Bab 18 - Tacenda

1.7K 158 27
                                    

Bab 18 - Tacenda

SILING bercorak di pandang dengan wajah sedih. Sudah semestinya dia gembira berjumpa dengan kawan baik lelakinya pada waktu kecil dulu tapi mengingatkan kawannya itu meninggalkannya tanpa sebab telah mengguriskan hatinya dalam. Nak-nak lagi dulu dia menjadi mangsa buli, Dimitri sahajalah yang akan membantunya. Dia merahsiakan perkara menjadi mangsa buli daripada ibu bapanya sampai sekarang kerana dia tidak menambahkan masalah mereka.

Waktu ketika dia menjadi mangsa buli, dia sering pulang melihat wajah penat ibu bapanya.

How could she tell them?

Could you?

Dia bernasib baik semasa Dimitri pindah, dia telah tamat sekolah.

Eshal berpaling ke sebelah sambil memeluk bantal busuknya. Tidak sangka Dimitri ialah pakcik kepada Uzma. Lelaki itu nampak terlalu muda dan tidak mustahil. Sungguh kecil dunia ini. Matanya tertancap pada satu anak patung bersaiz sederhana di hujung sudut dinding. Keningnya bertaut cuba mengingati dari mana dia mendapat patung beruang comel itu.

Dia mengubah posisi dari baring kepada duduk. Kemudian, melangkah ke hadapan untuk mengambil patung beruang tersebut lalu kembali duduk di hujung katil. Dibelek dan ditekan patung beruang tersebut.

Dalam patung itu seakan ada kotak, pasti kotak suaranya tapi gagal untuk berfungsi. Patung beruang comel itu dipandang lama―dari mana dia dapat patung ini?

Eshal memejam mata, mengimbas kembali.

Eshal memejam mata, mengimbas kembali

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

16 tahun yang lalu...

GADIS si kecil tergelak gembira sambil menyorokkan dirinya di sebalik semak samun. Apabila tersedar suaranya mengeluarkan tawa kuat, tangan si kecil terus menekup mulut sambil mendengar bunyi sekeliling. Hanya dengar bunyi cengkerik dan katak sahaja melainkan angin kuat. Mata bundar si kecil melilau kawasannya―mencari sesuatu yang pelik.

“Saya nak cari awak ni!”

Si gadis kecil, Eshal tergelak kecil kerana si hati kecil mengetahui kawannya tidak dapat menjumpainya kerana tempat persembunyiannya yang sukar dijumpai.

Eshal mula diam sambil tersenyum riang, menunggu kehadiran kawannya. Namun, senyuman si kecil hilang tatkala seorang budak lelaki seakan sebaya umur dengannya muncul. Muncul dengan wajah pucat dan termengah-mengah mencari nafas sambil memegang sebuah anak patung beruang di tangan kirinya. Ini bukan Dimmy.

“Awak siapa? Kita kenal ke? Ayah kita kawan ke?” soal si kecil, naif.

Budak lelaki itu menggeleng.

Steely GazeHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin