Misi : Mimpi

771 84 6
                                    

Kelihatan Comender Kokoci sedang tidur di biliknya selepas hari yang panjang. Selepas Boboiboy, Fang dan Kapten Kaizo, antara 3 ahli yang paling kuat di TAPOPS hilang, Comender dan Laksamana Maskmana terpaksa turun medan tempur juga untuk menolong ahli ahli TAPOPS lain dalam melakukan misi yang merbahaya.

Yaya, Ying dan Gopal, menapati janji mereka kali ini. Mereka, sejak 2 tahun terakhir ini, mereka berlatih dengan kuat, untuk menapati janji mereka pada Boboiboy, untuk jadi lebih kuat. Setelah apa yang mereka lakukan, mereka menyesal. Tapi, seperti apa yang Boboiboy katakan, Manusia boleh berubah. Sama ada kepada lebih baik atau lebih teruk. Manusia memang tak boleh lari dari satu benda, iaitu kesilapan. Manusia memang tak sempurna. Tapi, ianya tak bermasud kita tak boleh betulkannya dan jadi lebih baik, kan? Memang, sejak apa yang berlaku 2 tahun yang lalu, mereka dah jadi lebih kuat. Tapi, ianya tak sama tanpa Boboiboy dan Fang. Boboiboy cuma ada satu. Dia tak boleh digantikan dengan sesiapa pun. Termasuklah Fang. Pangkat mereka pun dah naik. Gopal naik ke Lans Coperal untuk menggantikan Fang. Dan Ying dan Yaya naik pangkat ke Kapten untuk menggantikan Kapten Kaizo.

Comender Kokoci kelihatan gelisah di dalam alam bawah sedarnya. Dia kelihatan seperti ketakutan. Dahinya berkerut. Peluh gelisah mula muncul di dahinya.

Comender : Huh...... huh......

"Laksamana!!!"

"Kenapa korang lakukan semua ini?!"

"Dunia ini memang kejam, Comender. Kau tak boleh lari dari KEMATIAN, Comender"

Darah dan bunyi jeritan di mana mana. Mayat berlimpangan di mana mana.

Laksama Tarung, dan Laksamana Maskmama, telah gugur di dalam peperangan.

Ahli ahli atasan TAPOPS, gugur di dalam peperangan.

Tapi, kenapa Yaya, Ying dan Gopal masih hidup?

Fang? Kenapa Fang ada dengan mereka?

Kapten Papa Zola?

"SELAMAT TINGGAL SELAMANYA, COMENDER. JUMPA DI ALAM SANA."

Sabit di libaskan ke arah aku.

Semuanya jadi gelap. Senyap sunyi. Adakah ini kematian?

Comender : AHHHHHH!!!!

Comender Kokoci terbangun secara menbejut dari mimpinya. Dia menarik nafas beberapa kali, untuk cuba menenangkan diri sendiri. Dia melihat sekeliling.

Comender : Mimpi rupanya.

Dia merasa lega yang segala yang dia lihat tadi hanyalah mimpi ngeri. Tapi, walaupun ianya mimpi, kenapa ianya rasa sangat nyata?

Comender Kokoci melihat ke tangannya.

Comender : Tak, tak. Semuanya hanya mimpi. Ianya tak benar. Harap harapnya lah......

Comender Kokoci keluar dari biliknya, pergi ke bilik air untuk mencuci mukanya. Selepas itu, Comender Kokoci pun berjalan di lorong lorong TAPOPS itu. Dia perlu menenangkan dirinya. Mimpi tadi buatkan hati kecilnya berdegup kencang.

Tiba tiba, dia bertembung dengan dua Kapten paling muda di TAPOPS, Yaya dan Ying.

Comender : Ah! Kapten Yaya dan Kapten Ying.
Yaya, Ying : *Tabik TAPOPS* Ya Comender!
Comender : Kamu berdua nak kemana ni? Dah pukul 7 malam dah ni.
Ying : Kami berdua mahu ke Perputaskaan ma.
Yaya : Iya. Kami mahu mengulang kaji.
Comender : Baguslah tu. Sebenarnya, kamu akan ada misi yang merbahaya 1 minggu dari sekarang.
Ying : Misi apa, Comender?
Comender : Di sektor 3-YB-79 di Galaxy Bima Sakti, telah dilaporkan serangan pembunuhan kepada penjahat penjahat di sana. Kami mahu kamu berdua dan Lans Coperal Gopal, dan juga Sai dan Shielda untuk pergi ke sektor itu dan cuba tangkap siapa orang di sebalik pembunuhan itu. Walaupun tiada nyawa tidak berdosa yang tumpah, kita masih tak tahu yang dia musuh kita atau bukan. Jadi, boleh saya percayakan kamu berdua?
Yaya,Ying : Sudah tentu boleh, Comender!
Comender : Bagus. Saya berharap pada kalian. Bagitahu kepada Lans Coperal Gopal juga untuk bersedia. Kita masih tak tahu seberapa kuat musuh yang kita akan hadapi.
Yaya,Ying : Baik, Comender.

Mereka bertiga pun berpisah di sana.
























574 perkataan

:3 Author baru balik dari taman sebab buat projek sekolah dekat taman. Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin