Bab 15 - Love Baking

1.9K 201 38
                                    

Bab 15 - Love Baking

                 ESHAL HABEEBA mengeringkan rambutnya dengan pengering rambut sambil kakinya bergerak ke sana ke sini mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Adila. Hatinya senang mengenangkan dia akan meluangkan masa dengan hobi kesayangan iaitu membuat biskut. Nak-nak lagi di malam buta, dapur dan ketenangan menjadi miliknya. Masih dia tidak lupa misi yang perlu dijalankan. Misi memujuk atuk kesayangannya!

“Kau boleh berhentilah menari macam ulat beluncas,” ujar Adila.

Eshal menoleh lalu tersengih.

Why not?” soalnya pula. Tidak salahkan dia menyampaikan betapa gembiranya hati dia dengan menari seperti seekor ulat beluncas?

Ong gedek gedek! Ong gedek gedek!

“Pencemaran penglihatan aku,” jawab Adila bersahaja.

Eshal tergelak lalu menggeleng perlahan dengan versi Adila yang pedas. Adila ketika sedang menaikkan bendera merah, lebih baik jangan cari masalah dengannya. Silap-silap hilang orangnya. Ditelan kerana terlalu menjengkelkan. Kemarahan Adila jangan dibuat main. Cari masalah, orang hilang. Kalau hilang, pandai-pandailah cari.

“Okey... Okey... Aku berhenti,” ujar Eshal perlahan. Sibuk menyikat rambutnya pula.

“Nak aku temankan kau tak?” Tersenyum Eshal.

Dipusing menghadap sahabatnya yang sedang berehat di atas katil. Eshal tidak menjawab sebaliknya dia berlari mendekati katil lalu melompatkan ke atas katil dan bersila di tepi Adila. Kemudian dia berpusing, membelakangi sahabatnya. Menayangkan rambutnya.

“Tak payahlah... Kau rehat saja. Aku okey sebab nanti kadang-kadang mama singgah jenguk dapur,” terangnya.

Adila tersenyum gembira apabila dia mendapat masa untuk berehat. Risau juga dia memikirkan tentang isu ini kerana dia sakit nak bergerak ke sana ke sini. Mujur Eshal suruh dia berehat kalau tidak dia diselubungi rasa bersalah sepanjang hari ini.

“Kau kenapa duduk macam ni?”

Ala... Kau pun tahukan. My hair?” Eshal menjulingkan matanya ke atas. Sengaja tanya. Dah tahu tanya lagi. Gedebik karang!

Sahabatnya tergelak sekejap.

“Kau nak aku buat stail apa?”

“Stail Elsa lagipun aku pakai tudung juga takut dia orang turun nak makan ke,” balasnya ringkas.

Tangan Adila mula menjalankan tugasnya. Diambil minyak rambut yang Eshal beri tadi lalu disapukan rata keseluruh rambut tebal dan ikal milik si dia. Rambut dibahagian kepada beberapa bahagian untuk dibentuk corak yang dikehendaki. Hujung bucu sikat yang tajam juga digunakan untuk pembahagian rambut yang kemas.

Eshal terdiam sejenak ketika dia menyebut nama tetamu mereka dengan umum. Terlalu banyak persoalan yang bermain dimindanya terutama sekali tentang Adlan. Sengaja digabungkan, sedap nama.

Adila dan Fazlan.

Jam dikerling sekilas.

11:57 malam.

Steely GazeUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum