Chapter 4

905 125 26
                                    

ZULFAN

Aku baru pulang daripada surau tunaikan sholat soboh berjamaah. Ku dapati istri aku yang merenung tajam ke arahku. Pelik.

"Kenapa ya?" tanyaku kernyit dahi.

"Barusan aku nemuin cincin di tas kerja Abang," kata Aqila masih dengan tatapan pelik yang dia haturkan kepada aku.

"Oh ... hah? Cincin?" aku terkaget. Aqila tenung aku kian tajam bak pisau belati.

"Gak usah sok terkejut. Ini cincin siapa?"

Alamak. Tamat riwayat aku kalau macam ni. Aqila tunjuk cincin cantik yang dia keluarkan dari bag aku. Macam mana dia boleh jumpa, eh?

"Itu cincin Abang la,"

"Sejak kapan Abang pakai cincin perempuan?"

"Sejak ... eh, tak. Maksud Abang, cincin tu Abang belikan untuk awak," percayalah Aqila, jangan pandang aku makin teruk, please.

"Aku curiga deh sama Abang. Abang punya hubungan sama perempuan lain? Mau badannya aku cincang, Bang?"

Haish dia ni! Suka sangat nak minta cincang badan aku. Nanti kalau aku mati, baru menangis sebab takde suami lagi.

"Awak ni dah kenapa? Itu memang Abang belikan untuk awak la. Kan selama ni awak selalu keluh-kesah tak pernah dapat hadiah macam Aimin," aku menjawab.

Aku heran dengan bini aku yang cuma sebiji ni. Entah macam mana cara berpikir dia, sampai-sampai dia boleh cemburu pada Aimin, anak sendiri. Dia marah kalau aku cuma belanja hadiah untuk Aimin sahaja.

Sebenarnya bukan macam tu, baju untuk Aimin bolehlah nak beli, sebab masih budak lagi. Takdelah mahal sangat. Buat mak cik yang besar macam panda ni? Mana cukup dengan gaji aku yang tak seberapa ni?

Astaghfirullah. Dosa tau, mengata istri macam panda. Eh tapi panda tu comellah. Tanpa sadar aku tersengih membayangkan kalau Aqila jadi panda.

"Abang, aku lagi nanya, kenapa malah senyam-senyum sendiri?"

"Kalau awak nak cincin tu, pakailah. Kalau tak, Abang akan balikkan ke ...." nak balikkan ke siapa? Of course lah Nursya, perempuan yang gagal lunch dengan aku tempo hari sebab tiba-tiba Aqila datang kat restaurant tu dengan Aimin.

"Nggak mau ah cincinnya nggak jelas!"

Aqila hulurkan tangan, cincin tu sudah pun ada di jemariku. Makcik comel tu dah hilang mood dan memasuki kamar.

Dalam kamar, tampak Aimin masih tertidur lena. Selalunya Aimin bangun jam delapan setengah, sebelum aku nak pergi kerja.

Aku tak faham, macam mana aku boleh jatuh cinta setiap tengok Aimin tidur. Aku tak bosan nak usha dia. Tapi masalahnya, Aqila lagi-lagi cemburu sebab dia merasa Aimin terlalu spesial dibanding dirinya.

"Kalau aku yang tidur, malah didorong ke pinggir ranjang sampai hampir jatuh ke bawah," Makcik sudah pun bersabda.

"Kan badan awak besar, tak muat," mengada betul aku ni.

"What?" Aqila menjeling aku tajam dan nak lempar aku dengan guling, untungnya phone aku berdering pada saat itu.

Aku baru nak mendekat nak ambik phone tu, tapi Aqila dah menjeling makin tajam. Aku seketika risau kalau tak lama lagi mata isteriku akan sakit kerana dia selalu menjeling padaku.

"Ini siapa lagi, Bang?"

Aku tatap skrin telefon dengan pelik ketika aku dah berdiri di samping Aqila. Perempuan mana yang nak video call dengan aku pagi-pagi buta macam ni? Selama ni aku tak pernah berurusan dengan perempuan mana-mana. Lagipun, dengan Aqila saja aku hampir gila.

DEAR, HEART! ✔Where stories live. Discover now