Bab 7 - Conversation

1.4K 184 7
                                    

Support me guys by leaving your lovely comments and star♥

Bab 7 - Conversation

               CAWAN berisi air coklat suam itu diminum sedikit. Perasaan bosan menyelubungi dirinya. Tatapan matanya pada televisyen itu sentiasa beralih memandang fon yang berada di atas meja. Eshal menyilang kaki sambil memeluk bantal sofa di perutnya. Agak meriah juga rumah besar tersebut pada malam itu kerana saudara belah Datin Sayiffa Fasla menziarahi keluarga dia.  Di ruang tamu tingkat tiga hanya ada dia sahaja menonton televisyen manakala yang lain di ruang tamu utama, di tingkat satu.

“Aunty?” Tersentak Eshal yang sedang mengelamun.

Dia menoleh ke kanannya, seorang kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun itu merenungnya ceria. Tanpa sedar, dia turut tersenyum kecil. Gadis kecil itu dipamit duduk di sebelahnya. Ini pasti anak saudaranya bosan duduk di bawah sebab itu naik atas. Berani pulak tu naik atas seorang diri.

“Aisyah buat dekat sini?” Dia tahu nama anak saudaranya cuma tak tahu umur. Lupa.

“Dekat bawah tak ada permainan Kak Habeeb,” jawabnya sedih.

“Abi tahu tak Aisyah naik atas?” Gadis kecil itu menggeleng dengan botol susunya.

Siapa kata umur enam tahun ke bawah tidak boleh minum susu botol. Memang tak elok tapi nak buat macam mana?

Eshal mengusap perlahan rambut Aisyah lalu ditarik gadis itu supaya baring di atas pehanya. Aisyah hanya akur dengan mata yang ngantuk itu. Eshal menukar saluran televisyen kanak-kanak, terpampang cerita Pink Panther di kaca skrin tv. Tangannya tidak berhenti mengusap rambut depan Aisyah.

“Aisyah suka kartun apa?”

“Ultraman...”

“Bukan semua ultraman lelaki?” Aisyah menggeleng lalu menenyeh matanya.

“Dalam cerita Ultraman ada ultraman perempuan. Rambut dia bertocang, besi dan keras,” terangnya perlahan. Eshal mengangguk, tidak tahu pula Ultraman ada ultraman perempuan. Ultrawomanlah kan kalau macam itu? Eshal pula semakin asyik dengan topik ultraman perempuan.

“Aisyah dah nak tidur ke?” Gadis kecil itu tidak menjawab, hanya menonton Pink Panther yang sedang dimainkan.

“Jom turun bawah? Jumpa abi dengan umi,” ajaknya. Aisyah menggeleng.

“Kak Habeeb nak keluar ni jumpa kawan,” terangnya walaupun kemungkinan gadis kecil itu tidak kesah dengan maklumat yang diberitahunya. Aisyah yang tadi baring itu terus menggeliat bangun kemudian kepalanya disandarkan pada lengan Eshal. Botol susunya sudah tercabut dari mulut.

“Esya nak ikut boleh?”

“Tak boleh nanti abi dengan umi marah,” terangnya. Eshal menjeling sekilas jam. Aisyah terus monyok manakala bibir dah muncung ke hadapan semacam. Jangan kata gadis kecil itu mahu menangis.

9:01 malam.

Eshal sudah berjanji dengan Qaid dan Adila pukul sembilan setengah malam dah sampai lokasi yang dia sebutkan, mereka makan steamboat sahaja tapi sekarang dah tak boleh gerak macam mana? Sudahlah dia kenal selesaikan masalah dengan budak kecil itu dahulu.

“Kak Habeeb, Esya nak ikut boleh?” Soalnya bersama muka comel. Eshal terus memicit dahinya, yang ini dia tak boleh ni. Eshal tersepit di antara nak bawa gadis kecil itu atau tinggalkan sahaja. Tiada cara lain melainkan meminta izin.

“Pergi tanya umi dengan abi dulu kalau kena marah, Kak Habeeb tak tahu tau,” ujarnya berserta ugutan supaya budak kecil itu tidak menyertainya.

Steely GazeWhere stories live. Discover now