Bab 5 - Followed

1.6K 184 20
                                    

Don't forget to leave comments and star ♥. if you like this story of mine, promote lah kalau ada masa ♥

Bab 5 - Followed

             MEGA skrin yang terpapar dihadapannya itu dilihat. Beberapa iklan produk kecantikan dan makanan yang disiarkan langsung tidak menarik perhatiannya apatah lagi mengetahui sahabatnya tiada untuk meluangkan masa bersamanya, serta merta moodnya melayang. Dia bersiar-siar berseorangan di taman belakang pusat beli-belah yang menjadi perhatian ramai. Nasib baik ada persembahan menarik dan lucu, boleh naikkan sedikit moodnya semula.

Dengar perbualan segelintir para remaja tadi, persembahan menarik untuk kanak-kanak hanya akan diadakan pada setiap hari rabu. Maksudnya rezeki dia dapat melihat pelbagai persembahan menarik dan lucu tersebut.

Sekali-sekala Eshal Habeeba tergelak kecil melihat gelagat persembahan tersebut. Riuh kawasan pentas kecil itu dengan tawa kanak-kanak dan ibu bapa. Tidak sedar, bibirnya turut mengukir senyuman lebar. Dalam diam, dia gembira kerana dapat duduk di bangku panjang barisan pertama iaitu barisan paling hadapan yang dekat dengan pentas. Jelaslah segala persembahan yang dilihat. Segala persembahan yang beraksi mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.

Ketika persembahan tadi, segan juga kerana dirinya dipanggil dan ditarik ke atas pentas untuk membantu seorang ahli badut beraksi. Dia diminta memegang sekuntum bunga ros palsu dan berdiri tegak dihadapan badut tinggi tersebut. Agak malu tatkala sekumpulan lelaki yang sebaya umur dengannya bersiul sorak, maka apa yang dia mampu buat adalah mempamerkan senyum lebar.

Badut itu menjalankan persembahan dengan meriah sekali sehingga dia juga tergelak kecil di atas pentas.

Sebaik sahaja segala persembahan tamat, dia mula bergerak pergi masuk ke dalam shopping mall namun dirinya cepat ditahan badut daripada persembahan tadi. Airpod yang dipakai itu diperlahankan lagu saat badut tinggi itu mula bercakap sambil melemparkan senyuman manis.

“Maaf, boleh ulang semula tak?”

Badut itu tersenyum.

“Nama awak apa ya?”

Eshal mendongak dengan mata dikecilkan kerana cahaya matahari menyinari dari belakang kepala badut itu. Salah tempat untuk melihat orang yang lebih tinggi darinya.

“Eshal Habeeba, you can call me Habeeb, Eshal, Sha or Habeeba tapi saya prefer Eshal,” jelasnya mesra.

Badut itu mengangguk lalu beralih ke  tempat yang teduh. Eshal boleh memandang badut itu dengan mudah memandangkan mereka terlindung dengan atap berbentuk bunga yang ramai pengunjung pilih tempat untuk berteduh. Badut itu menggaru tengkuknya bersama senyuman gugup.

“Saya panggil Habeeba kalau macam tu... Saya Awraq Lais, panggil Lais.” jelasnya pula.

“Lais, berani?” Eshal menyoal.

“Ya, betul itu saya.” Sahutnya dengan senyuman.

“Kenapa awak panggil saya?” Terus terang Eshal bertanya. Pelik dan risau juga dia, risau kalau tersilap buat langkah ketika menolong badut itu beraksi di atas pentas tadi

“Awak seorang ke?”

Berkerut seribu dahinya menerima soalan curiga daripada Lais. Sekelilingnya dipandang, tak ada yang curiga melainkan pengunjung yang sedang sibuk dengan keluarga mereka. Lais itu dipandang atas bawah.

Steely GazeWhere stories live. Discover now