FORTY SIX

516 104 6
                                    

Sehari sudahpun berlalu dan Mark dan Chenle berbincang tentang misi yang Mark harus selesaikan. Mark menipu Chenle bahawa dia perlu bunuh seseorang dengan menjatuhkan batu berat dari bangunan 18 tingkat. Chenle tidak bertanya lebih kerana dia tahu ia agak mengelirukan untuk diterangkan.

Mark menjumpai satu apartmen 18 tingkat di Dobong, kawasan yang lebih jauh dari Seoul dan tempat tersebut tiada ramai penghuni disebabkan bangunan tersebut baharu sahaja diubahsuai.

Xiaojun sedar akan Chenle makin rapat dengan Mark dan bertanya akan mengapa Chenle tiba-tiba bercakap dengan Mark walaupun mereka berdua janji untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Mark setelah apa yang berlaku.

" Chenle cuma bersembang-sembang ja dengan Mark hyung. Salah kah untuk Chenle nak cakap dengan dia.. " Ujar Chenle, terbuat Xiaojun terkejut kerana Chenle semakin berani menjawab dengan Xiaojun.

Xiaojun tidak tahu apa yang Mark mahukan tapi dia tahu yang ada sesuatu sinister akan berlaku nanti.

Selepas seharian merancang dan bagai, Mark dan Chenle beredar ke Dobong, Taeyong tidak lupa memesan kepada mereka untuk berhati-hati ke sana. Manakala Xiaojun pula, senyap-senyap ikut mereka berdua ke Dobong. Walaupun Taeyong tidak benarkan sesiapa keluar melainkan mereka beritahu Taeyong, Xiaojun mengingkari arahan tersebut.

Ketika Mark dan Chenle ke sana, Mark sudah ketahui kedudukan bangunan apartmen tersebut. Tahu dimana bilik kawalan elektrik, berapa ramai pengawal di sana dan sebagainya. Ia agak terlarang untuk orang luar masuk tapi mereka ada cara untuk masuk.

Xiaojun yang memakai mask hitam, topi dan tidak memakai pakaian yang menonjol, perhatikan mereka dari belakang kerana mereka sedang menaiki bas untuk ke Dobong. Xiaojun ada firasat apa yang akan Mark lakukan. Dia akan selamatkan Chenle tidak kira apa jua pun.

Apabila mereka sampai ke Dobong, Chenle tidak berhenti terpegun melihat kawasan tempat tersebut. Walaupun ia tiada ramai penduduk tapi kawasan mereka terjaga dengan baik.

" Jom, jangan kita buang masa. " Ujar Mark dan menarik Chenle ke apartmen tersebut. Xiaojun yang juga turut turun dari bas tersebut, mengikut mereka dari belakang perlahan-lahan. Tidak mahu terlalu depan kerana takut ditangkap oleh mereka.

Chenle dan Mark sampai ke apartmen tersebut dan lagi sekali, Chenle terpegun melihat apartmen setinggi itu. Disebabkan apartmen itu baru lagi, kawasan sekeliling nampak bersih dan cantik.

Mereka berdua tunggu hingga sebuah kereta datang dan melepasi pondok pengawal itu tanpa disedari oleh mana-mana pengawal. Xiaojun pula tiada cara lain selain memanjat tembok kerana dia tidak mahu Chenle dan Mark tahu.

Apabila mereka berdua berjaya masuk, Mark berikan Chenle topi dan penutup muka agar muka mereka tertutup dari sesiapa yang lalu di apartmen tersebut. Mark menyuruh Chenle tunggu seketika kerana dia hendak pengsan kan dua pengawal yang berada di pondok pengawal tadi.

Mark senyap-senyap berjalan ke pondok pengawal tersebut dengan memegang picagari yang mempunyai cecair bahaya dalamnya. Mark mencucuk picagari itu apabila salah seorang pengawal keluar dari pondok. Pengawal itu pengsan, tidak bermaya. Manakala seorang lagi, Mark masuk ke dalam pondok itu dan cucuk picagari itu tanpa belas kasihan.

Mark mengikat kedua-dua pengawal tersebut dengan tali hingga mereka berdua tidak dapat dilepaskan. Mark membuat sesuatu pada skrin komputer yang berada di pondok itu dan tertutup semua kamera litar tertutup yang terdapat di apartmen tersebut.

Xiaojun yang telah berjaya memanjat tembok itu, ternampak Mark keluar dari pondok tersebut. Xiaojun masuk ke pondok itu dan terlihat dua pengawal yang tidak bermaya itu, terikat. Tidak lupa juga kamera litar tertutup juga tertutup semuanya. Xiaojun keliru apa hendak Mark lakukan.

Mark berjumpa semula dengan Chenle dan memberitahu semua perkara yang dia telah lakukan. Mereka berdua naik ke tingkat paling atas sekali dan tidak lupa untuk membawa batu-batu. Chenle masih dengan misi menjatuhkan batu berat itu padahal Mark ada idea yang lain.

Xiaojun tiba di depan lif dan terlihat lif tersebut sedang naik ke tingkat paling atas. Xiaojun hendak naik juga tetapi lif yang lain tidak boleh diguna kerana sedang diperbaiki.

Xiaojun tiada pilihan lain selain menggunakan tangga untuk naik ke tingkat paling atas. Walaupun ia memenatkan tapi demi nak menyelamatkan Chenle, dia sanggup buat apa-apa.

.
.
.

t b c

farah's note 💌

happy new year semua! yeas, aku update hari ni sbb new year kan 🤗 so this a little gift for everyone yg dah sapot story aku ketika 2019 😚 enjoy~

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now