Bab 17 - Déjà Vu

1.4K 174 18
                                    

**Seriously I didn't realize how long my last update for this story. It's like one month and half. I felt really bad and I want to say thank you guys for everything.

Please enjoy this short chapter as a make up for late update.**

Bab 17 - Déjà Vu

                    DADA langit dihiasi sinar matahari direnung sambil bibir tersenyum tenang. Kemudian matanya ditutup rapat membiarkan bayu angin menampar lembut kulit mukanya. Hidungnya menghirup udara segar. Suasanya yang nyaman dan sunyi, sesuai untuk menenangkan fikiran. Hanya terdengar rumput panjang berlaga antara satu sama lain apabila angin kuat lalu.

Tenang.

Tangannya dibuka besar, dibaringkan ke atas rumput pendek―menjemput segala angin menyapa tubuhnya.

Srek!

Terbuka luas matanya lalu duduk mengejut tatkala telinganya menangkap tayar kereta bergesel kuat dengan jalan tar sehingga menghasilkan bunyi seperti drift. Dia pantas berdiri sambil memanjangkan leher, mencari lokasi punca geseran itu berbunyi―datangnya dari luar pagar rumah. Kakinya maju ke hadapan beberapa langkah. Serta merta mulutnya ternganga melihat beberapa buah kereta sport berada di hadapan pagar rumah lolo.

Pintu pagar rumah mula terbuka. Terkaku dirinya.

Lolo kenal mereka ke?

Cepat sahaja dia berlari ke belakang mendekati pokok besar dan bersembunyi.

Kelihatan atuk kesayangannya, Amran Qaid, Khair Fazlan dan Thauri Uzma muncul di pintu utama rumah. Satu persatu pemandu-pemandu kereta sport itu keluar daripada kereta dengan penuh bergaya. Eshal menutup mulutnya melihat lelaki-lelaki berbadan sasa itu. Dalam kepala mula berfikir dari mana datang manusia ketak-ketak ini. Namun suatu wajah kosong menarik perhatiannya. Keningnya bertaut hairan kerana hadir perasaan familiar dalam dirinya.

Angin kuat menampar wajahanya, hujung tudung dipegang agar tidak terangkat sambil mata memerhati.

Mereka bertegur sapa namun wajah Uzma serius sahaja ketika menyambut mereka. Lelaki dingin kereta sport tadi kini menghadiahkan senyuman ringkas. Dua orang lelaki turut ikut dan menyapa atuknya dan yang lain. Kemudian, mereka berborak kecil lalu masuk ke dalam rumah kerana lolo jemput masuk ke dalam.

Eshal termenung seketika di sebalik pokok kerana dirinya pernah nampak wajah manusia itu tapi di mana?

Who is this guy?

               SENYAP-SENYAP pintu belakang dapur ditolak selepas periksa tiada manusia berlegar di kawasan dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


               SENYAP-SENYAP pintu belakang dapur ditolak selepas periksa tiada manusia berlegar di kawasan dapur. Disebabkan dia tidak mahu berjumpa dengan tetamu yang hadir pada hari ini, dia lalu jalan belakang bagi mengelak pertempuhan. Selepas satu jam mereka masuk rumah tadi, terus dia berlari ke belakang dapur untuk pergi ke biliknya semula mencari album. Kini, dia sedaya upaya menyo―

Steely GazeWhere stories live. Discover now