TEN

861 168 4
                                    

chenle pov

Sedang aku berada di ruang tamu, aku dengan Jisung tengah tonton televisyen. Kami tak tahu nak buat apa jadi kami tengok lah televisyen sebab bosan dan kebanyakan hyung semua sibuk dengan kerja masing-masing.

" Bosanlah~ apa nak buat... " Kata Jisung, kepalanya berada di bawah manakala kakinya di atas, duduk atas sofa manakala aku duduk di sebelahnya, di atas lantai. Turut juga berasa bosan bersamanya.

Kemudian, aku ada idea apa yang kami boleh lakukan pada hari bosan itu.

" Jom pi skate park, kita pakai skateboard Taeyong dengan Johnny hyung nya. " Kata aku dan Jisung angguk kepala dengan teruja. Kami berdua pergi ke bilik dua hyung tersebut.

Sewaktu aku hendak masuk ke bilik Johnny hyung yang dikongsi dengan Mark dan Jisung, aku terdengar suara orang di dalam bilik tersebut dan hasrat aku untuk masuk ke dalam berhenti seketika.

" Kita? No no no! Mark tak nak korang terlibat dalam hal nie. " Suara seperti Mark didengari oleh aku. Apa yang mereka bicarakan? Aku cukup curiga dan mendengar perbualan mereka.

Selepas mendengar keseluruhannya, aku terkejut sehingga terjatuh ke belakang. Mereka nak bunuh orang? Tapi mengapa? Apa sebab?

Pemikiran aku berhenti apabila Jisung meletak tangannya pada bahu aku, dengan memegang papan luncur di sebelah tangannya.

" Kau okay tak? Tak pi ambil skateboard Johnny hyung kah? " Soal Jisung dan aku balas dengan angguk kepala aku dengan serta-merta. Aku masuk ke bilik Johnny dan terdapat Mark hyung, Kun hyung dan Xiaojun hyung di dalam, sedang lakukan kerja mereka; pelan untuk bunuh seseorang.

Aku sepanjang di skate park dengan Jisung, minda aku tak berhenti memikir tentang pelan jahat mereka. Apa tujuan mereka nak bunuh orang? Kalau diorang kena bunuh, diorang akan masuk penjara.

Selepas dua tiga hari kemudian, kelihatan Kun hyung semakin rapat dengan Mark hyung, juga Xiaojun hyung. Mereka bertiga sentiasa berkepit bersama, aku pun tak tahu mengapa. Bila aku minta sesuatu dari Kun hyung, dia macam kelihatan sibuk dan tiada masa untuk bercakap dengan aku. Xiaojun hyung pula asyik lekat dengan telefonnya walaupun dia jarang gunakan telefonnya.

Kemudian hari, mereka pergi berkhemah di hutan bersama dengan seorang kawan mereka ataupun mangsa mereka. Aku tak faham mengapa mereka nak bunuh orang. Kerana dipaksa?

" Aku ja ataupun Mark hyung nampak...lain sejak nie.. " Kata Jisung kepada aku yang sedang fikir panjang dan abaikan persoalan dia. Aku nak tahu kenapa mereka nak buat semua ini.

Aku buka komputer riba aku dan mula membuat penyelidikan manakala Jisung tengok sahaja aku buat kerja aku. Aku yang tiada sebarang petunjuk tentang apa-apa, aku cari sahaja apa yang aku mampu buat.

Kemudian waktu, Johnny dengan Doyoung hyung keluar rumah dengan secepat mungkin. Aku tak tahu ke mana mereka nak pergi cepat-cepat dan aku sambung buat kerja aku.

Aku cari pelbagai benda yang boleh melibatkan mereka untuk bunuh orang sehingga aku terjumpa satu artikel yang berkenaan dengan seseorang bermain sebuah permainan yang melibatkan dia bunuh kesemua orang terdekatnya, termasuklah ibubapanya.

Aku baca dari mula sampai akhir. Ternyata penulis ini telah bermain permainan yang dinamakan Simon Says dan mengata sesiapa yang berhenti main di pertengahan permainan, mereka akan dibunuh segera tanpa belas kasihan. Permainan itu melibatkan mereka berasa takut, perasaan mereka sentiasa bertukar setiap kali misi baru masuk dan mereka akan diterima ganjaran jika mereka berjaya lakukan misi mereka.

Aku teringat yang mereka diterima hoverboard tanpa sebarang nota padanya. Mungkin itu ganjaran mereka selepas lakukan misi mereka tapi masalahnya, siapa yang bermain?

" Wow, creepy tho artikel nie. Kesian kat penulis tu punya family, kena bunuh. Tapi apa yang dirasai oleh penulis nie sama macam mana Mark hyung sejak nie. " Kata Jisung yang sepanjang ini membaca artikel tersebut. Mungkin Mark hyung yang bermain Simon Says.

" Wei! Jaemin pengsan! " Kedengaran Jungwoo hyung jerit apabila sedar yang Jaemin hyung berada di lantai, pengsan tanpa sebarang sebab. Mungkin sebab kopi dia minum tadi.

Aku teringat sesuatu lagi, jika pemain Simon Says gagal lakukan misi mereka, orang terdekat akan dicedera ataupun mati. Mereka telah gagal misi mereka sampai jadi macam ini. Teringat pula insiden Haechan hyung kena langgar lori itu, mungkin juga sebab mereka gagal buat misi mereka lagi.

Selepas beberapa masa, aku telah mendapati bahawa Mark hyung ialah orang yang bermain Simon Says. Bukti aku ialah selepas Mark hyung balik dari berkhemah, dia asyik bertukaran emoji dari menjadi sangat marah hingga menjadi sangat sedih dan berakhir dengan sangat emosional.

Aku ceritakan semuanya kepada Jisung apabila aku mendapat semua bukti yang kukuh dan Jisung juga setuju dengan kata-kata aku. Mark hyung tak patut bermain dengan Simon Says.

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now