TWENTY FIVE

690 147 31
                                    

Kedua-dua Johnny dan Mark cuba untuk selamatkan mereka dua yang terikat tetapi Renjun dan Chenle digari kuat pada dinding. Besi itu sangat kuat. Johnny dan Mark tidak boleh buat apa-apa kecuali membunuh salah seorang mereka dan Mark kena buat keputusan siapa hendak dia selamatkan.

Mark dalam dilema sekarang kerana dia tidak tahu siapa hendak pilih diantara dua rakan dia itu.

" Hyung, please. Chenle janji Chenle takkan jahat dengan hyung lagi. " Teriak Chenle dengan teruk sambil menangis. Tangisan dia tidak berhenti sejak dia sampai di sana.

" Mark hyung! Selamatkan Renjun! " Jerit Renjun dengan kuat. Mark betul-betul tidak tahu nak pilih siapa. Kedua-duanya dia sayang dan kasihi. Kenapa Simon nak kena buat macam ni kat aku?

" Mark, cepat pilih! Masa tengah berjalan! " Ujar Johnny yang berpeluh tunggu untuk Mark pilih. Dia sendiri yang lagi risau dari Mark sekarang.

Mark nak pilih tapi pada masa yang sama, dia tak nak sebab dia tak nak bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan rakan-rakannya yang lain di rumah jika mereka tak jumpa Renjun.

Mark cuma perlu membuat keputusan yang tepat dan pilih siapa yang akan jadi mangsa. Selepas beberapa minit kemudian, dia dah buat keputusan untuk pilih siapa.

" Guys, aku betul-betul minta maaf kalau aku buat salah kat korang. Dan maafkan aku sebab aku terpaksa buat ni. " Kata Mark setelah membuat keputusan dan gergaji tu mula bergerak setelah Mark menarik tuil di depannya. Gergaji itu bergerak ke arah Renjun dengan perlahan.

" Weh weh! Ni tak lawak, please jangan buat aku macam ni. " Ujar Renjun dengan panik apabila gergaji bergerak ke arahnya. Chenle pula sedang menjerit dengan kuat sekali, nak lepaskan dirinya.

Gergaji itu bergerak lagi dekat kepada Renjun dan gergaji itu memotong badan Renjun separuh, badan dan kakinya. Chenle pula teriak dengan kuat apabila dia melihat sesuatu yang begitu mengerikan depan matanya. Darah percik ke merata tempat, pada lantai, gergaji itu dan pada Chenle juga.

" Hyung, hyung.. " Kata Chenle dengan sayu sambil menangis. Tak sangka dia melihat rakannya sendiri mati depan matanya.

Chenle telah dilepaskan dari besi yang mengikat dia itu dan Mark dan Johnny pergi selamatkan Chenle. Chenle terus peluk kedua-dua Mark dan Johnny.

" Hyung, Renjun dah mati. Ahhhhh! " Teriak Chenle dengan teruk. Mereka melihat badan Renjun yang telah dibahagikan kepada dua itu dengan jijik. Mark betul-betul bersalah kerana telah membunuh rakannya, kali kedua.

Mereka bertiga beredar dari bangunan itu dengan segera dan tinggalkan mayat Renjun begitu sahaja. Mereka tidak terus pulang ke rumah tetapi ke gas stesen, untuk bersih diri mereka yang telah penuh dengan darah, terutamanya Chenle.

Chenle yang masih tidak percaya akan apa berlaku itu, tidak berhenti menangis dan matanya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Johnny berikan berikan pakaian yang bersih kepada Chenle supaya dia bersih dari kotoran.

Mark dan Johnny pula pergi berehat di dalam kereta mereka. Johnny singgah ke kedai untuk belikan minuman kepada Mark manakala Mark duduk dalam kereta, berfikir apa yang dia dah buat tadi.

Dia tak tahu apa hendak dia lakukan lepas ini. Lapor kepada polis? Aku nak bagitau apa pada yang lain? Nak tipu diorang lagi yang Renjun balik China lagi, macam apa jadi pada Lucas?

Mark betul-betul sakit kepala memikirkan tentang ini. Dia dah menyesal dengan keputusan yang telah dia buat selama bermain permainan ini. Apa salah aku? Apa salah aku sehingga aku kena buat macam ni?

Mark keluar dari kereta dan terus teriak dengan kuat, jerit sekuat yang dia mampu untuk lepaskan geram dia. Disebabkan dia, dua insan yang tidak bersalah mati. Tanpa sebarang kesalahan, mereka terbunuh dengan begitu senang sekali.

Mark terjatuh ke lantai, tidak bermaya untuk hidup dalam keadaan begini lagi. Rasanya kalau aku bunuh diri aku, benda ni akan berhenti. Desis Mark dalam hatinya.

Johnny dan Chenle pergi ke Mark yang terduduk atas lantai itu. Dia sudah penat untuk main permainan ini. Dia sudah penat untuk ikut arahan Simon. Ini semua salah Simon! Kalau permainan ini tak wujud pada mulanya, mangsa-mangsa yang main permainan ini takkan jadi macam ini!

" Aku dah tak larat nak hidup. Aku penat. Aku tak nak main game ni dah, dan aku tak nak bunuh sesiapa dah. " Kata Mark dengan perlahan, buat dua rakannya itu dengar.

" Mark, ni bukan salah kau. " Kata Johnny untuk buat Mark berhenti memikirkan tentangnya.

" Salah aku lah! Sebab aku lah, Lucas dengan Renjun mati. " Kata Mark yang pada tahap itu, sudah hampir hilang warasnya. Chenle yang mendengar itu, keliru apa yang Mark katakan.

" Aku tak ada niat nak bunuh sesiapa pun. Aku ingatkan game ni cuma main-main ja tapi bukan ja dia main game dalam realiti, dia juga mainkan minda kau. " Kata Mark.

" Rasanya kalau aku mati, aku tak yah main game tu dah dan korang semua selamat kan? " Kata Mark yang mempunyai senyuman yang sinis seperti Joker, membuat kedua-dua Johnny dan Chenle takut.

Mark ambil pisau kecil yang berada dalam kereta Johnny dan tujukan pisau itu pada jantungnya, membuat kedua-dua Johnny dan Chenle terkejut dan cuba untuk buat Mark bertenang.

" Mark, kau tak perlu buat ni. Kitorang ada, kami boleh tolong kau. " Ujar Johnny dan Chenle angguk kepalanya.

Mark pada saat itu, dah menitis airmata dia, memikir untuk bunuh diri. Dia pandang kedua-dua Johnny dan Chenle. Dia tak boleh buat. Dia tak boleh lakukan ini. Dia tak nak menyusahkan rakan-rakannya.

Mark lepaskan pisau itu dari tangannya dan terjatuh ke lantai sambil menangis. Chenle sepak pisau itu jauh-jauh manakala Johnny pergi pujuk Mark, peluk.

" Hyung, Mark tak tau nak buat apa dah. " Teriak Mark dalam peluk Johnny sambil menangis. Dia betul dah tak tau nak buat apa lepas ini.

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now