Misi : I have no control

892 88 2
                                    

Kita berada di bumi. Siapa tak kenal dengan bumi? Sejak kejadian Adudu datang ke bumi untuk rampas koko, Ejojo datang untuk takluk bumi, geng 5 panglima skeme balas dendam dengan Adudu dan  Kapten Separo datang ke bumi untuk culik Ochobot dan Retak' ka datang ke bumi untuk sedut kuasa nya balik dan kalahkan Boboiboy dan Tok Kasa, bumi dah jadi makin terkenal di seluruh alam semesta.

Dan semesti, nama "Boboiboy" sudah menjadi terkenal di seluruh alam semesta kerana telah mengalahkan pengguna asal kuasa Elemental. Nama yang dulu digelar hero, sekarang berada di jurang kejahatan.

Di dalam kepalanya, dia sedang bercakap sedang duduk di tepi, sementara Reverse sedang mengambil alih kawalan badannya. Dia dah tak kesah kalau Reverse membunuh orang orang jahat itu dan dia yang akan disalahkan kerana BADAN DIA YANG BUNUH MEREKA.

Dia dah tak kesah jugak kalau dia dipandang jahat oleh mereka semua. His world is already mess up.

Reverse, yang mendapat keseronokkan kerana dapat kawalan dan dapat membunuh semua orang orang jahat itu, melihat ke arah tuan, atau lebih tepat, diri dia yang asli, duduk di tepinya dengan pandangan sedih tambah tak ada perasaan.

Reverse, memikirkan balik kenapa dia suka dengan bunuh bunuh ni. Bila dia ingat balik, dia memang dah suka membunuh sejak dia dicipta lagi. Dia pun tak boleh nak buat apa, sebab dia dicipta untuk membunuh. A LIVING KILLING MACHINE.

Rev : Jangan lah kau nak sedih, Boboiboy.
BBB : Huh?
Rev : Aku tahu kau tak kesah, tapi dalam hati kau, kau sedih. Ini bukan salah kau pun. Kau tak ada kawalan atas badan kau sendiri. Aku yang bersalah dalam hal ni. Tapi, aku pun tak boleh nak buat apa apa. Aku tak boleh membunuh. Sekali aku membunuh, aku mahu bunuh lagi dan lagi. Darah mereka, seperti tenaga bagi aku. Tapi, aku tak mampu kawal perasaan tu. Sebab, aku memang dicipta seperti ini. Hanya virus yang membunuh.

Bila Boboiboy dengar apa yang Reverse cakap, ya, betul. Dia pun tak boleh nak salahkan Reverse juga.

Rev : Kau nak tahu tak siapa yang cipta aku?
BBB : Siapa yang cipta kau? Siapa?

Tali yang melilit tangan Reverse, yang digunakan untuk mengawal badan Boboiboy, hilang. Reverse memusingkan kepalanya, menghadap ke arah Boboiboy. Matanya menyala sama dengan warna matanya. Bahagian bawah matanya retak sedikit berwarna merah.

Rev : PARA ELEMENTAL YANG CIPTA AKU.

Mata Boboiboy membulat. Dia benar benar terkejut dengan apa yang dia dengar. Para Elemental? Mereka yang cipta dia?

BBB : P-para Elemental?.........
Rev : Ya. Memang susah nak percaya dengan apa yang kau dengar. Tapi, ianya benar. Semasa kau lari kali pertama dulu, mereka sedih lihat kau macam ni. Sedih, marah, dah tak ada sesiapa untuk dipercaya lagi. Jadi, mereka fikir, jika kau tak gembira mencari superhero, kenapa kau perlu jadi satu? Jadi, masa tulah aku dicipta. Oleh perasaan sedih dan marah kau. Aku ditugaskan oleh Gempa, ketua mereka, untuk membunuh semua orang jahat di dunia ini. Apa gunanya mereka hidup kalau mereka hanya menyusahkan orang lain kan? Ianya juga untuk buat kau rasa lebih baik, walaupun aku sendiri tahu yang ini tak akan buat kau gembira pun. Tapi ianya akan buat kau rasa lebih lega sesikit. Lepaskan marah kau pada mereka semua dengan membunuh mereka yang layak mati. Aku pun ikut sahaja perintah dia. Aku pun, makin lama makin kuat dengan setiap nyawa yang aku ambil. Tapi, kau tak boleh nak marah pada mereka sangat pun sebab cipta aku. Mereka sayangkan kau. Mereka tak sanggup lihat kau sedih. Mereka juga tak nak kehilangan kau macam mereka kehilangan pengguna asal mereka.

Boboiboy sedikit gembira dengan apa yang Reverse katakan. Ya, dia tak boleh nak marahkan mereka. Mereka cuma risau pasal dirinya. Diampun dah anggap mereka sebagai adik beradiknya.

Rev : Maaflah, aku tak boleh nak bagi kau ambil kawalan badan kau. Ini arahan Gempa dan Hali. Maafkan saya, ya?

Reverse kembali ke tempat kawalan dan tali tadi mula melilit tangan Reverse kembali.

BBB : Tak apa...... aku faham. I have no control after all.

Semuanya kembali normal di alam luar paras bawah sedar Boboiboy. Reverse mengambil kawalan badan kembali.
























667 perkataan

UwU Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 3 : Run Away (COMPLETE)Where stories live. Discover now