Misi : Skip time

794 89 9
                                    

Hari berganti hari,

Minggu berganti minggu,

Bulan berganti bulan,

Tahun berganti tahun.

Nyawa baru lahir,

Nyawa lama tamat,

Gelak ketawa mula bertukar kepada air mata,

Tiada yang kekal selamanya.

____________________________________________________________________

2 tahun dah berlalu sejak kejadian itu.

Memang Rebel Heroes dan kawan kawan Boboiboy tak dapat nak buat apa apa untuk menjejaknya kerana kebatasan teknologi dan juga maklumat. Mereka hanya mampu dapat berharap kepada nasib sahaja sekarang.

Kita kini berada di sebuah Planet gunung-ganang, yang diberi nama Planet Sepesupiku yang bermaksud Puncak angkasa dalam bahasa Jepun. Ianya dinamakan begitu kerana gunung gunung di sana semua tinggi tinggi sehingga ada yang boleh dilihat dari luar angkasa. Palanet ini menjadi markas kedua Rebel Heroes kerana kedudukannya yang jauh dari Planet yang ada peradaban dan juga selamat dari serangan musuh.

Di sebuah batu besar di atas salah satu gunung di Planet itu, kelihatan Fang sedang duduk di sana sambil memandang ke bulan yang berwarna biru di langit malam pada hari itu.

Kini Fang sudah beranjak usia bumi, iaitu 17 tahun pada umur manusia. Tapi, badannya kelihatan hanya sedikit meninggi dari pada usia 15 tahunnya. Wajahnya tetap sama seperti dulu. Dia juga masih menggunakan kaca mata misinya.

Fang : Maafkan aku sebab tak dapat cari dan bawa kau pulang, Boboiboy....

Fang masih lagi rasa bersalah sebab tak dapat nak cari Boboiboy hari itu. Boboiboy dah bagaikan adik kandung kepada Fang. Persahabatan yang asli yang memang tak akan wujud di dunia asli.

Dulu, Boboiboy lah yang sentiasa yang menjadi yang menyelamatkan Fang kalau dia dalam bahaya yang besar. Menolong Fang dalam kesusahan, berada di sisi Fang bila tiada yang sudi.

Fang mahu membalas balik perbuatan Boboiboy dengan tidak meninggalkan sisi Boboiboy sebagai kawannya. Tapi, tak semua janji dapat ditepati. Tapi, sekurang kurangnya Fang dah cuba untuk tepatinya. Dia tak akan berputus asa untuk mencari Boboiboy, sehinggalah dia menjumpai sahabatnya.

Fang yang dulu berlagak cool, pendiam dan tak suka berkawan, dikurniahi Boboiboy yang menunjukkan dirinya, erti persahabatan. Yang sebenar. Dia yang selamatkan Fang dari kegelapan.

Sekarang, giliran dia pula untuk selamatkan Boboiboy.

Tiba tiba, abang Fang, bekas Kapten TAPOPS dan penyangak angkasa, Kaizo, menepuk bahu adiknya lembut dan duduk di sebelah Fang.

Kaizo : Hai, Pang.
Fang : Abangggg, kan Fang dah cakap yang nama Fang, Fang! Dulu abang boleh panggil Fang dengan nama Fang, kenapa sekarang tak boleh?!
Kaizo : Alah, tak best lah guna nama Fang tu. Pang lagi bagus. Comel. Sama macam adik abang ni.

Kaizo mencubit pipi adiknya manja. Fang pula, merintih kesakitan.

(Author : Amboi, bersweet sweet pulak dua ekor alien rambut cacak ni.
Fang : Perosak suasa betul lah Author ni 😑
Author : Ehek 😝)

Fang : Ish, abang! Sakitlah!
Kaizo : Hehe, sowwy not sowwy 😝

Fang hanya mempout sahaja. Dia kembali melihat ke arah bulan semula. Kaizo, yang melihat kelakuan adiknya, sudah mampu membaca fikirannya.

Kaizo : Kamu fikirkan budak Boboiboy tu lagi, kan?
Fang : Ya..... Abang, abang rasa.... Boboiboy tak apa apa ke? Dah dua tahun berlalu.....
Kaizo : Abang yakin dia tak apa apa. Dia boleh jaga diri dia sendiri. He strong, but not unbreakeble.

Kaizo memang memandang tinggi terhadap Boboiboy. Budak tu tunjukkan, kekuatan bukanlah segala galanya. Keluarga adalah segala galanya. Dia mula membuka dirinya kepada adiknya, menyayanginya lebih dari segala galanya. Dia selamatkan dirinya dari rasa sombong dan tamak kuasa masa Season 3. Boboiboy menunjukkan yang dia kuat, dia kuat untuk melindungi semua orang dari bahaya. Dia mahu melindungi semua, TAPI SIAPA YANG AKAN MENYELAMATKAN DIRINYA?

Kaizo berjanji dengan Fang, dia akan bantu adiknya mencari Boboiboy. Bawa dia kembali ke rumah. Tak, bukan rumah Boboiboy, mahu pun rumah mereka. Dimana kamu rasa selesa, selamat, boleh dipercayai, kasih sayang, itulah rumah. Keluarga juga tak semestinya perlu sedarah. Bila kamu percayakan dia lebih dari segalanya di dunia ini, dialah keluarga.

Kaizo : Dah lah, Fang. Jom masuk ke dalam sekarang. Dah gelap sangat dah ni.
Fang : Baik.

Mereka pun masuk balik ke dalam Markas.























638 perkataan.

Adakah Author dah boleh dipanggil penulis? :< Atau masih jauh lagi perjalanan Author? Ok tak Chapter ni? Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now