Bab 1 - His Attractive Friend

2.8K 261 51
  • इन्हें समर्पित: wanehh_sa
                                    

Bab 1

                  ESHAL memandang gugup ke hadapan, tempat besar dan mewah di sebuah bandar yang di duduki. Kemudian, bajunya pula dipandang sekilas lalu dia mengetap bibir. Orang yang melepasinya memakai baju yang sesuai, dilihat satu persatu dengan perasaan tidak sedap hati kerana terasa pemakaiannya tidak sesuai untuk ke tempat ini.

Pelikkah? Dia hanya mengenakan skirt labuh sehingga menutup kakinya dan sehelai T-shirt biasa berlengan panjang.

Dengan lafaz bismillah dia masuk ke dalam bangunan besar itu dan perasaan pertama sekali saat dia masuk ialah perasaan janggal. Pelanggan yang lain turut memandang pelik ke arahnya sebelum menyambung semula senaman mereka.

Perlahan-lahan dia berjalan mendekati kaunter pertanyaan. Seorang gadis dan seorang lelaki bersiap sedia menunggu kehadiran pelanggan mereka. Tiba sahaja di hadapan meja kaunter pertanyaan Eshal mula bertanya.

“Assalamualaikum dik.” Dik? Hentam sahajalah panggilan.

“Waalaikumussalam, ya miss? Ada apa apa yang boleh saya bantu?” Ramah sekali gadis pekerja itu menyapa.

“Saya nak daftar untuk belajar seni mempertahankan diri yang ada tampal poster dekat depan itu.” Jari telunjuk Eshal menunjuk di pintu utama.

Poster Master Self Defense yang menarik perhatiannya setiap kali dia menjejakkan kaki di pusat beli belah yang besar dan mewah ini. Eshal pasti bahawa Master Self Defense bukannya self defense yang biasa-biasa tetapi luar biasa kerana dilihat harga untuk membiayai kos pendaftaran  sudah mencecah seratus ringgit. Tidak termasuk pembiayaan sesi mempertahankan diri. Pasti pelatihnya bukan calang calang orang.

“Maaf cik, seni mempertahankan diri yang cik cakapkan dah penuh sebab sesi ni terhad. Hanya terbuka kepada 20 orang terawal sahaja.” Lelaki disebelah gadis ramah itu pula berkata.

Berubah riak wajah Eshal, sedih.

“Dah penuh ke? Awak dah check betul betul?” Tanya Eshal sekali lagi. Kot kot lah pekerja lelaki itu terlepas pandang.

“Ya, cik. Saya dah check betul dah tadi, memang dah penuh. Nama-nama yang dah daftar pun sudah di hantar kepada Encik Uzma.”

“Encik Uzma?”

“Ya. Encik Uzma. Owner tempat ni.” Eshal hanya memberi anggukan kecil.

Perasaan hampa menyelubungi dirinya seketika, hampa tidak dapat menyertai seni mempertahankan diri. Bukan rezeki dialah itu.

“Tak apalah kalau macam itu.” Jelas nadanya berjauhan hati, walhal tiada siapapun yang menyakiti hatinya. Eshal mengukir sekuntum senyuman ringkas buat dua pekerja di situ.

“Maafkan kami cik.” Serentak mereka berkata. Mereka meminta maaf mungkin kerana tidak dapat melunaskan permintaan pelanggan-pelanggan mereka.

“Tak apa. Bukan salah awak berdua.”

“Terima kasih sekali lagi,” sambung Eshal lalu membongkok sedikit, tanda menghormati. Sepasang pekerja itu turut menunduk hormat.

Eshal menapak pergi dan baru sahaja beberapa langkah dia melangkah pergi, telinganya menangkap derapan kaki yang laju dan kuat dari arah belakangnya tetapi dia masih terus berjalan kerana pasti bukan berkaitan dengan dirinya.

Watch out!

Belum sempat Eshal berpaling ke belakang, badannya terasa dirempuh kuat sehingga dia sendiri tidak dapat seimbangkan badannya lalu jatuh menghempas lantai bersama sesuatu bebanan yang menghempapnya.

Steely Gazeजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें