Bab 19 - Trapped

1.1K 131 18
                                    

Bab 19

If I leave and don't come back,

I hope it breaks you in two.

ESHAL HABEEBA mula cemas, sekelilingnya di pandang. Tangannya terketar-ketar kerana terlalu gugup. Tatkala lelaki itu memberi isyarat supaya baring di atas lantai sambik tutup kepala, laju diturut. Wajah lelaki itu kelihatan sangat serius ketika membelek patung beruang tadi. Patung di tangan diimbas buat kali terakhir sebelum di buang ke luar tingkap.

Cover your head now!

Eshal memejam matanya rapat.

Hatinya beristighfar.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

“Eshal!”

Terbuka luas matanya saat kepalanya diangkat dan dipeluk kuat. Bau wangian cologne yang sangat dikenali masuk ke dalam rongga hidungnya. Pipinya bersandar di dada lelaki itu. Namun akal lebih cepat berhubung, lekas sahaja dia menolak dada lelaki itu dengan wajah terkejut dan geram. Kemudian berdiri tegak.

“Dimitri!”

“Awak peluk saya kenapa!?”

Lelaki yang sedang melutut di atas lantai seakan terkedu. Eshal cuba menenangkan nafas kencangnya. Wajah pucat kawannya dipandang dengan risau.

Malyshka...”

I thought...”

“I thought...

Lelaki itu kehilangan kata-kata. Tangan meraup wajah sambil melepaskan keluhan nafas lega. Dadanya digosok perlahan seperti menenangkan jantungnya daripada berdegup laju. Perlahan-lahan bangun dari lantai.

Eshal diam memerhati kerana dia keliru.

Dimitri berjalan beberapa langkah ke hadapan dan berhenti di hadapan si gadis.

“Malyshka,”

“Saya tahu dia―”

Lais dipandang sekilas.

“―datang naik bilik ni but I do not know this guy. I just detected an unknown life presence in my phone through sensor system which is not one of this family members. So I rushed here because I thought something happens to you. Then, I heard about this teddy bear and the bomb.”

Eshal tekun dengar. Tangan memeluk tubuh setelah membetulkan kedudukan tudungnya.

I thought I lose you...” bisik lelaki itu perlahan.

Dia menghembuskan nafas panjang kemudian angguk kecil.

Don't do it again, Dimmy.”

Dimitri angguk sekali.

Senyuman kekok dipamerkan untuk mengurangkan rasa suasana yang ganjil. Matanya terbuntang besar tatkala teringat tentang bom dan anak patung beruangnya. Kepalanya menoleh memandang Lais yang terduduk di atas lantai dengan ekspresi bingung. Mata mereka bertaut sambil kening bertaut pelik.

“Lais?”

“Kenapa tak meletup?”

Eshal bercekak pinggang.

Steely GazeWhere stories live. Discover now