SEVENTEEN

802 164 45
                                    

Mark menggali mayat Lucas yang telah disarung dalam guni besar ke dalam tanah di sebuah hutan di Daejeon.

Mark mengelap air peluhnya setelah habis menyelesaikan kerjanya. Pisau yang dia guna untuk bunuh Lucas telahpun dia hapuskan dengan membakarnya dan juga darah pada tangan, baju dan seluruh badannya telah ditukar dengan menukar pakaian yang bersih.

Mark terduduk di tanah dan memikirkan apa yang dia telah lakukan. Dia telah bunuh kawannya, seorang insan yang tidak bersalah, dan dia berasa sangat bersalah kerana melakukan perkara ini tetapi demi menyelamatkan diri dan rakan-rakan yang lain, terpaksa dia lakukan.

Kemudian, dia mendapat sebuah mesej, dari Simon.

🖤

☠️ Congratulations, you have successfully
completed your mission.

Reward will be send next morning.

🖤

Kejap, aku tak tunjuk bukti yang aku dah selesaikan misi aku. Kemudian, dia terdengar bunyi dari pokok di belakangnya. Mark memandang ke atas untuk lihat apa atau siapa sedang membuat bising itu.

Tiba-tiba, ada seorang manusia jatuh dari pokok itu, membuat Mark terkejut. Manusia itu lari dengan pantas sebelum Mark dapat lihat siapa orang itu. Kenapa dia ada atas pokok tadi? Dia nampak aku gali mayat ka tadi?

Mark tidak tahu apa hendak buat kecuali lari dari situasi atau tempat tersebut dan pulang ke rumah sebelum sesiapa nampak. Aku perlu selamatkan diri aku sebelum sesiapa nampak!

" I'm home! "

" Dah sampai. " Kata Jisung sebaik nampak Chenle telah pulang ke rumah setelah mengikut Lucas dan Mark, sepertimana dia kata sebelum Chenle keluar.

" So, mana Lucas hyung dan Mark hyung? " Soal Jisung yang curiga itu.

" Aku tak ikut diorang pon. Tadi terserempak dengan kawan lama sampai lupa apa tujuan aku kat taman skate tadi. " Balas Chenle sambil beri senyuman kepada Jisung.

" Ei, ingatkan ikut diorang. Tadi petang bukan beria nak ikut. " Kata Jisung kepada Chenle yang terus duduk sebelah Jisung yang sedang makan keropok sambil menonton televisyen.

Kemudian, pulang seseorang ke rumah mereka apabila pintu rumah buka. Perhatian Chenle dan Jisung tertumpu kepada orang di pintu.

" Oh, Winwin-ge dah pulang.. " Kata Chenle sambil memakan keropok kepada Winwin yang telah pulang ke rumah sambil tercungap-cungap.

" Kenapa dengan hyung? " Soal Jisung pula kepada si Winwin.

" Ya, balik-balik terus berpeluh. Dengan pakai hitam waktu malam. " Kata Chenle. Winwin abaikan soalan mereka dan terus masuk ke biliknya yang dikongsi oleh Renjun dengan Kun.

Dua pemuda itu keliru dengan Winwin, terus mengangkat bahu mereka dengan tak tahu dan sambung dengan rancangan televisyen mereka.

Tepat pada 12 tengah malam, Mark telahpun pulang ke rumah dengan beg besar pada bahunya. Dia balik lambat sebab dia tidak mahu ahli lain tanya ke mana Lucas pergi dan kenapa dia tidak bersama dengan Mark.

Nasibnya bagus sekali kerana balik sahaja, ruang tamu gelap dan beberapa bilik ahli yang lain sudah tutup lampu, menandakan mereka sudah tidur. Apabila Mark masuk ke biliknya, Jisung dan Johnny telahpun terlelap dalam dunia mimpi mereka.

Mark senyap-senyap masuk untuk tidak mengejutkan mereka dari tidur mereka. Mark menukar bajunya ke pakaian tidur dan masukkan bajunya ke dalam mesin basuh supaya tiada sesiapa sedar bajunya dipenuhi dengan darah.

Selepas selesai apa yang dia dah buat, dia baring pada katilnya untuk tidur tetapi ia tidak berkesan. Membunuh seorang manusia membuat minda terjaga sepanjang malam itu.

Dia tidak berniat untuk bunuh Lucas tetapi dia terpaksa. Dia mahu lupakan tetapi ia masih terngiang-ngiang dalam mindanya walaupun dia bermain dengan permainan dalam telefonnya dan tonton video di YouTube.

Satu persoalan dia mahu tahu tentang apa berlaku semalam. Siapa orang yang atas pokok tu?

Keesokan paginya menjelang. Mark terjaga dari tidurnya apabila Doyoung masuk ke biliknya untuk mengejut dia.

" Mark, bangun. Kita ada masalah. " Kata Doyoung.

" Apa dia.. " Balas Mark dengan malas, menutup mukanya dengan batal.

" Keluar ke ruang tamu. " Kata Doyoung. Mark pun bangun dari katil dan ikut Doyoung ke ruang tamu untuk selesaikan 'masalah' itu

Apabila sampai ke ruang tamu, mata Mark terbeliak dengan besar apabila setiap seorang di ruang tamu mereka memegang model terbaru iPhone, dalam tangan mereka.

" Wah! Sekarang boleh download banyak game. " Kata Jisung yang pegang satu iPhone dalam tangannya.

" Dan surat ni untuk kau. " Kata Doyoung, memberi sekeping sampul surat yang mempunyai namanya pada surat itu. Mark membuka sampul itu dan membaca surat itu.

Congratulations on your mission. Please accept this as a reward.

☠️ Simon Says

" Kenapa ada 20 ja? Kita bukan ada 21 orang kah.. " Kata Yuta yang mengira kotak iPhone yang terdapat dalam kotak itu.

Kun dan Doyoung yang tahu tentang Mark bermain dengan Simon Says itu, berpaling muka ke Mark untuk mengetahui mengapa ada 20 kotak sahaja iPhone dan juga sejak bila dia selesaikan misi dia tanpa memaklumkan mereka?

.
.
.

t b c

💌 farah's note

last update sebelum aku exam selasa ni. so for next update will be during two weeks cuti nanti yea!

nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca² aku yg beragama islam dan good luck kepada yg akan/dah exam tu ^^

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now