle dan menarik air itu semula kepadanya. Mereka berdua saling menarik gelas itu yang mengakibatkan air itu tertumpah sedikit demi sedikit.

" Weh, stop! Kita actually betul-betul tak ada masa. " Kata Mark untuk leraikan pertengkaran mereka. Mereka terlalu degil dan teruskan lagi hingga air itu tertumpah ke lantai, menyebabkan Mark terkejut. Chenle dan Xiaojun turut juga.

" No, no, no! Air tu! " Kata Mark dengan panik dan ketika itu, dia menerima mesej dari Simon.

🖤

☠️ You have failed to
complete your mission.

You must face
your consequences.

🖤

Sebaik dia habis membaca mesej tersebut, dia teringat akan Jungwoo, yang berada di pusat akupuntur.

" Jungwoo.. " Ujar Mark dan dia serta-merta berlari keluar dari rumah ke pusat akupuntur, sebelum apa-apa jadi kepada Jungwoo.

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now