Misi : The Kindest Person Hurt The Most

938 95 19
                                    

A : "Kenapa nyawa semua orang baik mesti berakhir dengan cepat?"

B : "Sekiranya kamu pergi ke taman, dan jumpa dua pokok bunga. Satu bunga yang cantik, dan satu lagi bunga yang buruk. Yang manakah kamu akan petik?"

A : "Semestinya yang cantik!"

B : "Exactly. Kamu baru sahaja tamatkan nyawa bunga yang cantik itu" 

____________________________________________________________________

"People only care for you when you die. Why? Because when you die, you only give your PAIN to them. They feel how you feel when you alive"

____________________________________________________________________

Keesokkan harinya, Ali, Alicia dan Rudy berlatih di satu lembah tidak jauh dari markas kedua Rebel Heroes itu.

Rupa mereka sekarang sudah mula berubah memandangkan dah 2 tahun berlalu.

Ali sudah makin meninggi. Ketinggiannya dah sama dengan Alicia. Tingginya adalah 165 cm. Dia sudah mula lebih serius menentang musuh, kerana dia perlu melindungi dirinya dari alien jahat.

Alicia, pun sama. Rambutnya dah memanjang sehingga paras dada bahagian belakang. Tingginya juga sama macam Ali. 165 cm. Dia masih lagi menyimpan cekak hijaunya.

Rudy, tidak jauh beza dari dulu. Tingginya kini 170 cm. Lagi tinggi dari kawan dia 2 orang tu. Rambutnya juga memanjang. Dia mengikat rambutnya dengan gaya ponytail.

Mereka mahu melatih kemahiran mereka dan kekuatan mereka supaya mereka jadi lebih kuat. Mereka kini sudah berumur 15 tahun. Mereka dah tak boleh nak berharap untuk mereka yang lain melindungi diri mereka buat selama lamanya. Mereka perlu jadi lebih kuat untuk melindungi diri mereka sendiri dan lindungi mereka yang lain.

Lembah itu boleh tahan besar juga. Macam separuh gelanggang bola sepak Olimpik.

Ali mengambil yoyo yang Teknobot beri kepadanya. Yoyo itu memang dah jadi macam sebahagian hidup Ali dah sekarang ni. Kenapa? Kerana sebagai sebahagian kumpulun pencuri dan pembunuh terkenal di seluruh alam semesta, mereka sentiasa sahaja akan menghadapi bahaya hampir setiap hari. Dia sentiasa menggunakan Yoyo itu untuk melindungi diri dia, kawan kawan dia dan bakal isterinya. (Author : *kena tampar dekat pipi dengan yoyo Ali*)

Dia membaling yoyo itu ke arah Alicia. Dia berlawan dengan Alicia untuk jadi lagi kuat, memandangkan Alicia memang dah jadi ejen yang hebat sejak mula Ali masuk M.A.T.A lagi.

Alicia : Hmp!!! *lompat ke atas untuk mengelak serangan Ali*

Alicia mengambil lastiknya di udara semasa melompat, dan melastik salah satu bola boom ke arah Ali untuk mengaburkan penglihatan Ali.

BOOOOOMMMMMM!!!!

Letupan yang besar terjadi. Tapi, tidak semudah itu untuk menghalang Ali. Dia memusingkan yoyonya sehingga menjadi seperti piring satelit tu, dan menaikinya. Dia terbang tinggi ke langit.

Alicia : Tsk!

Lastik Alicia berubah menjadi pedang laser biru. Alicia melibaskan pedang itu ke udara, membuat laser dengan bentuk seperti cakaran ke arah Ali. Tapi, Ali sempat mengelak. Piring tadi bertukar menjadi yoyo di udara. Ali memegang tali yoyo itu dan melibaskannya ke arah Alicia. Yoyo itu mengikat Alicia.

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now