Bab 11 - Lolo

1.2K 152 21
                                    

Quick question.
One day... Maybe one day lah...
Kalau cerita ini boleh dibukukan, awak akan beli ke?

Bab 11 - Lolo

                HUTAN tebal yang berlalu di sisinya dipandang sekilas sahaja. Eshal merenung ke luar tingkap dengan perasan teruja. Lagi sejam mereka akan sampai rumah Lolo. Di dalam kereta besar tersebut hanya ada dia, Adila, baba dan mama. Adila turut ikut kerana gadis itu tidak habis-habis memujuknya siang malam sebab nak ikut. Lolo juga turut gembira dengar khabar bahawa Adila turut mengikuti mereka.

“Baba nanti kalau dah sampai kejut Habeeb tau,” pesan Eshal lalu baring di tempat duduk bahagian tengah yang kosong manakala Adila berehat di tempat bahagian belakang. Tempat baring Adila terlalu dedah dengan penghawa dingin, dia tak berapa suka dengan sejuk. Nak-nak lagi bila tengah tahan air kecil.

24 jam meremang bulu romanya.

“Tengoklah macam mana,” gurau Dato' Asyraf. Cermin pantulan hadapan dikerling sekilas.

“Mama nanti kejut Habeeb tau,” ujarnya sambil menguap. Pantas ditekup mulutnya.

“Tengoklah macam mana,” sakat Datin Sayiffa. Kemudian si ibu tergelak kecil.

Eshal mengembangkan hidungnya bersama muka toya malasnya. Memang patut mereka berjodoh, dua-dua suka berpakat. Bantal kusyen dibetulkan agar lehernya tidak terasa sakit bila bangun nanti. Penutup mata dipakai. Terbit senyuman nipis tatkala dia berasa selesa dengan posisi baringnya.

“Dila nanti kejut aku tau,” beritahunya dengan perlahan.

“Tengoklah macam mana.” Berkerut dahi Eshal. Siapa anak baba dengan mama sebenarnya ni?

Eshal hanya berdiam diri sahaja. Jaket denimnya dijadikan sebagai selimut. Kelopak mata Eshal Habeeb semakin lama semakin rapat. Akhirnya gadis itu diulit dengan mimpi yang lena tidurnya.

Can't wait to meet Lolo...

               KELOPAK matanya terbuka sedikit lalu terkatup kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               KELOPAK matanya terbuka sedikit lalu terkatup kembali. Lenanya terganggu akibat sinaran cahaya matahari yang panas terik membuatkan badannya berpeluh. Eshal mengubah posisinya menghadap ke kiri cuba menyelesakan dirinya namun gagal. Tangan naik ke muka untuk menggaru tatkala hujung tudungnya bergesel dengan kulit mukanya.

Posisi diubah lagi. Masih tidak selesa. Akhirnya Eshal Habeeba membuka matanya sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja matanya semakin fokus dengan cahaya imej yang ditafsir, Eshal terus menjerit kuat lalu melempang wajahnya yang mengintainya tidur.

“Aduh! Sakitlah gila!” marah lelaki itu sambil menggosok pipinya yang memerah. Eshal terus terbangun.

Baru dia nak menjerit sekali lagi, Eshal tergamam melihat wajah lelaki itu yang berada di hadapan pintu kereta yang terbuka luas. “Lais?” Kejung seluruh tubuh lelaki itu. Mata mereka bertembung. Namun lelaki itu cepat sahaja membebel seakan menanam semula emas yang dijumpai.

Steely GazeWhere stories live. Discover now