Bab 10 - The Secondhand Embarrassment

1.4K 182 12
                                    

Don't forget to leave votements ♥

Bab 10 - The Secondhand Embarrassment

             MUKA ditutup dengan kain bersaiz kecilnya sambil memasuki tempat tersebut. Setiap langkah diambil dijengket dari mula hingga ke akhir. Gerangan itu tersenyum gembira apabila tiada kelibat yang dicari dan mahu dielak walaupun hakikatnya dia tetap akan bersemuka dengan menusia yang mahu dielak. Tombol pintu bilik di buka perlahan. Kepala dijengukkan sedikit.

Hancur segala keberaniannya untuk masuk, masa untuk mundur. Pintu ditutup semula. Belakang badan di sandarkan pada pintu.

"Macam mana nak masuk ni," keluhnya.

Mana tidak resah hatinya tatkala dia mengingati bahawa ayat yang dituturkan malam tadi kepada pelatih seakan mengguris hati seseorang. Nada cerianya semalam seakan menyindir atau bercanda terhadap perjanjian yang dibuat dengan pelatih di hadapan tetamu lain. Pasti lelaki itu terasa hati.

Eshal mengambil nafas lalu dihembus perlahan. Pintu kaca utama yang jauh di hadapan sana itu dipandang. Pantulan dirinya jelas di situ. Terkedu juga melihat kedudukannya seperti orang tidak siuman. Cepat-cepat dia berdiri tegak.

Malu tengok diri sendiri.

"It's okay, Habeeb... Kau masuk dalam lepas itu minta maaf," omelnya sendirian.

Eshal berpusing ke belakang menghadap pintu yang berwarna putih di hadapannya. Eshal menarik nafas sekali lagi lalu dihembus perlahan. Tombol pintu dipegang lalu dengan lafaz bismisllah dipulas tombol pintu tersebut. Namun segalanya terasa ia berhenti seketika tatkala pintu dikuak dari dalam menyebabkan dia terdorong ke hadapan dan tidak sempat mengimbangkan badannya.

Eshal memejam matanya sambil menjerit kecil.

Gedebuk!

"Ak!"

Eshal mengaduh sakit apabila dagunya terhentak pada lantai.
Tak boleh ke setiap kali dia datang ke sini dirinya tidak tercedera? Eshal menterbalikkan badannya lalu membuka mata mahu memarahi orang yang buka pintu dengan secara tiba-tiba. Kemudian, niatnya terbantut melihat wajah dingin lelaki itu.

"Err... Hai coach?" Dengan kekoknya dia menyapa si pelatih.

"What are you doing on the floor?"

"Saya... Ber... Ber..." Eshal memandang sekelilingnya mencari kata.

"Bersenam?" teka si pelatih. Lebih kepada mengusik. Namun ditelinga Eshal berbunyi sindiran.

"Ha! Ya. Ya. Bersenam!" Eshal kemudian membuat push up. Baru sahaja satu kali dia naik dan menurunkan badannya, Eshal mengalah. Dia baring sambil menghadap pelatih yang merenungnya dingin. Eshal bermain dengan tangannya sendiri.

"Saya... Saya..."

"You what?"

"Saya sebenarnya nak minta maaf pasal malam tadi," ujarnya perlahan.

"For what?" Pelatih menyilangkan tangannya ke dada.

"Malam tadi saya cakap pasal perjanjjan kita tapi saya cuma terangkan secara umum. Saya tak bagi tahu isi kandungan perjanjian kita... Saya masih ingat di dalam memori saya... Masa saya cakap malam tu awak nampak marah," balas Eshal takut-takut. Mata itu dilarikan daripada bertembung.

Steely GazeWhere stories live. Discover now