Bab 14 - Mud

1.5K 174 22
                                    

Long chapter ahead. Hope you like it. Don't be shy if you want to say hi with me. I eat nasi.

Bab 14 - Mud

             NANA dipandang tanpa lepas dengan muka masamnya. Sesekali dia menjeling ke luar tingkap, mengerling sekilas pasangan yang sedang bermain dengan buaian. Seorang muka masam, seorang lagi muka tenang dan ceria sahaja. Siapa lagi kalau bukan sahabatnya, Adila Lashira bersama Khair Fazlan. Pengenalan pasangan sejoli amat misteri sekali. Sungguh Eshal bingung memikir rekaan cerita sendiri namun semuanya tak masuk akal.

Eshal termenung jauh ke hadapan lagi. Penyedut minuman dicari dengan mulutnya. Entah tersilap cari, penyedut minuman itu sentuh bawah hidungnya. Eshal memandang gelasnya dengan terkejut dan termalu sendiri. Sekelilingnya dipandang.

Nasib baik tiada siapa yang toleh ke arahnya.

“Habeeb!”

“Ya, nana?” jawab Eshal perlahan.

Merajuk dengan nana, tak tahu kenapa.

“Habeeb betul tak nak ikut?” Nana bertanya sambil membetulkan rambut Thauri Uzma. Lelaki itu hanya tersenyum nipis.

Eshal Habeeba mengembungkan pipinya. Hatinya terusik apabila Nana tidak habis-habis meluangkan masa bersama lelaki menawan itu. Terusik sebab apa? Itu rahsia.

Semenjak dua hari lepas ini iaitu selepas kedatangan Thauri Uzma ke sini, Nana selalu berkepit dengan Uzma. Rimas juga Eshal tengok kerana lelaki itu hanya diamkan diri sahaja. Tidak pula membantah, mungkin takut terguris hati Nana. Buat apa nak risau? Perasaan Nana tak akan terguris kerana Nana seorang pemikiran yang terbuka dan hati terbuka.

“Habeeb...” Eshal meleretkan suaranya.

“Habeeb nak ikut tapi Habeeb pergi lambat sikit,” jawabnya. Nana mengangguk faham.

Nana berbisik sesuatu kepada Uzma kemudian lelaki itu mengangguk kecil. Wajah Eshal mula cemberut. Kaki ini nak sahaja melangkah pergi ke sana mahu mencuri dengar namun dijaga batasnya.

Sejak lelaki itu memberi ayat manis kepadanya di warung kecil, hati Eshal semakin terusik. Semakin lama dia mendekati lelaki itu semakin dia tertarik untuk melekat selama 24 jam dengan lelaki itu. Thauri Uzma bagaikan mempunyai satu daya kuat tarikan sendiri yang boleh membuatkan Eshal tersenyum tanpa sedar.

Eshal Habeeba, seorang yang mudah menyukai seseorang kerana terlalu melayangkan perasaannya sendiri atau pihak sebelah sana menjaganya dengan baik. Walaupun hakikat sebenarnya orang itu hanya melakonkan watak sahaja.

Seketika Nana berlalu pergi naik ke atas. Eshal memandang Thauri Uzma yang keseorangan di ruang tamu. Peluang emas!

Bergegas dia berlari anak ke ruang tamu bersama gelasnya. Diambil tempat di sebelah Thauri Uzma. Eshal merenung sehelai kertas yang berada di tangan lelaki itu. Gelasnya diletakkan ke atas meja. Tangan dilipat lalu dibawa ke dada kemudian kakinya disilang.

“Awak buat apa ni?”

Lelaki itu menoleh ke arahnya sekilas.

Reading,” jawabnya ringkas.

Teruja sekejap dia kerana tidak pernah melihat cara pembacaan orang seperti Uzma. Ditilik lagi halaman kertas itu. Eshal menoleh sekilas wajah Uzma kemudian tangan yang sedang meraba satu persatu titik-titik yang timbul di atas permukaan kertas tersebut.

Steely GazeWhere stories live. Discover now