Bab 12 - Lais's

1.2K 152 1
                                    

Don't forget to leave votement ♥

Bab 12 - Lais's

             PAGI-PAGI lagi Eshal Habeeba bersama Adila Lashira sudah turun ke dusun mengambil buah-buahan yang Lolo tanam di atas bukit sana. Dato' Asyraf juga turut ikut memastikan dua anak daranya itu selamat dari sebarang haiwan liar. Lolo tidak ikut kerana perlu selesaikan urusan di pejabatnya. Eshal diberitahu bahawa Lolo akan turut sertai tapi lambat sedikit.

“Baba, kita nak ambil buah mana satu?” Soal Eshal.

Adila hanya diam dengan muka masih mengantuk. Ke mana Eshal, ke situ juga diikut. Maklumlah matanya dibuka kecil sahaja. Kadang-kadang mata itu terkatup terus. Ngantuk punya pasal. Kes tidur lewat semalam kerana bermain game dengan sahabatnya. Riuh satu bilik. Eshal lagi tidak membantah. Semua dia sertai. Asalkan seronok untuk bermain.

“Kita ambil buah cempedak dulu. Lepastu Habeeb dengan Dila pergi kait buah manggis dekat hujung sana,” beritahu Dato' Asyraf sambil menilik pokok buah cempedak. Eshal mengangguk faham.

“Baba, kita tak boleh ke nak duduk?” soal Adila pula. Mata ditonyoh. Eshal pukul tangan Adila.

“Kau lupa ke pakai maskara?” bisik Eshal. Adila dengan mata kecilnya tersengih.

“Tak ada. Dua-dua kena tolong baba kalau tak baba bagitahu nana,” ugut baba.

Dengan rela hati Eshal dan Adila menolong Dato' Asyraf memetik dan memungut buah yang jatuh. Semua yang dikutip boleh dikatakan segar belaka dan cantik. Selesai kutip buah mangga, Eshal dan Adila diajak untuk berehat sebentar di bawah pondok yang dibina oleh Lolo. Buah manggis dibuka satu persatu.

“Baba, dia orang masih ikut kita lagi ke?” Soal Eshal. Serius.

“Semestinya,” jawab baba perlahan. Wajah baba bertukar serius.

“Habis kenapa baba dengan Lolo diam aje?” soal Adila pula. Turut bertanya. Ekspresi wajah Adila jelas terpancar perasaan takut, cemas dan risau dan trauma.

“Bukan diam tapi tengah stay low,” jawab baba ringkas. Eshal dan Adila kembali berdiam diri.

Kedua-dua gadis itu bersandar antara satu sama lain menggunakan belakang badan mereka sambil memerhati sekeliling dusun besar yang besar dan luas itu. Sambil rehat, tangan Adila tidak berhenti bekerja. Mulutnya asyik mengunyah sahaja semua buah manggis. Buah manggis adalah satu-satunya buah kegemaran Adila Lashira. Bukan buah lain tapi hanya manggis. Boleh dikatakan semua barang Adila berwarna ungu melambangkan warna buah manggis.

Masa berlalu dengan cepat, mereka tidak sedar dua jam sudahpun berlalu. Eshal dan Adila juga penat mengutip pelbagai jenis buah-buahan.

Pin! Pin!

“Lolo!”

“Lolo!” jerit Adila dan Eshal serentak.

Dua gadis itu terus duduk tegak. Tangan mereka melambai-lambai ke arah Lolo yang sedang turun dari motornya. Adila membetulkan tudungnya tatkala dia nampak seorang lelaki turut mengikuti langkah Lolo. Eshal melihat kelibat yang berada di belakang Lolo itu terus bermasam muka.

“Wah... Banyaknya kau orang kutip buah?” ujar Lolo sambil melihat beg guni besar yang penuh dengan pelbagai buah.

“Anak Lolo yang suruh,” balas Eshal. Dikerling sekilas Dato' Asyraf yang tersengih. Lolo hanya tergelak.

Steely GazeWhere stories live. Discover now