FORTY SEVEN

504 106 8
                                    

Mark dan Chenle sampai ke tingkat paling atas sekali dan terus menaiki ke bumbung apartmen tersebut. Walaupun mempunyai tanda dilarang masuk, mereka masuk sahaja tanpa memberikan fikirkan apa akan berlaku. Mereka tahu mereka akan selamat.

Di sana, mempunyai tangki air yang besar dan beberapa benda lagi yang ada di sebuah bumbung bangunan apartmen. Chenle pergi berdiri di pagar yang mengelakkan sesiapa daripada jatuh dari ketinggian itu.

Chenle, lagi sekali, terpegun untuk melihat ketinggian yang dia berada di. Sangat tinggi hingga dia rasa hendak muntah.

" Hyung, mana orangnya? Tak sampai lagi kah? " Soal Chenle apabila melihat Mark yang sibuk sedang bermesej dalam telefonnya.

" Kejap lagi dia datang. Chenle tolong tengokkan if orang tu sampai or not. " Balas Mark dan Chenle patuhi arahan dia. Mark rasa bersalah buat ke seribu kali kerana dia bakal bunuh Chenle dengan batu yang dia pegang itu.

Xiaojun yang tercungap-cungap itu, sudah sampai ke tingkat paling atas iaitu tingkat 18. Sesungguhnya tingkat itu tiada penghuni duduk kerana ia bangunan masih baru lagi. Xiaojun mencari di mana tangga yang membawa ke bumbung apartmen tersebut.

Xiaojun terjumpa di manakah laluan tersebut dengan melihat bekas tapak kasut Mark dan Chenle. Jackpot!

Xiaojun berjalan hingga lah ke pintu untuk ke bumbung tetapi apabila dia pulas tombol pintu tersebut, ia tidak membuka pintu tersebut. Kejap, diorang kunci kah? Xiaojun mencuba beberapa cubaan dan masih tidak dapat buka.

Xiaojun mampu melihat mereka melalui tingkap yang terdapat di situ. Xiaojun terkejut apabila melihat Mark sedang memegang sebiji batu dalam tangannya sambil berjalan ke arah Chenle yang sedang melihat bawah. Xiaojun serta-merta cuba buka pintu tersebut agar dia dapat selamatkan Chenle.

Mark perlahan-lahan jalan ke arah Chenle yang sedang berdiri di pagar tersebut dengan perhatiannya masih di bawah apartmen tersebut.

" Hyung, tak ada pun. " Beritahu Chenle, memuncung bibirnya kerana tiada sesiapa dia nampak di bawah.

Tidak sempat untuk Chenle pandang belakang, Mark telah memukul kepala Chenle dengan batu dia pegang. Kepala Chenle mula mengalir darah dan Chenle berasa pening akan apa yang tiba-tiba berlaku.

Matanya tidak dapat fokus akan apa atau siapa di depannya tetapi dia terus pengsan kemudian.

Mark sedar akan apa dia telah buat dan jatuhkan batu dalam tangannya. Tiba-tiba, pintu bumbung terbuka luas dengan Xiaojun yang berpeluh-peluh keluar dari pintu itu. Dia ternampak Chenle yang telah pengsan itu dan juga Mark yang terjegat berdiri, bawahnya terdapat sebiji batu yang mempunyai cecair warna merah. No..

Xiaojun terus berasa marah dan serang Mark tanpa sebarang amaran. Mark terkejut akan kehadiran Xiaojun tiba-tiba. Mark jatuh ke lantai apabila Xiaojun menumbuknya di muka. Darah mula mengalir dari hidung dan bibirnya.

" Apa kau dah buat pada Chenle?! Kau nak cuba bunuh dia kah?! " Teriak Xiaojun yang menjadi berang akan apa telah berlaku pada Chenle dan menyerang satu lagi tumbukan pada Mark.

Bertubi-tubi tumbukan yang Xiaojun lemparkan pada Mark dan Mark masih lagi mempunyai tenaga untuk hadapi tumbukan Xiaojun. Malah, Mark boleh gelak lagi apabila diterima tumbukan itu. Memang sah Mark sudahpun gila.

" Kau ingat aku nak buat ka semua benda ni? " Kata Mark, terbuat Xiaojun keliru. Mark mencucuk picagari ke badan Xiaojun yang menyebabkan Xiaojun berasa lemah.  Mark mengambil peluang itu untuk tolak Xiaojun hingga dia jatuh ke lantai.

Xiaojun tiada tenaga malah, dia tidak boleh bergerak sebahagian daripada badannya kerana kimia yang asing telah masuk ke badannya yang menyebabkan saraf badannya tidak dapat berfungsi betul.

Mark yang mempunyai muka yang lebam, hidung dan bibir yang mengalir darah dan sebelah mata sudah menukar warna ke ungu kerana lebam, memijak Xiaojun yang lemah itu dengan kasar hingga Xiaojun susah untuk bernafas.

" Aku buat ni, nak selamatkan kau. Selamatkan yang lain dan diri aku juga. Tapi kan, kau nak sangat musnahkan segalanya, kau terima padahnya. " Mark mengangkat Xiaojun yang tidak bermaya itu hingga ke pagar tersebut.

Xiaojun tidak tahu apa sedang berlaku disebabkan mindanya tidak dapat berfungsi. Mark mengangkat Xiaojun setinggi pagar itu dan melepaskan Xiaojun hingga Xiaojun jatuh ke jalan tar. Darah mula mengalir dari badan Xiaojun, dari pandangan Mark dari atas. Maka, dia sudahpun selesai misinya.

Tapi apa perlu dia lakukan tentang Chenle?

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now