Bab 3 - Thauri Uzma

1.8K 213 24
                                    

Don't forget to vote and comments♥

Bab 3 - Thauri Uzma

             SELAMA dua hari berurut-turut, Eshal menunggu ibu atau bapa Uzion menghubunginya namun tiada langsung bunyi deringan telefon yang diterima mahupun telefonnya yang lain. Eshal khuatir jikalau ibu bapa Uzion sudah lupa tentang anaknya atau mereka sibuk sehingga terlepas pandang?

Eshal menggeleng.

Tak mungkin.

Pasti mereka cam perubahan yang berlaku di dalam rumah mereka kerana hamster mereka tiada atau lebih tepat, hilang selama dua hari. Semestinya rumah itu akan sunyi sebab tiada bunyi hamster yang menghiasi rumah mereka lagi.

Sunyi kerana dibawa olehnya buat sementara agar hamster ini tidak hilang dan sihat sentiasa.

Eshal merenung telefon rumah yang berada di tepi televisyen besar itu sambil meniarap di atas sofa. Wajahnya menghadap ke arah telefon rumah itu, menanti-nantikan jikalau terdapat manusia yang akan menghubunginya.

Secara tiba-tiba bunyi yang tidak di undang bergema di sekeliling Eshal. Eshal memegang perutnya. Dari pagi tadi dia tidak makan sehinggalah sekarang iaitu malam. Entah kenapa, perutnya selalu berkeriuk pada waktu malam sahaja. Jadi, dia pun selalu makan di waktu malam sahaja. Melainkan kalau ada sahabatnya yang seorang itu, pasti seleranya bertambah.

Mana taknya kalau berbual dengan Adila seperti bercakap tentang menu di segala jenis restoran. Kalau boleh setiap menu Adila mahu sebut. Daripada situ, Eshal berasa lapar dan makan banyak.

"Aku nak masak apa ya?" Gumamnya sendirian.

Hilang concentratenya terhadap sesi penungguan telefon rumahnya.

"Nasi goreng?"

Eshal menggeleng dengan idea sendiri.

"Maggi?"

Eshal menggeleng lagi.

"Telur goreng?"

Nope.

"Telur rebus?"

Eshal lama berdiam diri kemudian dia angguk perlahan. Setuju dengan merebus telur. Dia bukannya reti masak yang masakan besar pun. Dia punya rutin harian makanan paling simple. Kalau rasa nak makan makanan lain, barulah dia buat pesanan secara online.

Lebih mudah sikit.

Eshal bangun dengan malas lalu bergerak ke dapur. Tiba sahaja diruangan kitchen island, Eshal terkaku seketika. Mukanya nampak resah, seperti setiap kali dia masuk ke dalam suatu bilik atau ruang yang gelap.

"Lampu belum buka," ujarnya perlahan. Memberitahu dirinya agar pergi buka lampu terlebih dahulu.

Perlahan-lahan dia mengundur lalu suis disisinya di tekan maka teranglah ruang dapur yang luas serba moden itu. Dia tersenyum sedikit, entah kenapa terasa lega dan selamat. Langkah diambil dengan bergaya seperti chef yang terhandal di dunia. Rambutnya separas leher itu dilibas kebelakang.

Matanya melirik ke kanan dan ke kiri setelah berdiri di tengah tengah sisi panjang kitchen island. Senyum malu dipamerkan kemudian dia melambai kiri dan kanan.

Steely GazeWhere stories live. Discover now