Misi : Power Spera 3.0

1K 102 5
                                    

30 minit teleh berlalu. Laura pun memasuki biliknya yang berada di sebelah bilik tetamu mereka, iaitu bilik ahli bafu mereka. Di dalam bilik itu, Leo, Mio, Shin dan Azir sudah berada di sana.

Laura : Baiklah, semua dah ada dekat sini. Jadi, bagi tahu aku, apa kebolehan kamu semua? Walaupun kamu semua adalah manusia biasa, bukan ejen, atau pahlawan, kamu semua mesti ada kebolehan sendiri, kan?
Azir : Kalau kapten cakap pasal tu, ya. Kami adalah atlet sekolah. Kami sentiasa melibatkan diri dalam sukan sukan di sekolah dulu, sebelum kami datang ke sini.
Mio : Betul. Dan yang paling banyak kami sertai, Bola Sepak, Bola Baling, dan Badminton.
Laura : Hm..... Sukan eh..... Ahah!

Laura duduk di kerusi yang macam dekat makmal komputer yang boleh pusing pusing tu, di depan sebuah komputer. Tangannya kelihatan menetaip sesuatu dengan sangat pantas. Tidak lama kemudian, keluarlah gambar di screen komputer itu.

Laura : Aku rasa, inilah power spera yang sesuai untuk korang.
Shin : Power Spera apa ni?
Laura : Inilah Olahragabot. Power Spera ini mampu mengeluarkan semua jenis permainan, tak kiralah di luar atau pun di dalam bumi. Pengguna kuasa ini mempu mencipta pelbagai jenis permainan, dengan hanya memikirkannya sahaja. Tidak sampai disitu sahaja. Setiap permainan yang dibuat oleh Olahragabot, mampu mempunyai kuasa, seperti kuasa elemental. Seperti kuasa api. Kalau bola sepak, ianya akan menjadi Bola Sepak Berapi. Dan, tak perlu risau. Kepada semua pengguna kuasa Power Spera, mereka akan seperti menjadi satu dengan kuasa ini. Seperti Boboiboy Api. Sebab itulah tangan dan badannya tidak melecur dan terbakar ketika menggunakan kuasanya. Dan, Power Spera Olahragabot ini adalah Power Spera Multi, dimana boleh lebih dari satu orang memiliki kuasa dari dia. Maksimum, setakat ini yang tercatat, adalah 20 orang, atau alien.

Mereka berempat kagum dengan apa yang Laura katakan. Sukan kan memang kehidupan diorang. Tambah lagi, permainan itu ada kuasa. Lagilah gempak!

Leo : Dekat mana kita boleh cari Olahragabot ni?
Laura : Erm.... Itu.... Kita ada masalah sikit di situ.
Shin : Masalah? Kenapa?
Laura : Olahragabot adalah Power Spera Generasi ke-3. Olahragabot telah hilang, sejak 100 tahun yang lalu. Dia telah dijual beli di Planet Junkburd, oleh alien alien jahat, sama seperti Emotibot. Dia telah larikan diri, dan telah hilang sejak hari tu.

Mereka sedikit kecewa dengan apa yang Laura katakan.

Azir : Jadi, apa yang kita bileh buat sekarang? Macam mana nak cari si Olahragabot tu?
Alicia : Aku rasa, aku boleh tolong.

Kelihatan Alicia, bersandar di pintu bilik itu, sambil berpeluk tubuh.

Shin : Sejak bila kau ada dekat sini?
Alicia : Cukup lama untuk dengar semuanya. Aku mahu bantu mencari bantu mencari Olahragabot itu.
Laura : Macam mana kamu mahu bantu?
Alicia : Aku ada kebolehan untuk melihat ke masa lalu dari kecil. Aku mula mula, hanya mampu melihat hanya beberapa minit kebelakang. Tapi, sejak semenjak ni, aku dapat lihat perkara yang berlaku berpuluh puluh tahun yang lalu, macam aku dapat lihat, banggunan yang runtuh, 50 tahun yang lalu di Cyberaya. Tapi, kalau untuk 100 tahun, aku tak jamin lagi.
Laura : Kebolehan yang hebat. Hm... Apa kata kita berjumpa dengan Shadow.
Alicia : Shadow? Apa yang Kapten Shadow boleh tolong?
Laura : Kau dengar kan, kuasa Shadow adalah Bayang dan Maklumat. Kuasa Maklumatnya, mampu melihat segalanya pasal kamu, seperti nama, ahli keluarga, umur, dan macam macam lagi. Tapi, dengan mata kirinya, dia mampu melihat, mengorek segala rahsia dan memori kamu, yang kamu tak pernah pun beritahu kepada sesiapa. Dia juga mendapat kebolehan itu sejak lahir macam kau.

