Misi : Penjara Galaxy

1.2K 123 13
                                    

Mereka yang lain yang berada di dalam kapal, terpaku memandang banggunan besar, iaitu Balai Polis Angkasa itu.

Fang : Eh? Tadi cakap kita nak pergi ke Penjara Galaxy. Kenapa kita pergi ke balai polis pulak ni?
Furizu : Sebelum kita serahkan mereka ke penjara, kita kena dapatkan hadiahnya dulu~.
Ali : Hadiah?
Ad : Ya. Kan mereka ada bagi hadiah untuk sesiapa yang tangkap geng ni? Kita kena tebus hadiahnya dulu.
Laura : Betul tu. Furizu. Giliran kau pulak menyemar dan dapatkan semua duit tebusan tu. Aku malas.
Furizu : Yelah, kak Laura~

Furizu pun, dengan rela tak relanya, memakai baju dan topeng di atas kerusi kapal angkasa itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Pintu Balai Polis itu terbuka, maka berbunyilah loceng yang selalu berbunyi masa pintu dibuka tu~ Yang macam kat 7 Eleven tu :V.

Polis yang berada di balai polis itu pun bersedia menerima apa apa kes dari orang yang masuk tu. Boleh dilihat di tag namanya, nama dia Kuaci :V

P.Kuaci : Ah, ada apa apa yang saya boleh tolong?
??? : Ya. Nama saya Jojobi. Saya mahu memberi tahu encik yang saya dan kawan saya dah dapat menangkap geng penjahat yang dikehendaki tu.
P.Kuaci : Hah?! Betul ke?!
Jojobi : Ya. Tapi, hanya 2 je yang masih hidup. 3 lagi, kami terpaksa bunuh mereka kerana nak pertahankan diri. Maafkan kami.
P.Kuaci : Tak apa lah, Jojobi. Asalkan mereka dapat ditangkap. Boleh saya dapat bukti yang kamu dah tangkap mereka yang masih hidup tu?
Jojobi : Boleh. Jap, saya panggil kawan saya untuk bawa mereka ke sini.

Jojobi pun mengambil telefonnya dan menelefon kawan kawannya.

Jojobi : Kasha, Gigina, bawa mereka berdua ke sini. Polis ni nak kan bukti yang kita dah tangkap mereka.
Kasha : *dalam telefon* Ok. Jap eh.

Tidak lama kemudian, seekor alien jantan dan betina pun masuk ke dalam balai polis sambil membawa 2 penjenayah yang masih hidup itu.

Gigina : Ini dia, Pak Polis. Boleh kami dapat ganjaran kami?
P.Kuaci : Ah! Ya. Ini dia ganjaran kamu semua.

Pak Kuaci pun masuk ke dalam bilik di belakang kaunter polis dan keluar dengan membawa kereta sorong yang penuh dengan kristal berwarna hijau.

P.Kuaci : Ini dia ganjaran kamu semua. Serahkan mereka kepada saya. Kami akan pastikan mereka dipenjara.
Kasha : Ah! Tak apa, Pak cik. Biar kami sahaja yang bawa mereka ke Penjara Galaxy. Kami pun memang dalam perjalanan, lalu situ juga. Tak payahlah Pak cik susah susah nak kesana.
P.Kuaci : Eh? Tak susahkan kamu bertiga ke?
Gigina : Tak lah. Tak susah pun.
P.Kuaci : Baguslah kalau macam tu. Tapi, ingat. Jangan kamu cuba buat apa apa. Kalau ada jadi apa apa, pihak polis boleh cari kamu semua dan tangkap kalian.
Jojobi : Baik, tuan. Tuan boleh percayakan kami.

Gigina, Jojobi dan Kasha pun keluar dari balai polis sambil membawa semua kristal ganjaran dan 2 ekor penjenayah tu.

Mereka pun masuk ke dalam kapal angkasa. Mereka pun membuka topeng mereka.

Laura : Hahahaha! Orang Tua tak perasan langsung ini kita! Hahahaha!
Furizu : Betul! Hahahaha!
Ad : Dah! Kamu berdua, masuk balik ke dalam sana!

Ad tendang 2 ekor penjenayah itu masuk ke dalam penjara mini diorang balik.

Rudy : Wow. Korang boleh tahan jugak dalam menyamar.
Ad : Mestilah, dik. Kitorang dah lakukan ni semua dah 7 tahun tau. Tak pernah kena tangkap langsung.
Furizu : Inilah cara kami cari duit untuk sara hidup kami. Kami memang pembunuh. Tapi, kami hanya membunuh orang yang layak dibunuh. Dan, kalau ada yang cuba halang kami, kalau mereka tetap degil dan ganggu kami, kami tak ada pilihan kecuali kena bunuh mereka. Mereka dah jadi saksi mata, kami pun tak boleh nak buat apa. Jadi, jangan kamu semua halang apa yang kami buat, atau kami tak ada pilihan lain kecuali bunuh kamu semua. Faham?
All-Rebel Heroes : F-faham.....

Laura pun mengawal kembali kapal angkasa dia dan membawa kapal angkasa nya pergi dari Balai Polis Angkasa itu.

Niki mengambil alat kawalan computer kapal angkasa itu yang diberi kepadanya oleh Frostbot. Dia membuka berita di computer kapal angkasa itu. Jangan tanya macam mana siaran dekat bumi boleh sampai ke kapal angkasa tu. Author pun tak tahu :V

Pemberita : Berita hari ini, petang tadi, pukul 3:54 petang, telah dijumpai badan seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Cyberaya, Fizi Bin Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Red Blade, berlumuran darah tidak bernyawa di dalam hutan tidak jauh dari bandar. Punca kematian dipercayai dikeranakan oleh 12 tikaman di kaki, tangan, dan dada. Salah satu tikaman berada tepat di jantung mangsa. Badan mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Mangsa sudah meninggal dunia 3 jam sebelum dijumpai di dalam hutan.

Mereka semua yang berada di dalam kapal, kecuali Rebel Heroes, terkejut dengan apa yang mereka dengar.

Alicia : Pembunuhan di Cyberaya?
Mio : Ini kali pertama di Cyberaya, ada kes pembunuhan....
Rudy : Siapa yang bertanggung jawap dalam hal ni?

Sementara mereka sibuk bercakap pasal hal tu, kapal angkasa mereka tiba tiba berhenti.

Laura : Kita dah sampai.

Mereka semua melihat ke luar kaca kapal angkasa. Sebuah banggunan terapung di angkasa lepas. Dapat dilihat jelas, papan tanda yang besar bertulis PENJARA ANGKASA. Penjara itu sangat besar, seperti penjara Pudu.

Laura : Kamu semua tunggu sini. Aku nak bawa diorang berdua tu ke dalam penjara.

Laura pun keluar dari angkasa, membawa 2 banduan penjenayah yang masih hidup itu, setelah menyamar.

Tidak lama kemudian, Laura kembali.

Laura : Dah.
Niki : Aik? Cepatnya?
Laura : Lagi cepat lagi bagus. Dah, semua duduk. Kita nak bertolak balik ni.






















875 perkataan.

Hoho, siap. OwO Sorrylah bosan. Author dah kehabisan idea :'V Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now