SIX

968 175 15
                                    

Selepas tiga hari berlalu, Mark dan Xiaojun berjumpa dengan rakan mereka, Hyunwoo sepertimana mereka telah aturkan.

Semakin banyak masa mereka luang masa bersama, semakin rapat hubungan mereka. Hyunwoo semakin dekat dengan dua laki itu. Hyunwoo juga berkenalan dengan Kun ketika itu juga.

Mark terasa tidak mahu bunuh Hyunwoo kerana bukan sahaja Hyunwoo baik tetapi peramah dan ceria sepertimana dia di sekolah dulu tetapi sekarang dia kurang nakal. Sebanyak mana Mark tidak mahu bunuh, dia tetap perlu lakukan kerana dia mahu selamatkan kawan-kawan kesayangan dia di rumah.

Ia sudah hari terakhir sebelum misi Mark tamat. Dia ditinggal dengan beberapa jam sebelum tamat misi tersebut maka dia perlu lakukannya dengan lekas kerana tidak mahu membuang masa.

" Wah! Tak sabarnya nak pi camping! Korang pernah camp? " Kata Hyunwoo yang teruja untuk ke pergi berkhemah di hutan. Dia tidak tahu bahawa yang dia akan mati pada malam itu.

" Urm, pernah sekali ja. " Balas Xiaojun yang duduk di sebelah Hyunwoo manakala Mark duduk di tempat sebelah pemandu iaitu Kun. Ya, Kun turut ikut sekali mereka pergi "berkhemah". Xiaojun saja yang melayan Hyunwoo dalam kereta manakala Mark berasa sangat berat hati untuk lakukan perkara ini.

Mereka telah sampai setelah satu jam perjalanan ke kawasan hutan dimana tiada seorang manusia pun ada, cuma haiwan liar yang terlepas di hutan sahaja ada. Mereka semua ambil barang dan peralatan mereka keluar dari bonet kereta.

Kun orang terakhir mengambil barangnya kerana dia mengeluarkan sekali cangkul dan guni bersama supaya tidak nampak mencurigakan untuk Hyunwoo nanti. Hyunwoo lah yang memimpin jalan ke kawasan berkhemah mereka.

" Kau rasa nie idea bagus kah? " Soal Xiaojun yang sudah berpeluh berjalan ke kawasan khemah mereka.

" Nak buat macam mana...kita tinggal lagi tiga jam sebelum misi tu habis. Kalau kita tak buat, mampus kita. " Balas Mark. Xiaojun tidak membalas apa, cuma mengeluh sahaja. Mereka sambung semula perjalanan mereka.

Selepas lima belas minit berjalan, akhirnya sampai juga kawasan berkhemah mereka. Mereka meletak barang mereka secepat mungkin sebelum baring atas tanah yang kotor itu.

" Akhirnya sampai juga. " Kata Hyunwoo, mengelap peluhnya dengan baju lengannya. Kun menyembunyi cangkul dan guni yang dia bawa di semak yang tiada sesiapa akan mengetahui kehadiran dua peralatan itu.

- one hour till your mission ends

Mark mengeluh perlahan apabila melihat telefonnya selepas membaca mesej dari Simon. Ia sudah malam hari dan mereka semua telah memasang semua khemah dan unggun api dengan menggunakan kayu balak yang mereka cari di hutan.

Mereka duduk di sekeliling unggun api itu sambil menikmati suasana dimana langit malam dipenuhi dengan bintang yang tidak berbilang dan bulan yang cerah lagi cantik pada malam tersebut.

" Cantikkan langit malam nie. " Kata Hyunwoo dan mereka setuju dengan pendapat dia. Tidak sangka malam yang cantik itu dimana Hyunwoo akan mati. Maafkan kami, Hyunwoo.

- 30 minutes till your mission ends

" Weh, jom main satu game. " Bermulanya pelan mereka dengan Xiaojun mengajak mereka bermain dengan sebuah permainan.

" Sure, game apa? " Soal Hyunwoo yang sedang membakar marshmallow dia.

" Hide & Seek. Aku tau nie game budak-budak but dewasa pun boleh main game nie. " Balas Xiaojun. Mereka setuju sahaja dengan permainan itu. Hyunwoo dipilih untuk menjadi Seek. Mereka mengikat kain pada matanya.

" Perlukah ikat kain kat mata aku? " Soal Hyunwoo apabila Kun sedang ikat kain tersebut.

" Yup, takut nanti kau main tipu. Bukan boleh kau nie, kata ja tak tipu tapi ada hasrat tersirat dia. " Kata Mark dan Hyunwoo cuma lepas tawa kecil sahaja.

- 20 minutes till your mission ends

" Aish! Susahnya nak cari korang! " Kata Hyunwoo yang sedang berseronok main.

" Hyung, ambil cangkul tu, cepat. " Arah Mark dan Kun patuhi arahannya. Dia ambil barang-barang yang disembunyikan di semak dan keluarkan barang utama mereka; cangkul.

Mark menghayun cangkul itu ke udara untuk bunuh Hyunwoo yang ditutup mata dengan kain. Saat itu dia berasa sangat takut tetapi dia perlu lakukannya. Tiba-tiba...

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now