Bab 23 - Near

566 96 6
                                    

Bab 23

It means opposite.

That's the hint, you've looking for.

ESHAL HABEEBA tersedar daripada lenanya tatkala terganggu dengan sesuatu bunyi. Kepala menoleh ke arah sahabatnya yang masih diulit alam mimpi. Mata mengecil cuba memandang sekeliling bilik. Buat sekali lagi, telinganya menangkap tapak kasut  berlaga dengan lantai, di luar biliknya. Tiada siapa memakai kasut di dalam rumah. Seluruh tubuhnya kejung. Cepat-cepat tudung dipakai.

“Adila...”

Eshal menggoyangkan bahu sahabatnya. Adila bangun dengan mengejut. Mata kecil memandang sekeliling.

Jari telunjuk di letak di bibir, diam.

Adila faham, tangan laju mencapai tudung.

Mereka berdua berhati-hati menuju ke tingkap tersembunyi di belakang wallpaper dinding. Tingkap kecemasan dimana atuknya bina untuk menyelamatkan diri. Tingkap tersebut boleh nampak dari luar tapi tiada manusia sedar kedudukan tingkap tersebut.

Wallpaper dikoyak dengan berjaga-jaga tanpa bunyi. Tingkap dibuka. Dia memberi isyarat kepada sahabatnya agar turun terlebih dahulu.

“Kau takut turun dulu ke?” bisik sahabatnya.

“Tak adalah. Manalah tahu kut kut tangga tu reput,” balasnya.

Adila cubit lengannya.

Eshal mencebik sambil mengusap tempat sakit.

Adila membaca bismillah terlebih dahulu sebelum turun tangga ke halaman sisi kanan rumah. Tiba gilirannya turun, tombol pintunya dipulas dari luar secara tiba-tiba. Jantungnya mula berdebar laju, mukanya juga turut berpeluh. Dia takut...

Cepat-cepat si gadis keluar lalu menutup tingkap dan laju menurun tangga. Tangan si sahabat dipegang erat, mereka berjalan ke pintu belakang. Badan mereka tunduk sambil berjalan.

Baba...

Mama...

Lolo...

Nana...

Di mana mereka?

Baru sahaja mereka mahu masuk melalui pintu belakang. Tubuhnya ditarik rapat ke dinding, mulutnya ditekup dengan tangan kasar.

Eshal mahu menjerit namun terdiam tatkala matanya bertemu dengan sepasang mata kelabu.

Uzma...

Adila bersama Khair. Lelaki itu turut menenangkan sahabatnya.

Pumpkin...”

Serta-merta air mata si gadis bertakung sambil melihat wajah jejaka yang buat jantungnya laju berdegup. Baju t-shirt lelaki itu digengggam erat. Dibawah genggamannya, dapat dirasakan jantung lelaki itu turut berdegup laju.

“Mama... Baba saya? Lolo dengan nana?” bisiknya dengan tanda tanya.

Shush... Your family's okay. They're in the car. We have to hurry...”

Steely GazeWhere stories live. Discover now