Misi : Power Spera

1.5K 121 56
                                    

Beralih ke bumi.

Di dalam sebuah gua yang berada di dalam hutan yang lebat, kelihatan sebuah ungun api.

Di tepi ungun api itu pula, boleh kelihatan seorang bidak lelaki, yang tidak asing lagi di mata para pembaca.

Ya, dialah Boboiboy.

Di luar sekarang, sedang hujan lebat. Boboiboy, dengan bantuan kuasa Blazenya, membuat ungun api untuk panaskan dirinya.

Badannya dibalut oleh mengkuang yang dibuat menggunakan kuasa Thornnya.

Matanya memandang ke arah ungun api. Semua memori masa lalunya, muncul di ungun api itu, di mata Boboiboy.

Bagaikan sebuah filem pendek. Dia memang rindukan masa lalunya yang simple. Tidak perlu risau pasal apa apa. Sehinggalah mak dan ayahnya mula sibuk dengan kerja.

Dan bila dia mendapat kuasa, semuanya menjadi lebih sukar. Dia kena menyelamatkan semua nyawa dari bahaya. Dia perlu jadi superhero. Dia perlu membahayakan nyawanya setiap hari. Tapi, tak ada sesiapa pun yang bersyukur dengan apa yang dia lakukan. Semuanya hanya bagaikan mimpi. Mimpi ngeri.

Titik hitam di dalam hidupnya, bila mak dia pergi buat selamanya, dan ayahnya meninggalkan dia keseorangan, seperti Boboiboy tidak pernah wujud dalam hidupnya. Tok Aba pun pergi meninggalkan dia keseorangan di dalam dunia yang kejam ini. Kawan kawannya pinggirkan dia. TAPOPS dan M.A.T.A tidak hargai apa yang dia lakukan.

Dia harap ini semua hanyalah sebuah mimpi. Dia mahu bangun dari mimpi ngeri ini sekarang. Tapi malangnya, ianya semua adalah realiti yang pahit.

Di dalam jam kuasa Boboiboy, para Elemental tidak sanggup melihat tuan mereka bersedih macam ni selamanya.

Thorn : Thorn dah tak sanggup tengok Boboiboy macam ni....
Solar : Aku pun, Thorn....
Blaze : Ini semua salah mereka! Mereka yang buat Boboiboy macam ni! Mereka yang buat Boboiboy sedih!
Ice : Aku setuju dengan kau kali ni. Kali ni, mereka dah melampau!
Blaze : Kenapa Boboiboy tak biarkan je aku bunuh manusia tu masa aku dapat peluang.....

Ice dengan Blaze memang marah. Sejak perlawanan dengan Retak'ka dulu, mereka semakin rapat dan sayangkan Boboiboy lebih dari segalanya. Walaupun mereka bertujuh bukan mahluk hidup, tapi mereka masih punya perasaan. Mereka masih boleh rasa simpati dan protective. Mereka tak mahu kehilangan Boboiboy macam mereka hilang pengguna asal mereka. Boboiboy lain dari yang lain.

Hali : Nak ke kita.... Buat macam dulu?
Gempa : Macam dulu?
Taufan : Maksud kau..... Macam masa Boboiboy lari kali pertama dulu.....?
Hali : Ya. Macam kita buat dulu.
Gempa : Aku.....
Hali : Hei, Gempa. Jangan risau. Ini semua untuk Boboiboy. Kita nak dia gembira, kan?
Gempa : Memang aku nak... Tapi, bukan ke cara tu terlalu merbahaya?
Hali : Aku tahu, memang bahaya cara tu, tapi, ini untuk buat Boboiboy gembira, kan?
Gempa : *tarik nafas, hembus* Huh..... Baiklah. Ini untuk Boboiboy, kan?
Hali : Ya. Untuk Boboiboy gembira semula.
Taufan : Jadi, apa lagi? Sekarang.

Kembali ke luar jam kuasa. Boboiboy mengesat air matanya yang sudah membajiri pipinya. Memori memang tak semua nya indah. Ada yang indah, ada yang pahit. Matanya melihat ke luar gua. Hujan masih turun dengan lebat. Tiba tiba, dia terdengar suara bergema di telinganya.

BBB : S-suara ni lagi.......

Dia pernah dengar suara ni dulu.

"Hei, Boboiboy. Beri aku kawal kau"

"Kau tak perlukan sesiapa"

"Kau hanya perlukan diri kau sahaja"

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now