Misi : Bunyi

765 78 7
                                    

Laura dan Kaizo terdiam di tempat mereka selepas Fang pergi. Laura menghembuskan nafas berat.

Laura : Aku tahu yang kau risaukan adik kau tu. Tapi, tali persahabatan mereka sangat kuat. Saya pun tak boleh nak buat apa apa. Bukan senang nak cari kawan yang sejati macam ni. Tapi, dia dah besar. Dia boleh jaga diri dia sendiri. Dia pun boleh tahan kuat juga. Aku tahu. Aku lah yang latih semua ahli dalam kumpulan aku sehingga kuat macam sekarang. Aku boleh tahu seberapa kuat seseorang itu hanya dengan memandang sahaja.
Kaizo : Kalau kau cakap macam tu, baiklah, aku percayakan kau.

Mereka berdua pun berjalan ke kapal angkasa dan terbang pulang ke markas mereka.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Fang, dengan bantuan kuasanya, dia mampu terbang di angkasa tanpa oksigen. Dia bergerak dari satu planet ke planet lain. Dari planet yang besar, yang kecil, yang dekat, dan yang jauh. Semuanya dia pergi. Sepanjang hidupnya semasa dia kecil, dia dibesarkan oleh abangnya, jadi, dia tak ada kawan selain Lahap. Dia juga suka menyendiri. Dari situlah dia mendapat egoisnya. Bila dia mendapat misi untuk ke bumi dan mengambil jam kuasa sari Boboiboy dan yang lain, dia tak sangka dia akan berjumpa Boboiboy dan menjadi kawan dengannya.

Mula mula, memanglah mereka tak rapat mana, disebabkan egoisnya. Tapi, lama lama, hatinya mula melembut bila kebaikkan Boboiboy dan kawan kawannya mula menyelubungi hidupnya. Dia sukakan perasaan tu. Ada kawan yang baik, yang selalu ada untuk kau bila bila masa sahaja. Buatkan kau tersenyum. Tapi, dia tak boleh tersenyum selamanya. Ada masanya dia akan jatuh dan menangis. Dan itulah tugas dia sebagai kawan untuk kembalikan senyuman itu ke muka Boboiboy balik. Dia masih ingat lagi kata kata Boboiboy, 3 tahun lalu,

Boboiboy : Kita ni hanyalah mahluk yang tak sempurna. Kita tak boleh gembira selamanya, kita tak boleh marah selamanya, kita tak boleh sedih selamanya. Sebab itulah kita kena cari jalan untuk kembali tersenyum. Kalau kita tak boleh lakukannya sendiri, mungkin orang lain boleh. Di luar sana, sentiasa ada orang yang sayangkan kau bagaikan keluarga kita sendiri. Dan itulah yang paling penting.

Ya, dia percayakan kata kata Boboiboy itu. Dan dia betul, kita tak boleh nak tersenyum selamanya, kerana kita mahluk yang tak sempurna. Kita tak boleh marah selamanya kerana sentiasa ada perkara yang membuat kita sedih dan gembira. Kita tak boleh nak sedih selamanya, kerana perasaan itu tak akan kekal selamanya.

Tapi, bila dia baru faham dunia ini yang sebenarnya, baru dia faham maksudnya yang sebenar. Kita tak boleh merasa perasaan gembira selamanya, kerana sentiasa akan ada luka baru yang tumbuh yang memaksa kita untuk tidak mampu tersenyum. Kita tak boleh marah selamanya kerana ianya hanya akan memakan diri sendiri pada akhirnya. Kita tak boleh mereka sedih selamanya kerana kita perlu berdiri kembali dan move on. Dunia ini kejam. Tapi juga indah dalam seginya yang tersendiri.

Tenaga Fang sudah mulai mengurang. Dia melihat sebuah Planet biru yang berdekatan, dan bergerak ke Planet itu. Dia memasuki atmospera planet itu, mendarat, mencari gua berdekatan, dan masuk ke dalam gua itu. Planet itu diperbuat dari ais. Suhunya juga memang boleh dikatakan sangat sejuk. Tapi, terima kasih kepada bajunya, yang direka khas untuk segala jenis cuaca, dia terasa sedikit hangat. Dia berehat sementara di dalam gua itu.

20 minit kemudian, tenaga Fang sudah kembali pulih. Dia bangun untuk keluar dari gua itu. Tetapi, sesuatu mengambil perhatiannya.

SHERKKKKKK!!!

Bunyi se akan akan ais digores dengan benda tajam yang sangat kuat, datang dari dalam gua, jauh ke dalam sana. Fang memberhentikan langkahnya, melihat ke dalam gua. Bunyi itu menarik perhatiannya. Kakinya berjalan ke dalam gua tanpa kehendaknya. Badannya seperti bergerak sendiri. Dia makin jauh ke dalam gua itu. Dia melihat sebuah pintu gua yang sedikit kecil, tapi masih muat untuk Fang melaluinya. Dia melalui pintu gua itu. Tidak lama kemudian, dia berjaya sampai di penghujung pintu gua itu.

Dia melihat sebuah ruang gua yang dipenuhi dengan ais dari lantai sampailah ke silingnya. Dia terkagum sebentar melihat gua itu, sehinggalah dia melihat orang yang sangat dia kenali di depannya.

Rambut coklat gelap bersurai putih.

Fang : B-Boboiboy?



























666 perkataan

:3 Korang ada tahu tak apa apa anime sukan lain selain Haikyuu dan Kuroko No Basket? Author bosan TwT

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now