TWENTY THREE

746 147 39
                                    

Mereka tidak tahu apa hendak mereka buat dengan bahan-bahan mayat Lucas lalu mereka bakar ja semua. Mereka samada takut untuk hantar ke polis ataupun mereka memang tiada jalan penyelesaian untuk perkara ini, kedua-duanya pun boleh.

Mereka tunggu hingga ke semua barang itu semua bakar hingga menjadi hangus dan abu. Seorang demi seorang masuk ke dalam setelah semuanya telah habis. Renjun orang terakhir masuk. Dia tidak percaya bahawa perkara ini berlaku.

Mark yang dari dalam melihat Renjun masih lagi tidak masuk itu, melepaskan keluhan berat, menyesal dan bersalah akan apa kesalahan dia. Kun memujuk Renjun untuk masuk ke dalam kerana ia sudah senja. Renjun, dengan sedih, masuk ke dalam, masih lagi tidak berhenti menangis.

Mark tidak berhenti menyalahkan diri dia tentang perkara ini. Kalau dia tak main permainan ini pada mulanya, tiada sesiapa akan terlibat dalam segala hal bunuh ini. Mark melihat lengannya yang masih lagi ada kesan torehan, mengingat semula dengan kebodohan dia kerana menoreh tangan dia. Dia memang tak patut main.

Seminggu telahpun berlalu dan Mark telahpun sembuh dari sakitnya. Kulitnya menumbuhkan kulit baru pada lukanya yang membuat gembira kerana akhirnya dia boleh berjalan. Dia tidak perlu risau tentang pergi ke tandas.

Tapi kegembiraan dia terpaksa diberhentikan kerana apabila sampai sahaja ke rumah, perasaan sedih itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam rumah mereka kerana Renjun masih lagi tidak melepaskan tentang kematian Lucas.

Apabila Mark masuk ke dalam biliknya untuk berehat, Johnny tanya sesuatu kepada Mark.

" Mark, apa jadi dengan game Simon tu? Kau masih main kah? " Mark terus heart attack sebab Johnny soal tentang itu. Sudah lama Mark tidak update tentang Simon Says tu kepada mereka.

" Urm...kan? Aku sendiri tak tau kenapa Simon tak bagi aku apa-apa mission kat aku. " Balas Mark, cuba untuk memperdayakan Johnny tetapi Johnny isn't gonna fall for the same shit again.

" Kau tau kau bukan pembohong yang baik.. " Ujar Johnny, melipat lengannya pada dadanya. Dia, sebagai rakan sebilik dan baik Mark, semestinya dia tahu perangai Mark macam mana.

" Apa kau tengah cakap ni... " Kata Mark, tergagap dalam ayatnya dan kelip-kelip matanya berpuluh kali.

" Kau tengah tipu sekarang ni. Kau gagap dalam ayat kau dan kelip-kelip mata kau beribu kali kalau kau tipu. " Tutur Johnny. Mark terus mengalah kerana apa guna menipu depan rakan dia.

" So spill the tea, bro. " Ujar Johnny yang telah pegang secawan teh dalam tangannya sambil menghirup teh itu. Mark keliru bagaimana air itu berada dalam tangannya walaupun dia sedang melihat Johnny sepanjang ini. Apapun, dia abaikan sahaja dan beritahu kesemuanya kepada Johnny dari mula sampai habis.

Johnny terkejut apabila kematian Lucas adalah disebabkan Mark sendiri.

" Kau bunuh- " Tak sempat Johnny habis jerit, Mark terus menekup mulut Johnny supaya dia diam.

" Jangan bising! Nanti yang lain dengar. " Ujar Mark, melepaskan tangannya dari mulut Johnny.

" Kenapa kau tak bagitau diorang, terutamanya Renjun? Kau tau dak dah seminggu dia dok menangis pasal Lucas. Dah berhari-hari dia tak makan, bagi Kun hyung dan yang lain risau. " Tutur Johnny. Mark tahu tapi dia tak mahu mereka suspek Mark juga. Tak silap hari nanti, Mark akan berada dalam penjara.

" Aku tau dan aku bodoh waktu tu. Aku patut mengaku dan terima sahaja hakikatnya tapi aku terlalu pentingkan diri sampai macam ni sekali. " Mark ketahui kesalahannya dan nak berhenti semua perkara ini tetapi bagaimana? Dia sendiri tak tahu bagaimana.

" Hyung, nak masuk boleh tak? " Suara Chenle mereka berdua boleh dengar dari luar bilik mereka. Mereka benarkan Chenle masuk dan melakukan tujuan dia kenapa dia masuk ke sini.

" Hyung ada nombor baru Winwin-ge tak sebab nombor dia macam tak boleh call dah... " Ujar Chenle tentang Winwin.

Mereka mula memikir tentang Winwin. Dari mula, Mark rasa dia jarang nama Winwin sejak dia terjumpa dia di hospital tempoh hari tapi lepas hari tu, dia dah jarang nampak Winwin balik. Ke mana dia pergi?

" Kejap, you guys tak rasa pelik kah... " Tutur Johnny, membuat dua remaja itu keliru dengan apa Johnny cakapkan.

" Winwin asyik hilang when Mark main game Simon tu, kan? Dia selalu tak ada dalam frame kita when benda ni semua berlaku. " Kata Johnny, untuk buat dua remaja itu faham apa yang sedang dia bicarakan.

" Mungkin juga dia sibuk dengan kerja dia. Mana tau. " Kata Chenle dan Mark setuju.

" Tapi tak pelik kah? Dia tak ada waktu kita buka kotak misteri tu. Pagi-pagi dia dah hilang. Pepagi dah hilang, ke mana pun tak tau. " Ujar Johnny.

" Urm, ye tak ya juga. Sebab haritu, waktu Chenle masih terjaga waktu pagi dalam pukul 4 ke 5 pagi, terserempak dengan dia kat dapur. Dia nampak cemas waktu Chenle ucap selamat pagi kat dia. Lepas tu, dia kata nak keluar and tu ja. Tak dak sebarang berita lepas tu. " Tutur Chenle.

Kedua-dua penyataan Chenle dan Johnny kelihatan mencurigakan. Apabila semua orang tengah panik pasal kehilangan Jeno tempoh hari, Winwin seorang saja yang kelihatan tidak hairan ataupun tidak bersama dengan mereka ketika kepulangan Jeno.

What's is up with Winwin?

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now