Bab 6 - Blind Boxing

1.6K 182 23
                                    

Want me update triple? Comment and vote banyak banyak okay? ♥

Bab 6 - Blind Boxing

              PEJAM celik pejam celik, dua minggu telah berlalu. Eksiden dimana dia diikuti oleh seseorang misteri sudah lama dihapuskan malah dia tak nak besarkan masalah tersebut. Hanya dia dan Lais sahaja yang tahu apa terjadi. Jika dia beritahu Adila, berkemungkinan besar Adila akan membesarkan eksiden tersebut. Baba tak mahu perkara itu berlaku. Kini Lais juga tidak lagi menghubunginya selepas itu. Mungkin kerana sibuk dengan kerjanya lagipun mereka tidaklah serapat mana jadi agak pelik kalau nak selalu berhubung.

Kalau Lais telefonnya, mereka mahu berborak topik apa?

Eshal memandang kedai yang terbuka di hadapannya. Dengan lafaz bismisllah dia memasuki tempat tersebut. Sekeliling tempat itu diperiksa, memastikan tidak ramai manusia yang hadir di waktu sesinya berlajar. Eshal bersyukur kerana tiada orang melainkan pelatih yang sedang berehat di kerusi. Senanglah untuk dirinya belajar kerana tak perlu berasa segan dan teragak-agak.

“Buat apa tercegat dekat situ... Masuklah,” sergah pelatih itu dingin.

Eshal menelan air liur kesat. Seram.

“O... Okey,” jawabnya tergagap-gagap.

Entah kenapa Eshal dapatkan aura negatif keluar daripada pelatih itu. Bukan negatif yang itu tapi negatif marah. Nampaknya angin lelaki itu tidak baik hari ini jadi sebaiknya dia mendengar kata kalau tak ada terbang kerusi terbang sekejap lagi. Eshal mengambil nafas sedalam yang boleh lalu dihembuskan perlahan. Dia berjalan mendekati pelatih itu.

Follow me,” arahnya.

Eshal mengangguk laju kemudian mengikuti langkah lelaki itu ke bilik lain. Tatkala dia memasuki bilik tersebut, agak jakun dirinya melihat beberapa beg boxing tergantung ke siling dan pelangkap lain yang terletak di tiga buah rak besar. Tidak sedar langkah Eshal bergerak sendiri ke tengah-tengah bilik tersebut.

“Ini tempat untuk awak belajar dan berlatih. Jadi setiap kali awak ada kelas, masuk ke bilik ni,” jelasnya.

Okay coach!”

“Saya akan terangkan perkara basic seperti pelajar yang datang pagi tadi,” ujarnya.

Before we start, can i ask you something?

Pelatih itu mengangguk.

“Boleh tak saya tak belajaf self defense? Instead of saya belajar boxing,” pintanya.

Lelaki itu menoleh ke arahnya dengan pandangan kosong. Eshal melarikan matanya daripada memandang seraut wajah yang menggerunkan itu. Terkaku dia ditempatnya saat lelaki itu mendekatinya. Setapak lelaki itu mara, setapak juga di mundur ke belakang sehingga dia tiada keyakinan untuk bergerak. Tatkala si pelatih berhenti satu meter darinya, Eshal memandang lantai.

What's up with the changing mind?

Self defense is all about defend yourself from danger not fighting back with intention without crossing the line and I don't want to run anymore. I'm tired of running... I don't want to be a coward,” terang Eshal. Perkataan 'intention' ditekan. Sudah lama dia mahu mengeluarkan suara kecil yang sudah lama terperap di dalam hati dan baru hari ini, suara hati itu keluar.

Lelaki itu diam.

Run away from who?

Steely GazeWhere stories live. Discover now