Bab 16 - Redamancy

1.4K 204 30
                                    

Anyone who still wait for this story?

Bab 16 - Redamancy

                LEGA dan gembira apabila lolo terima biskut istimewa yang dibuat. Dia sanggup bersengkang mata untuk menyediakan biskut kegemaran lolo demi memujuk rajuk atuk kesayangannya. Lolo masih berat menerima yang dia belajar seni mempertahankan diri tapi baba terangkan dengan lebih jelas. Akhirnya, lolo restui dan setuju dengan kelas self defense yang diambil.

“Mana Dila?” soal Datin Sayiffa. Mereka semua mula bersarapan setelah Dato' Asyraf membaca doa makan.

“Dia...” Eshal Habeeba mengerling sekilas riaksi Khair Fazlan yang mula kelihatan risau.

“Dia sakit perut mama... Bulan mengambang katanya,” balasnya ringkas.

“Sakit sangat ke perutnya tu?” celah nana.

Eshal angguk.

“Dah letak tuala suam atau letak botol suam?” Geleng.

Ish budak ini! Nanti pergi rendam tuala dalam air suam,” pesan si ibu. Eshal tersengih mengangguk sambil memandang hidangan sarapan.

Tangan mencapai dua keping lempeng lalu diletak ke atas pinggannya. Botol madu diambil dan dituangkan di atas lempeng. Dibiarkan madu membanjiri pinggannya. Setelah itu, beberapa buah beri biru ditaburkan ke atas lempeng bersama beberapa potongan buah strawberi. Dengan bacaan bismillah, dia mula menjamu selera.

Sepanjang Eshal Habeeba makan sarapan yang sedap, semua orang mula beredar untuk membasuh pinggan makan termasuklah Khair, Qaid dan Amran. Kini di meja makan, tinggallah si gadis dengan jejaka misteri. Eshal langsung tidak peka dengan sekelilingnya ketika makan. Tambahan pula makanan yang selera pula dijamu, pasti sahaja lambat habis. Katanya mahu menikmati segala kombinasi rasa dalam sesuatu hidangan.

“Habeeb, mama dengan papa nak pergi pejabat lolo kejap...” beritahu Datin Sayiffa ketika keluar dari dapur.

Okay!”

Sambung menjamu selera. Suasana kembali sepi.

“Tidur cukup?” Eshal menoleh ke kiri.

Uhuk! Uhuk!

Tangan laju mencapai segelas minuman air kosong lalu diminum rakus. Tatkala dirinya kembali normal, air kosong diminum lagi kemudian berpusing menghadap lelaki itu yang kelihatan halimunan sahaja dari tadi.

Careful will you?” ujar orang itu risau. 

Bila masa awak duduk sebelah saya?”

“Saya duduk sini dari tadi. Awak makan tak ingat dunia,” ujarnya. Eshal termalu sendiri.

Posisi kembali menghadap pinggannya berisi lempeng. Dadanya berdebar laju akan kehadiran lelaki itu. Teringat dengan kejadian malam tadi, pipi pula terasa hangat. Cara makan juga berubah ayu kerana malu. Kalau tadi cubit besar sekarang lempeng itu dicubit sedikit demi sedikit. Nak makan, terasa tidak selesa saat menyedari kehadiran segak lelaki itu.

“Awak tak makan?” soal Eshal perlahan. Nampak pinggan lelaki itu kosong.

No one want to feed me...” Bertambah merah pipi si gadis.

Namun hatinya berasa kesian kerana lelaki itu sanggup menunggu semua anggota keluarganya bersurai, barulah mahu makan. Mungkin perkara ini amat besar bagi Uzma. Qaid pernah kata  yang lelaki itu tidak mahu dipandang rendah. Dia tidak pernah pandang rendah akan lelaki itu kerana ketabahan dan kuatnya lelaki itu menempuhi segalanya sebaliknya dia berasa bangga dan terkejut.

Steely GazeWhere stories live. Discover now