Misi : Planet Junkburd

972 104 21
                                    

Warning!

Blood!!

Killing!!

Dead!!

1 jam telah berlalu. Leo, Mio, Azir, Shin, Shadow, Laura dan Alicia telah masuk ke dalam kapal angkasa yang telah dibersihkan oleh ahli Rebel Heroes yang ikut tadi dari muntah mahluk bumi itu. Semua orang duduk di tempat masing masing.

Laura :  Baiklah. Shadow. Nak jadi Kapten kapal untuk kali ni?
Shadow : Heh. Semestinya. Aktifkan enjin!
Laura : Enjin di hidupkan! Pelindung diaktifkan ke 100%!
Shadow : Kita akan berlepas dalam 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1!

Stereng kapal angkasa itu ditarik, maka, terbanglah kapal angkasa itu keluar dari markas itu dan terbang meninggalkan Planet Futtochi itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Shadow : Baiklah. Aku nak kasi sedikit amaran pada kamu semua. Dekat Planet Junkburd nanti,  kalau ada orang tawarkan apa apa, suruh kamu ikut dia, jangan percayakan mereka.
Azir : Kenapa, Kapten?
Shadow : Kebanyakkan penjual di sana adalah penjual haram dan penjahat. Diorang boleh sahaja serang kamu semua yang sekarang tiada kuasa ini. Faham?
All-Shadow, Laura : Faham, Kapten!

Shadow terus membawa kapal angkasa itu menuju ke Planet Junkburd.

2 jam kemudian, mereka pun sampai di sana. Mereka turun dari kapal angkasa, memasang mode halimunan, dan berjalan melalui pasar Junkburd itu.

Pak Cik Sate : Hah, dik! Adik semua lapar tak? Ni Pakcik ada banyak sate oo! Sedap sedap semuanya!

Pak Cik Sate mengangkat sate satenya yang diperbuat dari macam macam makanan mahluk asing. Ingat lagi tak Pak Cik Sate ni? Yang dekat episode semasa diorang tengah cari Databot tu. Azir, yang betul betul berada di depan sate Pak Cik Sate tu, hampir termuntah sebab bau dan rupa sate yang sememangnya tidak sama macam sate dekat bumi.

Azir : Er... Tak apa lah Pakcik. Saya tak lapar.

Beralih ke Laura, lain pulak kesnya. Mulutnya dah terliur bila lihat sate Pak Cik Sate tu.

Laura : Nak, nak, Pakcik! Bagi 10 batang!
Pak Cik Sate : Ok, dik! Siap dengan segera!

Yang lain pulak, kecuali Shadow, dan terlopong tengok tindakkan Laura.

Selepas membeli, mereka pun meneruskan perjalanan.

Laura : *sibuk makan sate tu*
Shadow : Jangan layan si Laura tu. Kalau bab makanan, memang semua dia telan. Lagipun, deria hidu dia kuat. Dia boleh cam mana makanan yang selamat dan beracun. Nak? *hulur satu batang sate*
All-Shadow, Laura : Er... Tak apa Kapten, tak apa. 😅

Mereka kini tiba di sebuah kawasan lapang, berpasir, berhabuk dan macam macam lagi mahluk yang tinggal dekat situ, yang sunyi sepi.

Laura : *kembali serius* Ini adalah tempat terakhir orang lihat Olahragabot.
Alicia : Baik.

Alicia cuba mengaktifkan kuasanya, dan melihat ke sekeliling tempat itu.

Dia berjaya. Dia melihat Olahragabot berlari, melarikan diri dari 2 ekor alien yang nampaknya macam satu kerabat dengan Kapten Vargoba. Olahragabot nampak sangat ketakutan.

Alien1 : Jangan kau nak lari, Olahragabot!!!

Olahragabot, mengaktifkan kuasanya. Bola tampar berais di tampar ke arah mereka berdua, membuat sebuah tembok ais yang besar. Dinding itu berjaya memperlahan kan sedikit 2 ekor alien itu. Olahragabot melihat sebuah kapsul lama, dan masuk ke dalamnya. Kapsul itu terbang, meninggalkan Planet itu.

Alicia : Aku nampak! Olahragabot telah terbang ke angkasa lepas dengan sebuah kapsul!
Laura : Bagus! Semua kembali ke kapal angkasa!

Mereka pun masuk semula ke dalam kapal angkasa dan terbang meninggalkan Planet itu. Alicia mengaktifkan semula kuasanya, untuk melihat kemana kapsul itu membawa Olahragabot.

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now