Misi : I Promise

777 71 11
                                    

Fang : B-boboiboy?

Boboiboy berdiri di depannya dengan tangan memegang pisau dengan sedang mencalarkan ais itu dengan pisaunya seperti berlatih. Muka Boboiboy sedikit pucat. Rambutnya yang sepanjang pinggangnya diikat ponytail yang tiga tu.

Boboiboy : Fang?

Mata Boboiboy lebam, seperti tidak tidur berhari hari.

Fang : B-Boboiboy? Ni betul kau kan? Aku tak salah kan? Aku tak bermimpi sekarang kan?

Badan Fang sedikit menggeletar. Dia sangat sangat gembira ketika itu. Kawan yang dia cari selama 2 tahun ini, akhirnya berada di depannya. Dia tak mahu percaya kalau ianya mimpi.

Boboiboy : Tak, Fang. Ini memang aku. Aku, Khairul Genzi bin Amato, Boboiboy, kawan baik kau, di depan kau sekarang ini, adalah yang sebenar.

Boboiboy membuka tangannya, seperti tahu yang Fang mahu memeluknya. Fang berlari, masuk ke dalam dekapan Boboiboy. Fang menangis gembira di dalam dekapan Boboiboy. Boboiboy kini sudah lebih tinggi dari Fang. Boboiboy, 187 cm. Fang, 179 cm. Boboiboy menepuk, mengusap lembut kepala Fang. Membiarkan Fang melepaskan semua perasaannya.

Boboiboy : Rindu aku ya, Fang?

Fang tak membalas. Dia hanya terus memelik Boboiboy, seperti tidak mahu melepaskannya. Pelukan hangat yang dia sangat rindukan, milik kawan baiknya. Boboiboy tahu Fang sangat sangat rindukannya.

Fang : Kau dah jadi tinggi sekarang, eh? Dah tinggi dari aku pula tu. Tahniah, aku dah tak boleh panggil kau pendek lagi. Heheheh.
Boboiboy : Hahahaha!
Fang : Kenapa dengan muka kau? Pucat semacam. Mata kau juga. Kau dapat tidur yang cukup tak?
Boboiboy : Er..... aku dah tak tidur selama seminggu sebenarnya.
Fang : Apa?! Seminggu?! Biar betul kau ni?!
Boboiboy : Hehehe, aku sibuk kebelakangan ni, sampai tiada masa untuk tidur.
Fang : Boboiboy, kau kena jaga badan kau. Mana tahu kalau kau tiba tiba sakit? Tak ada sesiapa nak jaga kau.
Boboiboy : Tak perlu risaulah Fang. Aku ok. Aku pun dah selalu tak dapat cukup tidur. Ini perkara biasa je.
Fang : B-
Boboiboy : Shhhhhh. *letak jari telunjuknya di bibir Fang* Sekarang ni, kau tak perlu risau apa apa. Badan aku kuat. Aku pernah sekali duduk bawah hujan lebat macam 20 minit macam tu, dan still tak demam. Aku tahulah jaga diri aku sendiri.
Fang : B-baiklah..... kalau kau cakap macam tu.....

Mereka pun duduk di lantai ais gua itu. Memang rasa sejuk, tapi, baju mereka masih boleh membuat mereka merasa panas.

Fang : Jadi, macam mana keseorangan selama 2 tahun ni?
Boboiboy : Kalau aku jujur, aku akan kata, aku memang rasa sunyi. Keseorangan di alam semesta yang luas ni, tanpa sesiapa untuk berbual. Ya, memang sunyi. Tapi, ini bukan kali pertama aku keseorangan. Jadi, tak terlalu pedih lah rasa sakitnya.
Fang :O-oh...... Boboiboy, kau rindu tak dengan kami?
Boboiboy : Aku tak boleh nak nafikan yang aku memang ri dukan korang semua. Setiap satu dari kamu semua. Kamu semualah yang menulis kisah hidup aku. Dari mula mula kita jadi hero, sehinggalah sekarang. Jadi, aku tak boleh nak nafikan apa apa, yang perasaan rindu itu memang ada.

Senyuman di muka Boboiboy. Fang rindukannya. Selama 2 tahun, akhirnya dia dapat melihatnya kembali. Tak kira sesiapa pun yang melihatnya, mereka akan merasa tenang. Kerana sekarang memang susah untuk melihatnya lagi, senyuman itu memang istimewa. Fang mahu melindungi senyuman kawan baiknya itu.

Fang : Jadi, kembalilah semula ke kami! Kami sentiasa tunggu kau untuk balik! Mio, Leo, Shin, Azir, Kak Laura, semua! Mereka sedang tunggu kau sekarang ni!
Boboiboy : Maaflah Fang. Tak kira berapa banyak kali pun kau minta perkara itu, aku tak dapat nak tunaikan.
Fang : T-tapi, kenapa?!
Boboiboy : Aku ada alasan aku sendiri. Dan kau tak perlu tahu. Tapi, boleh aku minta sesuatu dari kau?
Fang : Minta sesuatu? A-apa dia?

Boboiboy mengangkat wajahnya. Senyuman seram muncul di muka Boboiboy. Suara serak dan menyeramkan keluar dari mulutnya.

Boboiboy : Tolong..... selamatkan aku dari diri aku sendiri...

Fang terkaku mendengar kata kata Boboiboy. Boboiboy hilang sekelip mata. Boboiboy muncul kembali dengan baju khas kuasa Solarnya. Rambut coklat gelap bersurai putihnya, berubah menjadi rambut putih suci bersurai hitam. Matanya berubah menjadi merah. Sebuah pisau muncul di tangannya.

Fang : B-Boboiboy?
Rev : Boboiboy yang kau kenal sudah tiada lagi.

Reverse berlari mendekati Fang sepantas kilat. Bajunya berubah menjadi merah khas kuasa Halilintar. Syukur, Fang berjaya mengelak serangan Reverse.

Fang : Bangun Boboiboy! Ini bukan Boboiboy yang aku kenal!

Reverse terus berterusan menyeran Fang dari penbagai arah. Reverse tak menggunakan kelajuan penuh kuasa Halilintarnya, membuatkan Fang senang mengelak serangan nya, seperti Reverse sengaja membiarkan Fang mengelak serangannya. Fang segera mengelluarkan kuasanya, berlari ke pintu gua yang kecil itu, mengeluarkan tangan bayang, dan meruntuhkan batu batu gua, menutup lubang pintu gua itu. Fang beralri keluar dari gua itu.

Fang POV's

Apa dah jadi pada Boboiboy? Kenapa dia jadi macam ni? Mana pergi Boboiboy yang aku kenal? Kenapa dia jadi macam tu? Dia dah jadi jahat ke?!

Jangan risau Boboiboy. Aku akan kembali. Aku akan kembali, dan akan bawa kau pulang semula. I promise.

Fang POV's End

Fang menggunakan kuasanya untuk keluar dari Planet itu.

Kembali ke dalam gua, Reverse masih lagi tercegat berdiri, memandang runtuhan di pintu gua itu.

Rev : Maaflah ya, mata empat. Aku tak boleh benarkan kau ambil Boboiboy. Bukan sekarang.

Reverse menggunakan kuasa Blazenya, membali bebola api ke arah runtuhan batu, membuat jalan keluar untuk dirinya. Reverse pun keluar dari gua itu.


























852 perkataan

:3 Inilah akibat taip cerita tanpa idea. Korang ingat idea tu jatuh dari langit? Kalau ya, bagitahu Author dekat mana.

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now