Bab 8 - Defense

1.3K 182 13
                                    

Triple update done!

I'm sorry for this sudden news. Read the news at the end of this chapter. ♥ Leave votements if you don't mind.

Bab 8 - Defense

              AISYAH dan Eshal melahap satu pinggan besar itu habis. Makanan pinggan kedua juga semua ditelan oleh dua gadis yang tidak padan dengan saiznya. Mungkin disebabkan perut mereka luas sangat itu pasal boleh sumbat banyak. Qaid yang baru makan separuh pinggan besar itu tercengang. Terasa ego lelakinya tercalar melihat dua gadis yang makan penuh berselera. Dalam diam, Qaid mengangguk perlahan. Bersetuju bahawa perempuan suka makan.

Eshal mengelap bibirnya dengan tisu. Matanya jatuh pada pinggan yang penuh dengan makanan dan masih tidak bersentuh lagi. Eshal mengemam bibirnya sambil berfikir.

“Qaid,” seru Eshal perlahan. Lelaki itu mengangkat mukanya sedikit sebagai jawapan.

“Boleh awak tengokkan Aisyah sekejap tak?” Berat sebenarnya hatinya untuk membiarkan Aisyah berseorangan di kerusi walaupun dengan orang yang dia percaya.

“Nak buat apa?” Eshal memuncung bibirnya ke arah pinggan besar itu.

“Saya nak bagi Uzma yang duduk terperap dalam kereta,” jawabnya sambil matanya melilau mencari kereta lelaki itu. Qaid tersengih kerang busuk dengan wajahnya jelas menyakatnya kemudian kedua-dua kening lelaki itu ternaik berkali-kali. Senyuman misteri pula terhias dibibir lelaki itu.

Eshal buat muka toya. Tahu sangat apa yang bermain di dalam kepala lelaki itu.

“Saya cuma kesian ajelah! Tak ada apa-apa pun,” nafinya laju. Tidak mahu menjadi gosip yang palsu.

Qaid mengakat bahunya. “Saya tak cakap apa apa pun,” belanya. Eshal menjeling Qaid yang sambung makan itu.

“Letak budak kecil itu sebelah saya. Senang sikit nak jaga,” terang Qaid sambil menarik sedikit kerusi kosong di sebelah lelaki itu. Eshal mengangguk laju lalu mengucapkan terima kasih. Aisyah dengan mata kuyu itu didukung oleh Eshal lalu diletakkan perlahan-lahan gadis kecil itu ke atas kerusi sebelah Qaid. Ipad juga diubah tempatnya.

“Aisyah duduk dengan pakcik ni sekejap tau... Kak Habeeb nak pergi ajak pak cik lagi seorang tu,” ujarnya sambil meraup rambut Aisyah kebelakang. Dari tadi, si gadis kecil asyik menenyeh matanya kerana rambut bangnya masuk dalam matanya.

Aisyah mengangguk perlahan.

“Kak Habeeb cepat sikit tau,” pesan si kecil. Eshal mengangguk bersama senyuman lalu sekali lagi ciuman dilabuhkan pada dahi si kecil. Eshal menoleh ke arah Qaid.

“Qaid... Tolong jaga dia betul-betul,” pintanya. Qaid dengan muka serius mengangguk.

“Saya jaga dia. Awak jangan risau,” terangnya sambil menenangkan Eshal yang risau itu.

“Terima kasih boyfriend to be,” ucapnya. Qaid mengenyit matanya sebagai respon.

“Kereta awak mana satu?”

“Warna turquoise.”

Eshal terus menggenggam sepuluh batang lidi makanan berserta sebuah mangkuk plastisin berisi kuah sup yang masih hangat lagi kerana baru diambil keluar dari periuknya. Panas-panaslah sedap. Eshal terkedek-kedek mendekati tempat letak kereta. Tatkala dia menjumpai kereta Qaid terus dia menghampirinya.

Steely GazeWhere stories live. Discover now