Bab 13 - Closer

1.4K 171 16
                                    

Please read important notice at the next chap. Don't forget to votements if you love this chapter.

Bab 13 - Closer

               DARIPADA situ, hubungan persahabatan Rais Amran dan Eshal Habeeba menjadi semakin rapat. Ke mana mereka pergi, ke situ jugalah gelak ketawa mereka bergema. Riuh sekali. Eshal tidak habis-habis bertanya tentang adik Amran, Lais Awraq. Amran dengan senang hati menceritakan kisah Lais antaranya ialah zaman kanak-kanak mereka, kesukaan Lais dan banyak lagi yang seronok bagi Eshal.

Eshal bergerak ke sebuah buaian bersama Amran. “Habis kenapa Lais tak ikut datang sini?” soal Eshal. Amran seakan kaku di tempatnya namun cepat sahaja dia cover. Mungkin tidak menduga soalan itu yang akan ditanya.

You know... Banyak kerja?” Eshal mengangguk. Faham. Babanya juga selalu bekerja.

“Kau kerja sini ke?” tanya Eshal lagi.

Yes, for your grandfather.” Kening Eshal bercantum.

“Lolo?” Amran mengangguk sekali.

Entah kenapa ada secebis perasaan di dalam hati Eshal mengatakan ada sesuatu yang tak kena tentang seorang lelaki bernama Rais Amran. Kepala terus menggeleng kemudian beristighfar perlahan. Bunyi seakan dia menuduh lelaki itu pula. Eshal duduk di atas buaian kemudian tanpa disuruh, Amran menghayunkan buaian tersebut dengan perlahan.

Thank you,” ucap Eshal. Amran memberi senyuman kecil.

Kedua-dua pemuda itu berdiam diri sambil menikmati angin lembut yang menapak perlahan muka mereka. Eshal termenung jauh sama seperti Amran. Wajah mereka seperti seorang yang mempunyai banyak persoalan dan banyak benda perlu diselesaikan.

Tidak sedar sebuah kereta memasuki pekarangan rumah Lolo. Deruman kuat kereta yang baru masuk itu menyedarkan Eshal Habeeba. Terus Eshal menghentikan buaian dengan kakinya kemudian berdiri. Leher dipanjangkan melihat siapa yang melawat.

Tatkala melihat beberapa manusia yang turun dari kereta, Eshal tersenyum gembira lalu tangannya melambai sambil memanggil kawan barunya. Terkejut juga dengan kehadiran tetamu Lolo pada hari ini.

Hari istimewa ke?

“Qaid?”

“Habeeb!” sahut Qaid.

Kedua-duanya berlari mendekati antara satu sama lain. Eshal meninggalkan Amran di belakang. Apabila Eshal Habeeba berhenti di hadapan kereta mewah berwarna hitam kilat itu terus dia menyapa bersama Qaid yang berada disebelahnya.

“Hai Uzma! Hai Fazlan!” Ceria sahaja.

Gembira kerana jumpa Qaid atau orang lain ni? Eshal sendiri ragu dengan dirinya sendiri.

“Hai miss,” balas Khair Fazlan. Senyuman nipis diberi.

“Tak payahlah panggil miss, panggil saya Habeeb macam Qaid panggil.” tegur Eshal. Kurang senang dengan panggilan miss miss.

Khair tersenyum faham.

Thauri Uzma hanya mengangguk sekilas sebagai jawapan untuk sapaan tersebut. Eshal mencebik. Sombong! Macam dalam mulut tu ada berlian aje. Susah sangat nak cakap. Usik orang bukan main full energy lagi. Really can't understand him.

Steely GazeWhere stories live. Discover now