Bab 21 - Heart Flutter

1K 125 10
                                    

Attention. ⚠️

Tajuk buku ini akan berubah menjadi STEELY GAZE, bukan lagi THE VIGOROUS BLIND MAN. Sebab tajuk yang lama terlalu panjang so I thought why don't we pendekkan dia. Tajuk sahaja berubah, jalan cerita dan watak tetap sama.

That's all.

Bab 21

I think I got an ex but I forgot him,

I don't even know that I'm talking nonsense.

DUA hari telah berlalu dan dia menggunakan masanya dengan baik. Setelah memujuk datuknya dan babanya tentang mengambil kelas seni mempertahankan diri dengan lelaki istimewa, akhirnya mereka beri walaupun banyak kali juga mereka membantah. Dengan memberi alasan, kalau dia keseorangan siapa yang akan menolongnya? Tiada siapa melainkan diri dia sendiri. Sejauh mana dia sorok, musuh datuknya tetap akan jumpa.

Bukan meminta untuk dijumpa cuma dia nak berhati-hati dengan lebih teliti. Sebab lain, dia tidak mahu orang lain terluka kerana dirinya. Kalau ada, lenanya akan terganggu.

Eshal mengambil nafas panjang lalu dihembus perlahan. Seluruh badannya terasa lenguh selepas sesi latihan boksing bersama pelatihnya. Tidak sangka dirumah lolo ada bilik boksing di mana bilik tersebut bergabung dengan bilik gym.

Banyak lagi bilik yang perlu diceroboh di rumah datuknya.

Bibir tersenyum kecil.

Lega.

Lapang.

Mindanya mula termenung kosong.

“Berapa lama nak rehat?”

Eshal mencebik.

“Saya penat,” bisiknya.

Tiada tenaga.

Get up,”

“Awak ada lagi masa satu jam and then we finish, Eshal.”

Garangnya.

Eshal menjeling wajah serius pelatihnya. Tertanya juga dia, lelaki itu tidak penat ke mengajarnya? Dia yang belajar pun penat sampai berpeluh-peluh. Lagi satu, tidak bosankah lelaki itu mengajarnya benda yang sama?

Mereka sama-sama masuk gelanggang.

“Awak tak bosan ke ajar saya dan orang lain benda yang sama?”

Tangan memakai gloves.

Never.”

Coach membalut kain putih panjang pada tangannya sendiri.

“Awak boleh nampak muka saya?”

Dia menukar topik secara tiba-tiba.

Yes.”

Kepala si gadis senget sedikit.

Keliru.

Steely GazeWhere stories live. Discover now