Bab 2 - Wrong Taken

2.4K 207 31
                                    

Bab 2 -Wrong Taken
     

                     ESHAL HABEEBA melepaskan keluhan kecil sebaik sahaja telah menyalin kainnya dengan seluar besar Adila. Walaupun sahabat baiknya, Adila tubuhnya agak berisi namun tidak montel cuma pipi merah itu yang montel. Salah satu sebabnya dia suka dengan Adila kerana Adila tembam.

Bila peluk sahabat baiknya, terasa memeluk teddy bear.

Comel sahaja.

Kedengaran derapan tapak kasut yang menuju ke arah tandas perempuan, sah itu Adila. Apabila gadis itu masuk sahaja, kening Eshal bertaut hairan. Apa pula yang dah terjadi ni?

“Muka masam masam ni kenapa? Ada orang buat kau ke?” Prihatin Eshal bertanya. Risau jikalau ada orang yang mengusik sahabat baiknya itu sampai jadi muram begitu.

“Tak ad-”

“Sebab lelaki tadi ke?” Eshal pantang memotong percakapan Adila.

Adila geleng.

“Kalau macam itu sebab apa pula?” Khuatir juga dirinya.

“Aku ter-”

“Ke kau sedih sebab kau terpinjamkan seluar baru kau yang cantik ini dekat aku?” Tebak Eshal secara tiba-tiba. Termasuk kali ini sudah dua kali Eshal memotong percakapan Adila dengan selamba.

Adila memandang tajam sahabat baiknya manakala Eshal terkelip-kelip membalas pandangan Adila bersama wajah tidak bersalah. Sengaja dia mahu mengusik.

“Perut aku belum makan apa-apa tau.” Serta merta Eshal tersengih menayang giginya berderet putih.

Tahu sangat dengan perangai Adila kalau perutnya tidak diisi dengan apa apa makanan. Lebih baik dia diam selepas ini sebelum si mak tuching mengamuk. Apabila Adila menyentuh topik makanan, tekaknya terasa ingin memakan makanan yang masam manis. Contohnya, tomyam.

Eshal pantas menggeleng kecil, menghilangkan imaginasi dunianya bersama dunia makanan.

“Kau geleng geleng kenapa?”

“Aku lapar,” rengek Eshal.

“Nanti kita pergi makan dekat warung si pak mat. Boleh aku cuci mata sekali, anak dia baru balik dari universiti dua hari lepas. Adam Ziaulhaq,” cadang Adila sambil bibir itu mengukir sekuntum senyuman manis.

Eshal berdecit.

Tidak suka mendengar nama yang disebutkan.

“Kau stalk dia lagi ke? Mana kau tahu dia balik rumah Cik Ton?” Soalnya bosan.

Cik Ton merangkap ibu kepada Adam Ziaulhaq yang tinggal berdekatan kawasan perumahan mereka. Ibunya sangat baik, rajin memberi makanan kepada rumah mereka kerana jarak rumah yang dekat. Ibu Eshal, Datin Sayiffa Fasla sering bertegur sapa setiap kali menjemur baju di luar pada waktu tengah hari.

Si sahabatnya pula, Adila Lashira tersangkut dengan Adam Ziaulhaq.

Apatah yang Adila nampak pada Adam sedangkan sudah terang lagi bersuruh Adam seorang kaki perempuan tetapi baik. Baik dengan sahabatnya dan orang yang lebih tua darinya.

Eshal bukan mahu menilai orang cuma dia mahu sahabatnya yang seorang itu lebih berhati-hati menyukai seseorang.

Pening kepala dia memikir fasal ini.

“Dah itu sahaja cara yang aku boleh tahu fasal rutin harian dia.” Selamba Adila menjawab lalu mengangkat bahu sekali.

Eshal hanya diam.

Steely GazeNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