Bab 4 - Persuade

1.6K 199 13
                                    

Bab 4 - Persuade

               DUA lelaki yang berada dihadapannya dipandang bersilih ganti sebelum meletakkan dulang ke atas meja dengan perlahan-lahan. Seorang lelaki yang asing baginya itu hanya merenung kehadapan yang mampu menembus dinding di belakang itu dengan panahan matanya sahaja. Jejaka seorang lagi di sebelah lelaki itu memang dia kenal. Sangat kenal.

"Encik Fazlan?" Teragak-agak Eshal mahu memanggil, risau salah menyebut nama.

"Yes," jawabnya.

Eshal melipat tangannya ke dada lalu muka marah ditayang. Tajam dia merenung Khair Fazlan dan Thauri Uzma yang sedang sibuk mencicip air teh panas yang dibuat. Semestinya air teh yang dibuat tawar. Dah kalau dia tidak reti memasak maka air yang dibancuh melencong rasanya.

"Too bland," kritiknya.

Eshal mengangkat sebelah keningnya.

"I have no sense in cooking or making a drinks," terangnya jujur.

Jelas hujung bibir Thauri Uzma ternaik sedikit namun sekejap sahaja sebelum ditukarkan kembali kepada normal, tiada senyuman.

"You sure brave enough to let us in," ujarnya.

"Like I said I believe you're a good parents of Uzion, Mr Thauri Uzma." Eshal dengan yakin menjawab.

Dia menjemput dua lelaki itu masuk kerana dia percaya bahawa dua lelaki itu adalah baik kerana lelaki yang bernama Thauri Uzma sanggup datang kemari untuk mengambil bulusnya semula manakala Khair Fazlan pula pernah meminta maaf kepadanya dan juga turut menolongnya dengan menutup auratnya. Daripada situ dipercayai bahawa mereka adalah orang yang baik.

"Mr Thauri Uzma, is that how you visit someone's houses? Bringing all those men and scared them off?" Agak panas juga hatinya setelah memikir semula kejadian tadi. Boleh dikirakan biadap dan melanggar undang-undang, kalau orang lain sudah pasti mereka telah mengambil tindakan.

"My apologies miss," kalut Khair meminta maaf.

"Kenapa awak pula yang kena minta maaf?" Berkerut dahinya.

Khair berdiam diri.

"I'm sorry," ujar Uzma.

Eshal tersenyum.

"Tak apa memandangkan semua dah selesai. Boleh saya tanya dua soalan?"

Uzma mengangguk sekali.

"Daripada tadi saya nak tanya... Awak ini ada tak bina kedai sendiri dekat satu tempat pusat beli-belah?" Terasa ringan bahunya setelah lama menyimpan hasrat bertanya soalan tersebut.

"Yes, I do."

"Adakah tempat Blind Boxing?"

Lelaki itu mengangguk sekali.

"Yes!" Eshal bersorak riang!

"Kalau macam itu, saya nak awak izinkan saya sertai Master Self Defense yang penuh itu sebagai ganti pecah rumah ini dan menghendap rumah ini tanpa kebenaran saya atau dengan cara yang salah."

"You can no..."

"Kesalahan yang awak buat telah melanggar undang-undang dan saya boleh mengambil tindakan atas kesalahan tersebut. Jikalau awak tidak beri maka saya akan mengambil tindakan tegas. Jangan lupa, bukti ada. CCTV ada. Evidence all in my hand,” ugutnya.

Khair tersenyum kecil manakala Uzma hanya merenung kosong ke hadapan.

You threatening me?”

Steely GazeWhere stories live. Discover now