ELEVEN

867 171 31
                                    

Sepanjang petang itu, mereka lakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi Mark tidak berasa senang hati kerana misi dia itu. Ia sama ada dia takut untuk lakukan ataupun dia tak mahu buat kerana kawan-kawan dia yang lain akan nampak.

" Korang main lah dulu, Mark nak pergi rehat kejap. " Kata Mark, berhenti bermain seketika kerana sudah kepenatan berlarian sana sini. Yang lain semua sambung permainan mereka.

Sebenarnya Mark tidak kepenatan, dia cuma mahu lakukan misi dia dengan pantas kerana ia betul-betul menganggu mindanya untuk berfikir.

" Nak Chenle tolong? " Soal Chenle tetiba, membuat Mark terjatuh akan kehadirannya tetiba.

" Aish, nasib aku tak carut. " Kata Mark dalam diam tapi Chenle dengar apa dia kata.

" Bagi Lele tolong hyung, tak susah kan misi dia? " Soal Chenle tentang permainan Simon Says itu.

" Adakah menyelam dalam air selama 40 saat dikirakan senang untuk anda? " Kata Mark, muka Chenle yang dari senyum riang itu terus bertukar ke muka terkejut.

" Uish, 40 saat lama tu. Hyung nak buat macam mana? " Soal Chenle lagi.

" Entah, hyung boleh mati kalau lebih 10 saat dalam air. " Kata Mark lagi. Akalnya terbantut seketika bagaimana dia hendak selesainya misinya.

" Apa kata hyung hantar video fake ja kat dia? Simon Says bukan tahu macam mana muka hyung. " Chenle memberikan cadangan kepada Mark dan Mark rasa ia idea yang bernas. Dia patut buat benda itu lama dah.

Mereka berdua mula melayari YouTube untuk carikan video orang selam dalam air selama 40 saat, mereka bernasib baik kerana dengan serta-merta mereka telah menjumpai video tersebut.

Mark muat turun video tersebut dan serta-merta menghantar video itu kepada Simon Says. Mark berasa lega kerana sudah melakukan misinya.

" See? It's that easy. Dah, jom join yang lain. " Kata Chenle dan mereka berdua sertai yang lain dalam aktiviti mereka.

Kalau Mark tahu permainan ini sesenang itu, sudah lama dia dah kalahkan Simon.

Tinggal lagi beberapa minit sebelum misinya tamat dan Mark masih tidak mendapat respon dari Simon setelah menghantar video itu. Dia rasa pelik, aku buat salahkah?

Mereka semua sedang bermain bola tampar di sana dengan riang, dibahagikan dengan maknaes dan hyung sebagai dua kumpulan. Ada yang tidak main dan cuma menjadi penonton dan penyokong sahaja.

" Mark, you okay? " Soal Taeyong apabila nampak si pemuda itu tidak berasa selesa. Mark terkejut dan mengangguk kepalanya. Taeyong sudah risaukan si Mark tu sejak bulan lepas lagi.

" Jeno! Tangkap bola tu! " Jerit Renjun apabila bola mereka melantun ke dalam hutan dalam itu. Jeno pergi kejar bola itu sebelum dia masuk lebih dalam.

Masa sudah tamat, Simon tidak membalas apa-apa kepada Mark. Tiada sebarang tahniah atau apa-apa. Sudah lima minit Jeno tidak kembali dengan bola mereka dan mereka sudah risau.

" Mana Jeno? Dia hilang lama dah. " Kata Doyoung, yang risau kepada Jeno. Mark turut juga risau, takut yang Simon ambil Jeno.

Kemudian, dia menerima mesej dari Simon Says. Mark terkejut apabila Simon menghantar gambar yang mempunyai Jeno ditangkap.

🖤

☠️ You have failed the mission
Therefore, we kidnapped
Lee Jeno for your punishment

🖤

Mark rasa betul-betul dalam ketakutan. Macam mana dia tahu aku kat mana? Yang lain mula risau dan mencari Jeno. Mereka masuk ke dalam hutan itu dan cari Jeno tetapi tiada apa-apa kesan menunjukkan dia hilang.

Mereka juga bertanya kepada renjer taman jika mereka terjumpa Jeno tetapi tiada tuah, mereka masih tidak jumpa Jeno. Mereka juga bertanya jika ada orang lain yang masuk ke dalam kawasan kabin ini dan mereka menjawab yang NCT sahaja yang telah menempah sebuah kabin di sini sejak minggu lepas lagi.

Mereka berasa takut dan kerisauan pada waktu yang sama. Risau kerana tidak tahu siapa yang culik Jeno dan takut kerana Jeno hilang begitu sahaja tanpa sebarang sebab. Mark boleh sahaja memberitahu mereka yang disebabkan dia, Jeno diculik tetapi dia tidak cukup berani untuk mengaku.

Selepas 24 jam, mereka membuat laporan polis tentang orang hilang dan membuat notis kepada semua orang tentang kehilangan Jeno.

" Nak main kotor yea? Fine, let's play that way, Mark Lee. "

.
.
.

t b c

Simon Says ↻ NCT √Where stories live. Discover now