Laura memegang bahu Alicia, mendorongnya keliar dari bilik.

Alicia : H-hei! Aku boleh jalan sendirilah!

Mereka pun hilang dari pandangan mereka berempat.

Azir : Apa rasanya jadi istimewa, ya? Mesti seronok, kan dapat lihat ke masa lalu?
Mio : Walaupun ada kuasa macam tu, tak semestinya best. Mungiin kita akan terlihat benda yang tak sepatutnya kita lihat.
Shin : Betul kata Mio.

Kembali ke Laura dan Alicia. Mereka berjalan menuju ke bilik pertama yang mereka jumpa, semasa pertama kali tiba di Planet itu. Mereka membuka pintu, melihat Shadow yang duduk, sama posisi seperti pertama kali Kaizo lihat, iaitu bertentangan dengan mereka berdua. Dia kelihatan sedang membuat sesuatu. Dia juga masih duduk di kerusi pusing pusing legend itu :V

Laura, berniat jahat. Dia berjalan perlahan lahan, sedikit demi sedikit mendekati Shadow. Dia mahu mengsergahnya. Tapi, sebelum sempat Laura menyergahnya......

Shadow : Jangan kau berani lah, Laura.
Laura : Ek! Alah.... Tak bestlah macam ni. Deria kau tu kuat sangat. Patutlah kau ni salah satu top dekat sekolah sebab dapat jangka bahaya dengan senang =3=
Shadow : Dah dah. Kenapa kau datang ke sini?
Laura : Kami nak cari Olahragabot untuk yang 4 budak yang tak dapat Power Spera lagi tu.
Shadow : Olahragabot? Bukan ke Power Spera tu dah menghilang sejak 100 tahun yang lalu?
Laura : Sebab tulah aku nak minta tolong kau kejap. Tolong cek Alicia ni kejap.
Shadow : Cek Alicia? Kenapa?
Laura : Alicia mempunyai satu kebolehan. Dia mampu melihat ke masa lalu. Mula mula, dia hanya mampu melihat beberapa minit kebelakang sahaja. Tapi, dia kata, sejak semenjak ni, dia dapat lihat benda yang patutnya berlaku berpuluh puluh tahun dahulu. Makin dia membesar, kebolehan dia juga makin meningkat. Jadi, aku nak minta tolong kau lihat, cukup kuat tak kuasa dia ni, untuk lihat ke 100 tahun dahulu?
Shadow : Oooohhh. Macam tu. Baiklah. Alicia, kesini.

Alicia pun berjalan dan berdiri di depan Shadow. Shadow mengangkat rambut putih yang menutupi mata kirinya. Dia pun membuka matanya. Mata hitam dan merah, menatap Alicia, seperti melihat ke dalam jiwanya. Peluh mula keluar dari dahi Alicia kerana takut melihat muka Shadow yang menakutkan itu.

Shadow : Kuasa kau memang kuat. Berita baik. Kuasa Alicia ni cukup kuat untuk melihat sejauh itu.
Laura : Baguslah. Alicia, bersiap sedia. Kita akan pergi ke Planet Junkburd 1 jam dari sekarang.
Alicia : Baik, Kapten Laura. *tabik*
Shadow : Eh, kejap. Korang dah nak pergi?
Laura : Ya. Lebih cepat, lebih baik untuk budak budak tu. Dah lah mereka tiada sebarang kebolehan, atau pengalaman bertarung. Mereka tak akan dapat bertahan di dunia kita ni tanpa kuasa.
Shadow : .... Betul apa yang kau cakap tu. Tapi, kali ni, biar aku ikut sama.
Laura : Kalau kau nak, aku tak boleh tolak, Kapten Shadow. Bersiap sedia.
Shadow : Baik.

















1003 perkataan

Huehue, siap! UwU Korang, dekat ig Author, NFathiatulnisaZ_, Author ada post Draw This In Your Style (DTIYS) pertama Author! Kalau korang nak join, boleh je. Ini gambarnya.

Author pergi dulu! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author pergi dulu! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now