TWENTY TWO

739 150 43
                                    

Setelah komputer telahpun diambil dan segala kabel yang diperlukan telah disediakan, mereka telah bersiap sedia untuk ketahui apa yang terkandung dalam GoPro dan pendrive yang telah mereka dapat.

Mereka telah sambungkan komputer riba Jeno ke televisyen mereka supaya mereka semua boleh lihat, terutamanya Mark yang masih lagi tidak sembuh dari sakitnya. Mark rela tak tengok dari tengok pada skrin televisyen mereka.

" Cepatlah, Yangyang. Aku tak sabar nak tengok. " Kata Jaemin yang tidak sabar, terduduk di belakang Yangyang yang sedang lakukan segalanya untuk buat segala maklumat yang terkandung GoPro dan pendrive itu terpapar pada skrin mereka.

Setelah beberapa minit menunggu, maklumat dalam GoPro telahpun mereka buka. Ternyata Yangyang terpaksa lalui pelbagai jenis keselamatan untuk membuka pendrive itu, dengan bantuan Hendery.

" Eh? Satu video ja dalam ni? " Ujar Yangyang ketika melihat skrin komputer manakala yang lain lihat pada skrin televisyen. Yangyang menekan salah satu fail yang terdapat dalam itu dan ternyata ia sebuah video.

Mereka tonton video itu dengan penuh perhatian dan video itu adalah dalam sebuah pandangan seseorang yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat keseluruhan kawasan itu tetapi melihat apakah situasi tersebut.

Situasi tersebut ialah orang yang merakam video ini sedang membunuh seseorang yang terikat pada kerusi tanpa belas kasihan hingga darah orang itu terpercik ke kamera itu.

Ada yang geli melihat video ini, ada yang tiada sebarang kata-kata tetapi terkejut dan ada yang terkejut hingga sanggup menelefon polis untuk dilapor.

" What the fck was that?! Eww! " Tutur Ten yang terus mencarut selepas video itu tamat. Kun, Doyoung dan Taeyong terus marah Ten kerana mencarut depan budak-budak yang lebih muda.

Jantung Mark pada ketika itu berdegup dengan pantas sekali. Kenapa Simon hantar benda ini semua? Apa motif dia? Dia cuba nak uji aku kah?

" Patutkah kita report polis? Aku takutlah. " Ujar Yuta yang dalam ketakutan dan memegang telefon pintarnya dekat dengannya.

" Apa kita nak kata kat polis? 'Kami dapat video bunuh dan tolong siasat'? Polis kekadang tak boleh diharapkan. " Bantah Renjun yang dah berperasaan meluat pada ketika itu.

" Dah dah. Kita tak perlu call polis ataupun kata benda-benda yang tidak sebarangan. Sekarang, kita cuba tengok pula apa yang ada dalam pendrive ni. " Kata Taeyong dan berikan pendrive itu kepada Yangyang untuk buka.

Sekali lagi, Yangyang mengambil masa lama untuk buka pendrive itu, sepertimana dengan GoPro itu. Mark ditepi sedang berpeluh kerana dia berasa takut. Dia takut bahawa video-video ini melihatkan dia membunuh Lucas tempoh hari.

Yangyang sudahpun buka maklumat yang terkandung dalam pendrive itu. Sekali lagi, cuma ada satu sahaja video di dalam. Kali ini, mereka siap sedia untuk melihat apa yang ada dalam video itu.

Video kali ini pula, mereka bukan dalam pandangan orang tetapi dalam pandangan dari jarak jauh ataupun dari pandangan CCTV. Seseorang terikat pada kerusi dan kepalanya ditutup dengan beg hitam berada di dalam bilik yang gelap.

Kemudian, lampu bilik itu dinyalakan dan masuk seorang lagi manusia yang berpakaian hitam, juga menutup mukanya dengan penutup muka hitam. Selepas itu, dia tarik beg dari kepala mangsa terikat pada kerusi itu dan ternyata mangsa itu ialah orang yang mereka kenali.

" Lucas!!!!! " Jerit Hendery dengan kuat akan melihat kelibat rakan mereka, Lucas, dalam video itu, tidak tersedar dalam video itu.

Manusia bermuka hitam itu, memakai GoPro pada kepalanya, menyarung sarung tangan dan ambil kapak yang terdapat di situ. Selama 30 saat video itu, dia memotong Lucas keping demi keping, dari atas ke bawah. Mereka semua pada saat itu berperasaan sedih, marah, terkejut dan ada yang menangis juga.

Selepas itu, manusia itu mengambil organ-organ Lucas dan letaknya dalam beg plastik yang mereka telah nampak dalam kotak misteri tadi.

" Maknanya....ni organ....Lu-lucas...? " Ujar Chenle sambil mencapai beg plastik dalam kotak itu untuk kepastian. Tiada sesiapa angguk kepala atau mengata ya tetapi mereka tahu itu adalah milik Lucas, organ Lucas.

Renjun terus teriak di situ, menangis dengan kuat dan menjerit betapa dia tidak dapat nak luangkan banyak masa dengan Lucas. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu; teringat bahawa Mark orang terakhir Lucas berjumpa.

Renjun, dengan muka marah, terus menarik Mark dengan kasar dan menekan pada bahagian luka Mark, mengakibatkan Mark mengerang dalam kesakitan dan membuat yang lain terkejut akan aksi Renjun yang sepatutnya seseorang yang baik dan tidak lakukan keganasan.

" Kau! Kau orang terakhir Lucas jumpa! Apa jadi?! Kau biar dia kena bunuh macam tu ja?! Hah! " Ujar Renjun dengan marah dan kasar kepada Mark. Yang lain cuba tenangkan Renjun dan jangan biar perasaan dia yang menakhluk badan dia sekarang hingga sanggup mencederakan seseorang yang tidak bersalah.

" Aku tak tau apa-apa! I swear! Please...lepaskan aku. " Kata Mark dalam kesakitan, cuba untuk buat Renjun lepaskan dia dari kesakitan itu. Renjun tidak berkata apa-apa tetapi dia lepaskan Mark dan terus menangis dengan kuat hingga peluk Mark dengan erat.

" Hyung....Lucas dah hilang. Ahhhhh. " Ujar Renjun ketika berpeluk tubuh dengan Mark. Mark tidak balas apa-apa kecuali menepuk perlahan belakang Renjun.

Yang lain juga cuba untuk tahan tangisan mereka tetapi melihat Renjun menangis lagi, membuat mereka turut juga menitis air mata. Mark berasa sangat bersalah sekarang. Dia betul-betul tidak sengaja untuk bunuh Lucas atau buat yang lain menangis kerana kematian Lucas.

" Lucas, aku betul-betul minta maaf... "

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now